Tak susah pun nak cipta bonding dengan anak tanpa keluarkan modal yang banyak. Memasak di dapur antara salah satu aktiviti yang paling kuat bonding selain cukup disukai anak-anak kita.

Susah nak memasak makanan berat, biskut atau snek ringkas antara makanan paling senang dan cukup disukai kanak-kanak. Nak buatnya pun senang je. Anak-anak pun boleh ‘hand on’ sekali ketika menerap kuih. Samperit Susu Paddle Pop ini pasti buat anak-anak gembira.

Selain manis dan sedap, penggunaan warna-warnanya yang pelbagai ni confirm buat anak-anak tertarik.  Tak percaya? Jom buat resipi ni. Perkongsian ibu muda, Zai Seroy Asyraf di facebooknya ini wajar kita tiru. Kotor sikit tak apa asalkan bonding dengan anak berkualiti.

Menariknya, ibu muda ini hanya guna empat bahan sahaja untuk buat samperit khas untuk anak-anak ini. Menarik dan paling penting samperit paddle popnya menjadi kesukaan anak-anak.

Jom kita cuba.


 

Samperit Susu Paddle Pop

IKLAN

Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm tepung ubi
1/2 tin susu manis
450gm tepung jagung
Pewarna merah jambu, biru dan kuning.

Cara-cara:
1. Campurkan mentega dengan susu manis. Gaulkan rata tetapi jangan terlalu lama.

2. Masukkan tepung ubi bersama tepung jagung dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.

3. Bahagikan adunan kepada tiga warna dengan warna pink (strawberi), kuning (vanila) dan biru (keladi). Gentelkan menjadi kecil dan buat sampai habis adunan.

IKLAN

Samperit Susu Paddle Pop Homemade Air Tangan Ibu, Bonding Ibu Anak Bila Di Dapur, Buat Pun Senang Je!

4. Ambil sedikit setiap warna dan gabungkan menjadi satu. Bila da siap cantumkan senang la nak masukkn dalam acuan…

5. Masukkan ke dalam acuan samperit dan paipkan di atas dulang yang telah disapu dengan mentega.

Samperit Susu Paddle Pop Homemade Air Tangan Ibu, Bonding Ibu Anak Bila Di Dapur, Buat Pun Senang Je!

IKLAN

6. Letakkan coklat cip di bahagian tengah.

Samperit Susu Paddle Pop Homemade Air Tangan Ibu, Bonding Ibu Anak Bila Di Dapur, Buat Pun Senang Je!

7. Bakar selama 13 minit dengan suhu 170 C, panas atas dan bawah. Pastikan letak loyang di rak paling bawah supaya tak hangus atasnya.. 😉

8. Angkat dan sejukkan.

Kredit: Zai Seroy Asyraf.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI