“Sanah Helwah Anak Ibu.” Genap Setahun Afwa, Tok Ti Mohon Doa Yang Baik-Baik

Share

Sekejap masa berlalu, genap setahun usia anak kedua penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa. Rasa macam baru je Datuk Siti atau mesra disapa Tok Ti melahirkan heronya.

Sempena ulang tahun pertama Afwa, Tok Ti berkongsi ucapan khas untuk buah hati keduanya dan mengharapkan doa yang baik-baik dari orang ramai untuk anak lelakinya itu.

Menerusi laman sosial Instagram ctdk, beliau memuat naik satu video khas momen Afwa sejak dari bayi sehingga usianya setahun bersama ayah, Datuk Khalid dan kakaknya, Aafiyah anak untuk tatapan umum.

Menurut Tokti, dia berharap Muhammad Afwa menjadi seorang anak yang soleh, dihormati dan disayangi oleh semua orang. Sebagai ibu, dia juga berharap supaya anak tercinta menjadi seorang yang penyayang, pemurah serta sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.

“Sannah helwa anak ibu sayang Afwa .. Semoga Allah SWT jadikan Muhammad Afwa yang Soleh yang di hormati serta disayangi seluruh makhluk Allah di langit dan di bumi.. Menjadi pemimpin terbaik dari setiap sudut .. Penyayang & pemurah.

“Jadilah dikau anak yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama mu .. Aamiin ya rabb.. Afwa manja ibu,” tulis Tokti di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 56.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Muhammad Afwa.

“Muka Dato K sangat awak ni Afwa..”

“Happiest Birthday Afwa! Moga hidupmu diberkatiNya selalu..”

“Comel Muhammad Afwa bijak..”

Kredit: Instagram ctdk

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy