Selain sandwich berinti sardin, sandwich telur juga antara yang selalu jadi pilihan. Cuma yang jadi masalahnya, ada yang masih belum tahu tip nak buat untuk bagi sedap dan kurang bau hanyir telur.
Jika beli harganya boleh tahan juga sedangkan kalau buat sendiri di rumah, modal RM10 dah puas anak beranak makan. Nak tahu apa rahsia kesedapan sandwich telur ini resipi yang dikongsikan oleh Nur Laila boleh mama cuba.
Egg Mayo Sandwich (100% resepi jualan saya!)
Lepas ni boleh buat je dari rumah. Mesti anak-anak teruja mak depa pandai buat sandwich sedap. Hihi.
Egg mayo saya bukan semata telur dan mayo je tau. Berpuluh kali olah nak dapatkan rasa yang tak muak. (Sebenarnya saya tak suka egg mayo, tapi resepi ni buat saya suka dan makan dengan girangnya.)
Resipi Sandwich Telur
Bahan-bahan:
5 biji telur rebus
5 sudu besar mayonis
1/2 st garam
1 st gula
Air perahan lemon/ limau kasturi
Timun jepun di dadu
1 st lada hitam
P/s: Pink tu garam bukit, dan perang tu gula perang. Rumah saya tak ada stok garam putih dan gula putih.
Cara-cara membuatnya:
Lenyek ikut suka uols ye. Tak perlu halus sangat supaya ada rasa telur.
Campur je semua bahan tadi. Lemon tadi perah dulu ye.
Tadaa, dah siap
Sapu marjerin pada roti, letak salad Romania dan tomato. Boleh tambah mayo kalau suka.
Bubuh 2 sudu besar egg mayo tadi pada roti, dan potong kepada 4 bahagian.
Siap. Resepi ni boleh jadi 5 set sandwich telur mayo.
Kredit Resipi: Nur Laila
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI