Selepas selamat melahirkan anak pertamanya menerusi kaedah In Vitro Fertilisation (IVF) pada 7 Jun yang lalu, kini selepas usia tiga bulan, Madammu tampil berkongsi wajah putera kesayangannya kepada semua.
Menerusi Instagramnya, usahawan cantik jelita ini memuat naik gambar Baby Ahmad Kayden yang menjadi pelengkap bahagianya kini bersama suami.
Baby Kayden yang dinantikan ramai kini genap berusia tiga bulan dengan mencapai berat badan 6.2kg.
Menurut perkongsian Madammu atau nama sebenarnya, Eriyca Baiduri Abd Rashid, anak kesayangannya itu kini sudah pandai ketawa ketika diagah malah sangat aktif.
“Assalamuikum Aunty semua, Saya Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri! Saya anak bongsu kepada Madammu & TP.
“Hari ini genap umur saya 3 bulan, berat badan saya hari ini 6.2kg. Saya sangat active dan suka ketawa!
“Gambar ni khas untuk Aunties yang mengikuti journey IVF Mummy saya dari awal sehingga berjaya.
“Tidak lupa kepada Dr Haris ( Dari Alpha Fertility, Dr Datuk Aziz (dari Prince Court) yang banyak membantu Mummy saya dalam proses IVF dan melahirkan saya,” kongsinya.
Menerusi entri yang sama, Madammu turut mendoakan agar putera kesayangannya itu membesar dengan baik dan menjadi anak yang baik dan taat.
“Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik & jadi anak taat serta berjaya. I love you Aunties,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut memuji wajah comel Kayden yang dikatakan persis wajah ibunya. Malah hidung mancung Kayden juga menarik perhatian ramai.
View this post on Instagram
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI