Tindakan seorang lelaki yang sanggup membahayakan nyawa anaknya demi mendapatkan gambar yang unik dikecam netizen semalam.
Baca: Nak Buat Kuah Soto Jangan Bergantung Pada Rempah Je. Ini Bahan Lain Jadikan Soto Sedap
Tular Rakaman Video
Sebuah rakaman video yang tular di laman sosial Weibo menunjukkan, seorang kanak-kanak memegang tangan bapanya manakala kakinya bertahan pada tebing dinding konkrit sementara seorang lagi anak lelakinya cuba mengambil gambar dari arah belakang.
Aksi berbahaya itu dirakam sekumpulan pelancong ketika berkunjung ke kawasan pergunungan dikenali sebagai Jalan Hongjing yang terletak di daerah Fangshan dekat Beijing, China.
Tindakan Lelaki Tersebut Dikecam
Video tersebut mendapat lebih 13 juta tontonan dalam tempoh 24 jam dan rata-rata pengguna laman itu mengecam tindakan lelaki tersebut yang didakwa tidak bertanggungjawab serta membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit.
Identiti Masih Belum Dikenal Pasti
Bagaimanapun, menurut laporan The Daily Mail, sehingga kini identiti kanak-kanak itu dan ahli keluarganya masih belum dapat dikenal pasti.
Sumber: Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SOP PKPP Diperketatkan Semula. SOP Hari Raya Aidiladha Akan Diumumkan Isnin Ini
Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.
“Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini (25 Julai).
“Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PKPP di Pusat Dagangan Dunia Putra.
ARTIKEL BERKAITAN [Setuju Atau Tak, Wajib Pakai ‘Mask’ Di Tempat Awam Mulai 1 Ogos Ini!]
SOP Hari Raya Aidiladha Akan Dimuktamadkan
Beliau berkata, SOP untuk Hari Raya Aidiladha yang akan disambut 31 Julai ini juga akan dimuktamadkan dan diumumkan Isnin ini.
Ismail Sabri berkata, susulan beberapa kluster baharu dikesan membabitkan kru kapal, SOP berkaitan kumpulan terbabit akan turut diteliti.
“Polis akan memantau pematuhan SOP ketika sambutan Aidiladha sama seperti pada Aidilfitri lepas. Jika berlaku pelanggaran SOP, tangkapan dan tindakan dibuat terus di lapangan,” katanya.
Mengenai keperluan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sarawak berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan negeri akan membincangkan perkara tersebut dalam sehari dua ini.
“Keputusan (mesyuarat) akan dimaklumkan kepada pihak kerajaan (Persekutuan), (hasil mesyuarat) kita akan wartakan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
“Kerajaan Sarawak mungkin akan perkenalkan SOP yang lebih ketat, insya-Allah akan umum Isnin nanti,” katanya. – Bernama
Kredit Gambar: Sinar Harian & Selangorkini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Ni Senang Je, Janji Air Tangan Isteri! Ikan Dengan Sambal Pun Laju Dia Makan – Netizen
Pelakon, Fasha Sandha menerusi akaun instagramnya meluahkan rasa lega apabila suami sentiasa memuji masakanya walaupun simple dan kos penyediaan yang murah.
[Baca: “Sedap Awak Masak” Walaupun Ayat Ni Simple, Tapi Mampu Hilangkan Penat Isteri Di Dapur]
Fasha yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Aidil yang juga pelakon kerap memuatnaik video masakan kerana menurutnya, Aidil hanya akan makan di rumah dan tidak suka makan di kedai.
Kos memasak bawah RM20 ni boleh makan utk 8 orang. Syukur sbb dapat suami yang tak macam2. Tekak dia pun sama ja, dia kata kering2 pun boleh makan. Tak wajib berkuah utk dia. Senang keja isteri. Masak simple2 ja pun dia kata sedap (amik hati kot).
Apapun kita semua kena bersyukur. Yang penting, nak bagitau pekasam tu daripada kesayanganku @chentasuci, Pekasam Paling Sedap di dunia.
Rata-rata netizen bersetuju dengan Fasha. Orang lelaki walaupun masakan isterinya simple tetap akan makan sampai habis asalkan isterinya yang masak.
Simple But Nice
Janji Air Tangan Isteri
Husband Saya Pun Suka Makan Dekat Rumah
Sumber: Fasha Sandha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nishka Dah Berjuang Sehabis Daya, Berehatlah Sayang! Pergimu Diiringi Doa & Air Mata
Perginya mu diiringi air mata dan doa semua orang. Berehatlah sayang. Dah habis kesakitan yang kamu tanggung selama ini.
Pemergian bayi yang menghidap kanser otak tahap empat dan kanser buah pinggang, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, petang semalam suatu berita yang cukup menyedihkan buat seluruh rakyat Malaysia.
Bayi berusia empat bulan itu menghembuskan nafas terakhir pada 4.30 petang di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.
Ibu bayi berkenaan, Khairiah Kamarudin, 35, berkata, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, reda dengan pemergian anak syurganya itu selepas beberapa bulan menderita sakit.
“Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami selepas bertarung nyawa sepanjang empat bulan.
“Saya dan suami pun dah bersedia terima sebarang kemungkinan yang berlaku sejak dia menjalani pembedahan baru-baru ini.
View this post on InstagramA post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
“Doktor pun beritahu mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana tumor semakin membesar,” katanya.
Terima Kasih Doakan Nishka
Khairiah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka dan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya serta suami selama ini.
“Walaupun sedih, namun saya dan suami reda dengan pemergian anak kerana dia terlalu kecil untuk menanggung derita,” katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, dekat Bachok.
Sebelum ini Nishka disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat selepas 21 hari dilahirkan dan turut dikesan menghidap penyakit kanser buah pinggang bulan lalu.
Sumber: Metro ; Kredit Gambar: Berita Harian & Khairiah Kamarudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI