Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Demi Sekeping Gambar. Memang Tak Bertanggungjawab!

Share

Tindakan seorang lelaki yang sanggup membahayakan nyawa anaknya demi mendapatkan gambar yang unik dikecam netizen semalam.

Baca: Nak Buat Kuah Soto Jangan Bergantung Pada Rempah Je. Ini Bahan Lain Jadikan Soto Sedap

Tular Rakaman Video

Sebuah rakaman video yang tular di laman sosial Weibo menunjukkan, seorang kanak-kanak memegang tangan bapanya manakala kakinya bertahan pada tebing dinding konkrit sementara seorang lagi anak lelakinya cuba mengambil gambar dari arah belakang.

Aksi berbahaya itu dirakam sekumpulan pelancong ketika berkunjung ke kawasan pergunungan dikenali sebagai Jalan Hongjing yang terletak di daerah Fangshan dekat Beijing, China.

Tindakan Lelaki Tersebut Dikecam

Video tersebut mendapat lebih 13 juta tontonan dalam tempoh 24 jam dan rata-rata pengguna laman itu mengecam tindakan lelaki tersebut yang didakwa tidak bertanggungjawab serta membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit.

Identiti Masih Belum Dikenal Pasti

Bagaimanapun, menurut laporan The Daily Mail, sehingga kini identiti kanak-kanak itu dan ahli keluarganya masih belum dapat dikenal pasti.

Sumber: Awani

Published by
NuFa