“Sanggup Bersengkang Mata Jaga Anak.” Uyaina Syukur Dapat Suami Ringan Tulang

Share

Setelah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 9 September lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui sehingga kini dia masih belajar untuk menguruskan bayinya.

Berkongsi pengalaman menjaga anak sulungnya, Uyaina memberitahu dia dan suaminya iaitu penyanyi rap, Raja Shahiran sentiasa memberi sokongan mental antara satu sama lain.

Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun Uyaina tetap bersyukur Raja Shahiran adalah pasangan hidupnya buat selama-lamanya.

“Daripada memang tak tahu apa-apa pada beberapa hari pertama (sebenarnya sampai sekarang), malam yang panjang tanpa tidur, menukar lampin setiap jam, meneka jenis tangisan @rajaurhandan masih mencari masa di antara nak bercakap dan berpegangan tangan dan saling memberi sokongan mental yang kami berdua perlukan, saya memilih awak.

“Saya pilih awak sampai akhir hayat. Sangat gembira, diberkati dan bersyukur kerana awak adalah pasangan hidup saya @rajasyahiranmy. kita boleh lakukan ini, hubby,” kata Uyaina.

Pelakon drama Love Elsa itu turut berkongsi video memperlihatkan suaminya mencium bayi lelaki mereka di TikTok.

Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raja Urhan pada 9 September lalu.

Kredit: IG Uyaina Arshad

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy