Seperti mana yang kita ketahui, tahun hadapan kerajaan telah megeluarkan arahan penggunaan kerusi keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya. Ramai ibu ayah yang menyokong saranan ini dan tidak kurang ada juga yang sukar untuk menerimanya. Antara puncanya adalah bukan semua ibu ayah berkemampuan untuk membelikan kerusi keselamatan buat anak-anak mereka.

Walaupun begitu, ada ibu ayah yang sanggup berkorban apa saja demi menyediakan kerusi keselamatan dalam kenderaan untuk anak mereka. Bahkan ada yang sanggup mengenepikan keinginan sendiri demi keselamatan anak yang disayangi. Begitulah perkongsian Intan Dzulkefli yang melihat sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang sanggup menjual barang kemasnya semata-mata untuk mendapatkan car seat untuk anaknya.

Sanggup Jual Barang Kemas, Janji Anak Selamat Duduk Dalam Car Seat. Pengorbanan Ibu!
.

Minggu lepas, selepas selesai urusan di bank, Insyirah merengek kehausan. Oleh itu, singgahlah kami di kedai serbaneka membeli air mineral. Entah macam mana, tiba-tiba terasa mahu singgah masuk ke kedai emas di sebelahnya pula.

Awkward terasa kerana pertama kali singgah di kedai itu. Waktu saya masuk, ada seorang wanita di dalam kedai itu. Saya duduk di kerusi sebelahnya. Insyirah leka minum air dan makan cookies.

“Nak beli gelang ke kak?” tanya salah seorang jurujual. Saya geleng kepala sambil tersengih.

“Tak… Ni saja nak tengok-tengok. Tak pernah datang sini.” kata saya berterus terang.

Apabila saya berkata begitu jurujual itu tersenyum sahaja sambil mengangguk lalu dibiarkanlah saya mencuci mata melihat berbaris gelang tangan di balik kaca.

Wanita di sebelah saya tadi ralit melihat barisan perhiasan emas. Lama sungguh dia merenung. Saya ni pula leka merenung gelagatnya berbanding merenung kerlipan emas permata di depan mata.

_

Tak lama selepas itu beberapa orang lagi wanita masuk ke kedai itu. Wanita tadi masih lagi terpaku seperti tadi.

Saya dalam pada itu sibuk juga melayan Insyirah mahu minum air dan membersihkan kotoran di mukanya yang comot makan cookies.

Masa berlalu, akhirnya tinggal saya dan wanita tadi semula berdua sahaja di kedai itu.

Apabila melihat jam, saya rasa sudah lama juga kami di situ. Tatkala saya mahu berkemas-kemas keluar, wanita itu rupanya sudah beredar dulu.

_

IKLAN

“Akak tu tadi tiap hari datang sini lepas dia datang jual barang kemas dia haritu.” kata jurujual itu tanpa diminta.

“Oo.. Mungkin nak aim beli yang lain kut,” ujar saya.

Jurujual tu tersenyum je.

“Akak tu kata, dia terpaksa jual. Masa dia serahkan barang-barang tu pun dia macam nak menangis. Tapi dia kata perlu duit. Nak beli carseat anak-anak dia.”

Sanggup Jual Barang Kemas, Janji Anak Selamat Duduk Dalam Car Seat. Pengorbanan Ibu!
.

Kali ini saya pula yang tersentuh.

MasyaAllah…

“Semoga murah rezeki dia. InsyaAllah.” doa saya sambil diaminkan jurujual tadi. Kemudian kami berdua meminta diri kerana lihat langit sudah semakin gelap.

_

IKLAN

Waktu memandu pulang ke rumah, cerita tadi masih terngiang-ngiang lagi.

Seakan terbayang lagi betapa lama renungan wanita tadi. Mungkin dengan susah payah dia mengumpul duit untuk membeli barangan kemas tersebut, atau ada kenangan sentimental tentangnya, namun demi anak-anak, keputusan begitu yang diambil akhirnya.

Artikel Menarik: [Biar Anak Merangkak Sendiri, Jangan Tolong Kalau ‘Berat Badan’. Perlahan-Lahan Dia Mampu!]

Selama ini saya cuma membaca perkongsian dan kisah suka duka pengorbanan ibubapa membeli carseat untuk anak-anak di facebook.

Kisah ibubapa yang tekad membelikan carseat setelah salah seorang anak kembar mereka meninggal dalam kemalangan. Kisah surirumah ikat perut dan bersusah payah menabung untuk membelikan carseat untuk anak-anak.

Sanggup Jual Barang Kemas, Janji Anak Selamat Duduk Dalam Car Seat. Pengorbanan Ibu!
.

Serta banyak lagi kisah yang menginspirasikan.

Namun, hari itu, saya mendengar sendiri, dan melihat sendiri. Betapa kadang menjadi ibubapa ini bermakna mengenepikan kehendak dan keperluan diri sendiri demi keselamatan dan keperluan anak-anak.

IKLAN

_

Hal carseat ini, kita semua ada ‘kasut’ masing-masing, struggle masing-masing. Namun, saya berpendapat betapa keras usaha setiap ibubapa mahu memberikan yang terbaik itulah yang patut dipuji.

Berkorban hal kesukaan.
Berkorban wang simpanan.
Berkorban harta kesayangan.

Demi keselamatan anak-anak. MasyaAllah.

Artikel Menarik: [Mama Dah Transform Jadi ‘Panda’, Anak Tak Mahu Tidur Malam. Asyik Meragam!]

Saya cuma mampu doakan semoga semua urusan ibubapa yang sedang berusaha untuk menyediakan carseat untuk anak-anak mereka juga dipermudahkan Allah, walau kadang untuk urusan itu banyak berlaku konflik dan salah faham antara suami isteri, emosi yang bercampur baur, stress serta begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Sanggup Jual Barang Kemas, Janji Anak Selamat Duduk Dalam Car Seat. Pengorbanan Ibu!
.

_

“Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159)

Apapun niat kita, moga Allah melihatnya sebagai amal yang membawa kita ke syurga, insyaAllah.

Segala susah payah kita, harta yang kita keluarkan atas niat kerana Allah, insyaAllah pasti Allah akan balas, tak di dunia di akhirat kelak. InsyaAllah.

Artikel Menarik: [Ibu Bapa Yang Ceoat Takut Atau Risau Akan Pindahkan Ketakutan Pada Anak]

Robbuna yusahhil.

Besar sungguh pengorbanan si ibu tadi. Mungkin sesetengah orang berpendapat ia perkara kecil, tetapi mungkin tidak buat wanita di dalam cerita ini. Semoga urusan ibu itu dipermudahkan dan dia dapat menyediakan kerusi keselamatan buat anak-anaknya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI