Selebriti yang satu ni sentiasa penuh dengan info dan panduan buat pengikutnya di instagram. Kata Hanis Zalikha, semua info yang dikongsikannya adalah sebagai rujukan untuk anak seterusnya. Hebat Mommynis! Terbaru ibu cantik ini berkongsi tip untuk redakan masalah pipi anak naik ruam.
Sama seperti Yusuf, si comel Alisa juga mengalami masalah yang sama. Dan ini rupanya yang dilakukan oleh Mommynis untuk redakan masalah pipi Alisa.
Tip yang dimuat naik menerusi instagram Alisa Aisyah ini turut mendapat perkongsian dan tip daripada netizen yang mempunyai masalah yang sama.
Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya. Boleh manfaatkan kalau serasi ya:
1. Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kasar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je.
2. Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je.
3. Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab geseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh.
4. Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi.
5. Perhatikan diet ibu. Ada tak makan makanan yang trigger allergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah.
I’ve tried letak susu ibu dekat ruam / bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada. #TipsMommynis
Kredit foto: @thealisaaisyah
Artikel berkaitan: Makan Ikan & Rendaman Garam Bantu Luka Sembuh, Hanis Zalikha Kongsi Amalan Pantang