Bermula Januari 2020, kerajaan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara.
Mengumumkan berita itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, inisiatif itu diperkenalkan bagi memastikan pelajar-pelajar terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
“Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
ARTIKEL LAIN: [Ajar Tebuk Lubang & Perah Span Je, Rangsang Anak Pegang Pensil & Menulis, Wajib Praktik!]
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat,” kata Dr Maszlee dalam entri terbaharu di laman Facebook beliau pada Isnin.
Melalui program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara itu, beliau berkata, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
“KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan,” ujar beliau lagi.
Sumber: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangankan Menang, Nak Seri Pun Susah. Suami Elaklah Buat Isteri Marah!
Walaupun sudah kenal bertahun-tahun, tidak akan sama apabila sudah tinggal sebumbung. Ketika bercinta, kita merasakan sudah cukup untuk memahami pasangan kita. Tetapi sebenarnya tidak!
Suami ini, Ashman Mat Saleh, turut berkongsi tentang kekeliruan yang dialaminya sepanjang perkahwinan dengan isteri tercinta. Menurutnya, dia juga ada masanya pening dengan kerenah isterinya. Bergaduh kecil juga hal biasa, tetapi tetap juga sukar untuk memahami si isteri.
Couple Bertahun, Baru 10% Kenal Pasangan
S E L A S A D A Y 🍿
Masa kau bujang mesti kau akan cakap kau dah faham sangat perangai awek kau.
Dah boleh tahu semua benda.
Kau dah couple bertahun pun sebenarnya kau baru tahu 10% 😅
Bila dah kahwin, kau baru tahu apa itu keliru/confuse 🤣
Bila dah kahwin, dah duduk serumah, tidur sekatil. Barulah nanti kau akan faham dan kau akan sedar sebenarnya kau belum faham lagi isteri kau, walaupun kau couple bertahun tahun.
Artikel MenariK: [Minta Maaf Lepas Solat Bersama. Buat Suami Isteri Sedar, Saling Memerlukan]
Saya kadang2 pun pening, kadang2 bergaduh, tu biasalah. Barulah seri tu ada. Cewahh.
“Dia Mimpi, Saya Yang Kena Warning Nak Potong Bagai!”
Perempuan ni banyak perangai, dia yang mimpi saya kahwin lain, saya yang kena marah. Dia yang mimpi, saya yang kena. Siap warning nak potong semua bagai.
Saya pun pening, “ aku yang salah ke?, bangun2 kena marah “ 😂
Tu belum cerita dia merajuk, dia buat kita marah, bila kau marah, dia kata kau tak sayang. Bila kau diam, dia pulak akan merajuk, bila tak pujuk kata tak sayang. Padahal dia yang start dulu 🤣.
Suami Kena Cuba Faham, Jangan Melatah
Macam2 ragam. Tapi ingat, mereka memang banyak ragam dan memang di ciptakan begitu.
Kita sebagai lelaki kenalah faham, jangan cepat melatah.
Kalau isteri marah, diam saja, jangan melawan sebab kita takkan menang.!!! TAKKAN!!
nak seri pun susah. Mesti kalah 🤣.
Baik Diam atau terus keluar, ambil angin bagi tenang.
Nanti isteri cool down lah sendiri.
Janganlah dia tengah marah kau pergi balas balik, memang tak jadi apa, mungkin macam2 benda buruk boleh jadi.
Kena Saling Memahami
Macam saya, kalau isteri marah, saya diam, buat2 tidur ke (tu pun kene marah sebab tak dengar apa yang dia nak marah) ,keluar pergi dapur ke, biar dia membebel sorang2, nanti dia diam dan cool sendiri. Hehe.
Artikel MenariK: [Tak Salah Suami Isteri Gaduh, Jadi Lebih Harmoni. Syaratnya, Jangan Maki!]
Kita kena faham, lagi2 bila ada anak, mungkin dia penat seharian layan anak, buat kerja rumah, masak, cuci baju, kemas bilik/rumah.
Yang penting saling memahami. ☺️
Mengalah Untuk Kebaikan
Bukan takut isteri tapi taknak benda buruk berlaku. Benda boleh kita elak, kita elak, sebab kadang2 tengah marah fikiran kita tak waras, kita tak boleh fikir dengan rasional. Tu yang bergaduh teruk, pukul, cerai semua tu.
Kalau sorang dah api, biarlah kita mengalah. Mengalah untuk kebaikan.
Sayangilah isteri kita 🥰
#DaddyCool~~
#AshmanFamilia
Seri sesebuah perkahwinan itu adalah apabila kita saling belajar mengenali si dia. Setiap hari, ada sahaja perkara baharu yang akan kita ketahui tentangnya. Itulah yang membahagiakan dan buat kita terus saling mencintai.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Bertangguh Bawa Anak Suntik Vaksin, 270 Ribu Kanak-Kanak Bawah Umur 12 Tahun Dijangkiti Covid-19!
Siapa yang tidak sayangkan anak. Semua ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk terus melindungi anak-anak mereka. Pun begitu serangan Covid-19 di seluruh dunia yang masih mengganas, lebih-lebih lagi dengan kemunculan varian baharu, Omicron bukan masanya untuk kita terus menunggu dan lihat.
Saranan kerajaan yang melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun perlu disambut dengan baik oleh semua ibu bapa. Jangan bertangguh untuk membawa anak mendapatkan suntikan. Itu yang sebaiknya.
Malah perkongsian Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin seperti yang dikongsikan oleh Sinar Harian, tidak menolak kemungkinan ramai kalangan ibu bapa yang masih tidak berbuat demikian kerana mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
Malah menurut perkongsian Timbalan Pengarah Klinikal dan Pakar Perunding Perubatan Respiratori Hospital Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail, kebimbangan tentang aspek keselamatan anak tidak sepatutnya timbul kerana banyak negara telah melaksanakan program vaksinasi ke atas kanak-kanak.
Antaranya Amerika Syarikat, Eropah dan jiran kita, Singapura yang setakat ini menunjukkan kejayaan.
Keengganan ibu bapa yang masih tidak membenarkan anak mendapat suntikan vaksin wajar difikirkan sedalam-dalamnya kerana pada Selasa lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan seramai 270,000 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti Covid-19 antara Julai dan Disember tahun lalu.
Dalam tempoh itu, seramai 63 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah meninggal dunia akibat Covid-19.
Angka direkodkan itu seharusnya tidak boleh dipandang enteng oleh kita semua.
Terdahulu pada 3 Februari lalu, program menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak bertujuan untuk memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dibendung, sekali gus mengelak kluster dalam kalangan murid.
Setakat Selasa, seramai 246,869 atau tujuh peratus populasi kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Syabas kepada ibu bapa yang bersetuju agar anak mereka diberi suntikan vaksin!
Menarik: Lepas Asyik Batuk Selesema, Akhirnya Terjawab, Anak Elfira Loy Alami Jangkitan Paru-Paru
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cukuplah Isteri Hormat, Jaga Suami Elok-Elok. Rahsia Dia Jatuh Cinta Setiap Hari!
Seperti mana kita mahukan suami melayan kita dengan baik, isteri juga harus melakukan perkara yang sama pada mereka. Tidak susah pun, dengan menyediakan segala keperluan dan menghormati mereka, sudah cukup untuk membuat suami jatuh cinta pada kita setiap hari.
Seorang isteri, Nora Azni, berkongsi caranya memikat hati suaminya:
Selalu orang tanya macam mana saya membahagiakan suami saya sehingga dia melayan saya dengan sangat baik.
Ini saya kongsikan bagaimana saya membahagiakan suami setiap hari.
1. Masak lauk atau makanan yang dia suka.
– Kalau dia suka kari, masak la kari. Kalau suka telur dengan kicap pun masak je.
2. Sebelum makan, cedokkan nasi ke pinggan suami.
– Kalau ade bibik atau anak yang dah besar pon jangan bagi. Biasakan kita yang cedokkan nasi ke pinggan suami.
3. Sendukkan lauk ke pinggan suami.
– Bila nak makan sendukkan lah lauk ke pinggan suami dahulu, bukan terus senduk ke pinggan kita dan makan buat tak tahu je.
Artikel Menarik: [Hargailah Pasangan, Bila-Bila Boleh ‘Diambil’ Semula. Jangan Asyik Bergaduh!]
4. Teman dan makan bersama-sama suami.
– Jangan tinggal suami makan di meja sorang-sorang atau dengan anak-anak, seeloknye makan bersama. Kalau kita dah makan pon, teman la suami. Kecuali ade baby nak menyusu atau anak nak tidur.
5. Maklumat mengenai masakan.
– Ingatkan suami kalau sambal yang kita buat pedas sangat. Ingatkan juga jika kita masak ikan, makan elok-elok takut lekat tulang. Nanti kita jugak yang susah kan.
6. Sediakan pakaian kerja atau pakaian harian suami.
– Kalau suami suka pakai kain pelikat je dekat rumah. Tukar kain nye setiap hari.
Siap sedia pakaian kerja suami, tolong butangkan baju suami. Sambil-sambil tu boleh manja-manja sebelum suami pergi kerja.
7. Hantar dan sambut suami di pintu.
– Setiap hari hantar dan sambut suami balik dekat pintu dengan anak-anak. Bagi kata-kata yang boleh buat suami happy sebelum pergi kerja. Bila suami balik sambut dengan mood happy jugak walaupon baru lepas basuh berak anak lapan belas kali.
8. Curi masa.
– Kalau suami cuti. Curi mase atau tinggalkan semua kerja rumah. Lebihkan mase bersama suami atau family time dengan anak-anak sekali. (Jangan kata kita suri rumah hari-hari ada kerja, kita yang tentukan jadual kita sendiri.
– Kalau suami kerja. Hantar la WhatsApp atau voice call. Ingatkan dia makan. Cakap I love you. Bagitau kita rindu, balik cepat tau. Macam tu pon buat suami tak sabar nak balik tau.
9. Tidur dan tempat tidur.
– Wahai Isteri, selalu kita rase kita je yang perlukan rehat, perlukan tidur lebih. Padahal suami kita pon sama. Perlukan tidur dan rehat yang cukup. Bila rase dia dah tidur cukup lama baru la kejut. Kejutkan suami dari tidur pon ade caranye. Bukan jerit-jerit, lempang-lempang, tarik telinga, cucuk lubang hidung ye. Bisik-bisik kat telinga, usap-usap rambut je suami dah sedar mata size 10. Lepas tu baru la boleh ajak pegi kedai eco. 😆
– Pastikan suami tidur dalam bilik, jangan biarkan anak-anak jadi gangguan. Setkan mood bilik supaya selesa. Bantal, cadar yang sentiasa bertukar.
Artikel Menarik: [Sikat Rambut & Potong Kuku Suami, Allah SWT Janjikan Ganjaran Terbesar Buat Isteri]
10. Layanan.
– Layan lah suami sebaiknya. Jangan sampai orang lain yang layan. Sentiasa bersyukur yang kita masih ade suami. Berdoalah yang suami akan hargai apa yang kita buat untuknya. Hasilnya nanti, kita juga akan dilayan dengan baik.
Ini cara saya gembirakan suami setiap hari. Boleh cuba kalau nak. Alhamdulillah, ianya berhasil dan suami pun melayan saya dengan baik jugak.
#mamaohsem
Setiap isteri pasti mempunyai cara tersendiri untuk memenangi hati suami. Perkongsian ini sekadar untuk memberi inspirasi, yang mana sudah dibuat sebelum ini teruskan. Yang mana mungkin kita terlepas pandang, bolehlah kita mula buat mulai hari ini. Sama-sama belajar untuk saling menyayangi dan melengkapi, semoga ikatan perkahwinan kita terus bahagia dan kekal berpanjangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI