Kehamilan

Sarat 8 Bulan, Anzalna Puasa Ikut Kemampuan. Tetap Hidang ‘Air Tangan’ Sendiri Untuk Suami

Share

Aktres Anzalna Nasir tetap menunaikan puasa di bulan Ramadan walau pun dalam keadaan diri sedang sarat hamil.

Pelakon Memori Cinta Suraya ini mengakui dirinya masih aktif walau pun melewati trimester ketiga kehamilan anak sulung dan bersyukur masih tetap berpuasa di bulan Ramadan. “Alhamdulillah, saya masih aktif dan menunaikan ibadat puasa walaupun sarat mengandung lapan bulan.”

PUASA IKUT KEMAMPUAN, ATAS NASIHAT DOKTOR

Bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 ini mengakui dia berpuasa mengikut kemampuan diri dan mendapatkan nasihat doktor untuk memastikan semua dalam keadaan baik.

“Saya berpuasa ikut kemampuan diri dan mendapat nasihat doktor,” kata pelakon jelita Anzalna Nasir ketika ditanya mengenai ibadat puasa pada tahun ini.



MAHU TERUSKAN PUASA HINGGA BERSALIN

Menurut Anzalna jika hendak diikutkan dia mahu berpuasa sehingga menjelang kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada Jun nanti. “Maklumlah, usia kandungan sudah lapan bulan dan pastinya setiap apa yang mahu dilakukan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dulu,” kata Anzalna

ADA HARI TERTENTU RASA LEMAH

Anzalna yang sedang hamil bayi lelaki ini mengakui ada hari-hari tertentu dia berasa lemah dan tidak dapat berpuasa. Dia perlu memikirkan keadaan dalam kandungan.

“Saya juga tak boleh nak cakap apa kerana ada harinya badan berasa lemah dan tidak mampu meneruskan puasa. Sebab itu saya berpuasa ikut kemampuan diri kerana perlu memikirkan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan,” katanya kepada Harian Metro.

TETAP MEMASAK UNTUK SUAMI

Walaupun sarat mengandung, Anzalna berkata dia tetap tidak lupa melengkapkan rutin setiap tahun memasak sahur untuk suaminya di sepanjang Ramadan ini.

“Saya wajib masak sahur untuk suami sejak awal perkahwinan lagi. Rasa bertuah suami tidak cerewet dan dia makan apa saja yang dimasak. Suami saya memang perlu makan sahur untuk memastikan dia bertenaga sepanjang berpuasa pada Ramadan,” katanya.

Terdahulu, Anzalna juga mengumumkan dia bakal melahirkan bayi lelaki dalam satu majlis sempena pelantikannya sebagai duta eksklusif jenama produk NR baru-baru ini.

Anzalna dan suami, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 30, berkahwin pada 21 Februari 2016. Dia sebelum ini membuat kejutan kepada para peminat dengan mengumumkan kehamilannya yang berusia empat bulan pada Januari 2019.

Artikel berkaitan:[ Selama 26 Tahun Tunggu Generasi Lelaki, Anzalna Hadiahkan Baby Boy Untuk Keluarganya]

[ Jangan Persoal Orang Lain Tentang “Bila Nak Ada Anak”, Ini Pesan Anzalna ]

Sumber: Harian Metro

Foto: IG Anzalna Nasir


Published by
Azma ML