Biarpun dah masuk trimester ketiga kehamilan, atas rasa simpati, tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri untuk turun padang membantu mangsa banjir.
Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya yang mana dia bersyukur diberi kesempatan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir walaupun keadaan diri yang tengah sarat hamil 7 bulan.
Ernie turut ditemani suaminya, Syamel dan beberapa pihak lain lagi pergi ke beberapa lokasi yang terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.
“Terima kasih kerana izinkan saya ikut kamu, shurami! Pengalaman naik lori semalam best sampai bayi dalam perut pun bergerak-gerak gembira.
“Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin,” tulis Ernie.
Menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pasangan itu telah menyediakan makan malam untuk 300 orang, bekalan keperluan dan makanan kering untuk mangsa banjir.
Ernie juga turut luahkan rasa sedih dengan keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan tanpa dijangka sama sekali dan mendoakan agar semua mangsa terus reda dan dipermudahkan urusan.
Kredit: IG Ernie Zakri
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167