Sarat hamil 8 bulan, comel je baby bump Maryam Durian Kimchi. Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.
Sarat Hamil 8 Bulan
Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu. Pasangan ini bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.
Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi
Melalui satu entri di laman Instagramnya, Maryam berkongsi ‘baby bump’ yang kelihatannya cukup comel. Walaupun sudah sarat hamil 8 bulan, Maryam tetap nampak berseri-seri.
Budak kecil ni buat apa dalam perut? Taekwondo ke.. kpop dance ke….Did baby kicks originally hurt this much? – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Kanak-kanak 2 tahun kehilangan bapa dalam sekelip mata apabila satu kemalangan maut berlaku ketika arwah dalam perjalanan menziarahi ibu bapanya. Jaraknya cuma sekitar 300 meter, namun cukup untuk memisahkan seorang anak kecil daripada kasih seorang ayah buat selama-lamanya.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Mohd Shahril Asyran Abdul Aziz, 30, maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, tidak jauh dari rumah bapanya. Hasrat untuk bertemu ibu dan ayah yang hampir tercapai terhenti di tengah jalan akibat takdir yang tidak terjangka.
Menurut bapa arwah, Abdul Aziz Abdul Rahim, 67, yang juga Pengerusi Surau Al-Taqwa, Taman Johor Jaya, lokasi kejadian sememangnya terlalu dekat dengan kediaman mereka.
“Tempat kejadian itu hanya kira-kira 300 meter dari rumah kami. Tak sangka itulah jarak terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya dengan nada pilu.
Tragedi di mana kanak-kanak 2 tahun kehilangan bapa ini bukan sahaja mengejutkan keluarga terdekat, malah jiran serta penduduk setempat yang mengenali arwah sebagai seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.
Abdul Aziz berkata, beliau menerima berita kemalangan tersebut daripada besannya sebelum segera bergegas ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk melihat keadaan anaknya.
Bagaimanapun, arwah dikejarkan ke zon merah akibat kecederaan parah dan bapanya tidak sempat menjenguk buat kali terakhir sebelum dimaklumkan bahawa anak kelimanya daripada tujuh beradik itu telah meninggal dunia.
“Saya memang terkilan sebab tak sempat jumpa dia. Doktor beritahu keadaannya sangat kritikal,” katanya sebak.
Ketika kejadian, Allahyarham sedang memandu Perodua Axia bersama isterinya, Masnuredayu Mashari, 30, serta anak tunggal mereka, Naura Balqis, 2, dalam perjalanan ke rumah keluarga di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya.
Namun perjalanan biasa itu bertukar tragedi apabila kemalangan melibatkan empat buah kenderaan berlaku. Dalam kejadian tersebut, Allahyarham disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Isterinya pula mengalami patah tulang peha dan pinggul dan kini menerima rawatan di Zon Kuning HSI, manakala anak kecil mereka terselamat dan berada dalam keadaan selamat walaupun kanak-kanak 2 tahun kehilangan bapa secara mengejut.
Bagi seorang ibu, tiada yang lebih menggembirakan selain menyediakan makanan kegemaran anak yang pulang ke rumah. Abdul Aziz berkongsi, setiap kali arwah datang menziarahi mereka, isterinya pasti akan memasak lauk kegemaran anak lelakinya itu.
“Setiap kali dia balik, emaknya akan masak ayam sambal. Itu lauk kegemarannya,” katanya ringkas, namun cukup meruntun perasaan.
Lauk yang disediakan dengan penuh kasih sayang itu akhirnya tidak sempat dijamah, menjadi simbol rindu yang tidak berpenghujung.
Menurut Abdul Aziz, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara atau petanda sebelum kejadian. Arwah dikenali sebagai seorang yang peramah, penyayang dan sangat rapat dengan ahli keluarga.
“Dia sangat mesra dengan anak-anak saudaranya. Bulan lepas saya nampak mereka bermain catur dan dam bersama-sama ketika berkumpul di rumah,” katanya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Impian Emas kira-kira jam 3.30 petang, tidak jauh dari kediaman arwah sendiri.
Satu lagi ketentuan takdir dekat ketika hidup, dekat juga ketika kembali ke tanah.
Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam buat keluarga, terutama seorang anak kecil yang kini membesar tanpa sempat mengenal erti kasih seorang ayah.
Kanak-kanak 2 tahun kehilangan bapa ini menjadi simbol betapa singkatnya jarak antara pertemuan dan perpisahan, hanya dipisahkan oleh beberapa ratus meter.
Sesungguhnya, hidup dan mati adalah rahsia Tuhan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, serta keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini.
Tasha, Anak Dr. Sheikh Muszaphar, Terpilih ke Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026!
Berita gembira menyelubungi keluarga angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, apabila anak keduanya, Sophea Natasha, berusia 12 tahun telah berjaya terpilih untuk menyertai Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam acara renang.
Pemilihan ini merupakan bukti kerja keras, disiplin, dan komitmen Tasha yang luar biasa dalam sukan renang.
Kapsyen yang dimuat naik oleh Dr. Sheikh Muszaphar di Instagramnya menggambarkan perasaan bangga dan teruja seorang bapa melihat kejayaan anaknya.
Pemilihan Tasha untuk Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik bukanlah tiket mudah menuju kejayaan, sebaliknya ia menandakan permulaan fasa latihan yang lebih intensif dan mencabar. Seperti yang disebut oleh Dr. Sheikh Muszaphar, ia menuntut lebih banyak pengorbanan, komitmen penuh, disiplin, dan kerja keras. Keluarga Dr. Sheikh Muszaphar sentiasa memberikan sokongan padu kepada Tasha, berdiri di belakangnya dan menjadi penyokong utamanya.
“Tasha terpilih untuk Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam acara Renang. Alhamdulillah.”
Tak terkata. All her hard work. It’s finally paying off.
“That means more training. Morning 530-730 am. Evening 7-930 pm. 6 days a week.”
“Starting next week. Not sure how she’s gonna cope. Daddy pun pening. Pagi Sekolah Kebangsaan. Petang SRA. Subuh & Malam kat Pool. With MSSD Athletics coming up. Been training daily. During these School holidays. 200m & 1200m.”
“Olympiad Maths Competition this week. It’s been havoc. You can do this Tasha. Mommy & Daddy. Supporting you all the way. Rooting for you. Cheering from afar. Sacrifices are needed. Total commitment. Discipline. And hard work. Daddy is proud of you.”
Kisah Tasha adalah inspirasi bagi ramai, terutamanya ibu bapa dan anak-anak yang bercita-cita tinggi. Ia membuktikan bahawa dengan usaha gigih, sokongan keluarga, dan semangat tidak putus asa, impian dapat dicapai. Kita doakan semoga Tasha terus berjaya dalam program ini dan suatu hari nanti dapat mengharumkan nama Malaysia di pentas Olimpik!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sebut nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bukan saja terkenal dengan suara lunak merdu, tapi kisah perjalanan hidup dan keluarganya juga selalu menjadi inspirasi ramai. Terbaru, Biduanita Negara ini mengundang perhatian apabila berkongsi kisah lucu suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K, yang rupa-rupanya sangat takut bila tiba saat dia nak bersalin.
“Dia okay saya pregnant, tapi dia tak okay bila tengok time saya bersalin. Sebab dia dah fobia,” kongsi Siti sambil ketawa manja dalam satu video yang tular di TikTok.
Ramai yang tahu perjalanan Siti dan Datuk K menimang cahaya mata bukan mudah. Selepas lebih 10 tahun menanti, pasangan ini akhirnya dikurniakan Siti Aafiyah pada Jun 2017 melalui kaedah IVF (Persenyawaan In-Vitro). Saat inilah bermula ‘fobia’ Datuk K.
“Fobia masa saya lahirkan Aafiyah haritu. Tapi masa Afwa pun Datuk K dah berpeluh-peluh saya tengok dekat sebelah saya,” kata Siti lagi.
Bukan setakat berpeluh, malah Datuk K turut berzikir, memasang ayat al-Quran dan baca di telinga Siti sepanjang proses kelahiran berlangsung. Memang nampak sangat cuak dan risau seorang suami yang sayangkan isteri.
Lucunya, walaupun fobia, Datuk K tetap berada di sisi isteri tercinta. Itulah bukti kasih sayang dan sokongan yang suami boleh tunjuk walaupun diri sendiri gemuruh. Kata Siti:
“So, Datuk K kata kalau saya pregnant dia okay, masa bersalin sahaja dia tak boleh. Tapi okay dah, Allah sudah beri saya yang terbaik.”
Memang sweet kan? Ramai suami mungkin nampak tenang di luar, tapi bila isteri tengah ‘berjuang’ dalam labour room, hati mereka pun rasa berdebar sama.
Sebagai informasi, Siti dan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006. Selepas lebih 10 tahun menanti, pasangan ini dikurniakan dua permata hati, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, kedua-duanya lahir hasil rawatan IVF.
Bukan mudah lalui proses ini, malah Siti pernah berkongsi mengenai komplikasi serius yang dialaminya ketika melahirkan Aafiyah dahulu. Sebab itulah, bila anak-anak lahir dengan selamat, ia jadi satu momen penuh syukur dan emosi untuk mereka berdua.
Untuk semua bakal ibu bapa, jangan lupa, perjalanan kehamilan dan kelahiran ini memang penuh cabaran. Tapi dengan doa, usaha dan sokongan pasangan, semuanya akan jadi lebih mudah, insya-Allah.
Pa&Ma doakan semua ibu bapa di luar sana diberi kekuatan, kesabaran dan rezeki anak-anak soleh solehah. Setiap detik kehamilan dan kelahiran itu adalah kenangan paling berharga!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!