Tahniah diucapkan buat pelakon, Izara Aishah yang berkongsi perkhabaran gembira bakal menimang cahaya mata keduanya sedikit masa lagi.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis itu turut berkongsi beberapa keping foto terkini dengan baby bump yang cukup jelas kelihatan.
Bahkan menerusi kapsyennya, Izara juga turut berkongsi bakal melahirkan bayi keduanya itu bulan depan.
“Here I’ll tell you. It’s due next month,” tulisnya ringkas.
Menerusi beberapa hantaran tersebut, Izara tampil cukup manis dengan berbusana hitam dan coklat namun cukup bergaya biarpun sarat hamil.
Izara yang hadir ke sebuah acara perasmian model kereta mewah, Rolls-Royce Spectre, model super coupé elektrik ultra-mewah pertama di dunia ini dilihat sopan dan manis dengan senyuman di samping suami tercintanya, Adib Khalid.
Terdahulu, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan comel, Irisa Alaia yang kini berusia 3 tahun.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiba-tibalah Nak Mandi” Masih Dalam Pantang, Cabaran Mommy Anak 2 Bermula
Pelakon terkenal, Elfira Loy yang baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua baru-baru ini berkongsi gelagat anak sulungnya yang mahukan perhatian.
Video anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf 4 tahun, merayu untuk membawanya mandi dimuatnaik di laman sosial Instagram.
Bagi Elfira atau mesra di panggil EL, dia agak ‘nervous’ kerana ketika itu dia yang sedang berpantang hari ke-10 dan hanya tinggal bersama anak-anak.
Agak sukar untuk menguruskan anak sulung ditambah pula ada bayi yang masih kecil. Tambahnya lagi ketika itu ibunya keluar seketika untuk mengambil pembantu rumah.
Keadaan seperti ini pasti di lalui ibu anak dua dan pastinya setiap ibu yang melalui proses ini akan sedikit takut. Ye lah dalam keadaan berpantang, badan masih lagi sakit terpaksa pula melayan kerenah anak sulung yang masih tak mengerti apa-apa.
Kredit: Elfiraloy
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlalu Penat Buat Kerja Sehingga Lewat Malam Antara Punca Keguguran Berlaku
Bagi setiap ibu yang sedang hamil, keguguran adalah perkara yang paling menakutkan boleh terjadi tanpa sebarang tanda amaran. Manakan tidak, ia sudah pasti akan menjejaskan mental dan fizikal si ibu yang telah berminggu-minggu mengandungkan janin.
Persoalannya, apakah sebab keguguran ini berlaku? Adakah ia ada kaitan dengan aspek pekerjaan seharian?
Marilah kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapan sebenarnya!
Apa itu keguguran?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua memahami definisi sebenar akan kejadian ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, keguguran adalah kehilangan janin sebelum minggu ke-20 kehamilan seorang wanita.
Ia mungkin menunjukkan bahawa terdapat masalah tertentu dalam kehamilan atau janin yang tidak berkembang dengan baik.Menurut statistik yang pernah dibuat, dianggarkan kira-kira 10 hingga 20 peratus kehamilan dilaporkan berakhir dengan keguguran.
Ya, ia memang merupakan perkara yang biasa terjadi dan hampir 50 peratus daripada kehamilan berakhir dengan keguguran sebelum seorang wanita menyedari bahawa mereka sedang hamil.
Dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan pula, dianggarkan lebih daripada 80 peratus kes telah dilaporkan sementara kes selepas 20 minggu kehamilan adalah sangat jarang berlaku.
Sekiranya ia berlaku kepada anda sebagai seorang wanita yang sedang hamil, berikut adalah simptom-simptomnya:
- Pendarahan yang tidak terhenti
- Kekejangan yang sangat teruk
- Sakit pada perut, abdomen dan belakang
- Keluar cecair atau tisu dari faraj
- Badan berasa lemah lesu
- Demam
Mungkin juga terdapat simptom yang tidak tersenaraikan di atas dan jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila berjumpa doktor untuk berkonsultasi.
Apa sebab keguguran?
Sebenarnya, terdapat banyak sebab keguguran boleh terjadi kepada anda sama ada secara sedar, separa sedar atau tidak sedar.Pertama sekali, mungkin wujud masalah genetik yang membawa maut pada bayi dalam kandungan lantas menyebabkan kejadian ini berlaku.
Dalam pada itu, masalah serviks juga boleh menyumbang kepada keguguran akibat ia terlalu lemah untuk menanggung kehamilan (serviks tidak kompeten). Keguguran daripada serviks tidak kompeten biasanya berlaku pada trimester kedua.
Beberapa simptom yang berpunca daripada masalah serviks adalah jika anda berasa tekanan secara tiba-tiba, air ketuban pecah serta tisu daripada janin dan plasenta keluar tanpa rasa sakit yang teruk.
Selain itu, punca lain yang membawa kepada keguguran adalah seperti berikut:
- Jangkitan kuman
- Kondisi kesihatan seperti kencing manis atau penyakit tiroid
- Tindak balas sistem imun
- Anatomi rahim yang abnormal
- Masalah hormon
- Masalah fizikal
- Masalah mental
Ia juga mungkin akan didasari oleh beberapa faktor risiko termasuklah:
- Berusia 35 tahun dan ke atas
- Pernah mengalami keguguran sebelum ini
- Kondisi kesihatan kronik seperti kencing manis atau penyakit tiroid
- Masalah pada rahim atau serviks
- Menghisap rokok
- Mengambil alkohol
- Menyalahgunakan dadah
- Kurang berat badan
- Lebih berat badan
Aspek pekerjaan seharian individu
Pernahkah kalian terdengar atau terbaca bahawa situasi janin gugur ini adalah disebabkan oleh anda yang terlalu kuat bekerja? Ya, ia mungkin ada kaitan!Sebenarnya, jenis pekerjaan juga mungkin memainkan peranan dalam menjadi sebab keguguran, namun ia adalah lebih kepada waktu kalian bekerja.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar dari Bispebjerg & Frederiksberg Hospital, kehamilan mungkin akan disudahi dengan keguguran jika kalian terlalu kuat bekerja pada waktu malam.
Kajian yang melibatkan sekitar 22,744 pekerja di Denmark itu menyatakan bahawa ia mungkin ada kaitan dengan cahaya! Apa maksudnya?
Dr. Luise Molenberg Begtrup yang merupakan salah seorang pengkaji itu menyatakan, lampu pada waktu malam mungkin akan menjejaskan ritma circadian lantas mengurangkan perembesan melatonin.
Buat anda yang mungkin belum tahu, melatonin ini adalah salah satu hormon yang sangat penting bagi menjaga fungsi plasenta daripada terjejas.
Sebab keguguran ini akan menjadi lebih berisiko sekiranya pekerjaan pada waktu malam yang si ibu lakukan itu adalah kerja berat seperti dalam sektor perkilangan, perindustrian dan lain-lain seumpamanya.
Jadi, sila elakkan bekerja lewat sehingga waktu malam ya?
cara berpantang selepas keguguran
Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya:
- Melakukan senaman secara teratur
- Mengamalkan pemakanan sihat
- Belajar uruskan tekanan
- Memastikan berat badan yang sihat
- Mengambil asid folik setiap hari
- Mengawal pengambilan kafein dan gula
- Hindari daripada menghisap rokok dan minuman alkohol
- Hindari kerja, sukan atau aktiviti berat yang berpotensi mendatangkan kecederaan
- Jauhi persekitaran radiasi, penyakit berjangkit dan sinar X
Minta nasihat atau pandangan doktor sebelum mengambil sebarang ubatan tambahan
Akhir kata, sila jaga perut dan janin anda agar dapat mengelakkan segala sebab keguguran yang telah kami nyatakan di atas okay!
Kredit: Hello Doctor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak, Doktor Jelaskan Hal Ini
Waktu mengandung ni, selera ibu memang macam-macam. Ada benda yang kita tak suka makan sebelum hamil, tiba-tiba jadi kegemaran pula bila berbadan dua ni. Ada juga jenis makanan yang kita tak pernah makan, tapi teringin pula nak merasa waktu mengandung.
Ada sesetengah makanan yang kita idamkan tu tak ada masalah untuk dimakan, ada yang perlu diambil secara bersederhana tapi ada juga yang tak digalakkan kerana mungkin ada kesan sampingan kepada si ibu atau bayi dalam kandungan.
Salah satu makanan yang mungkin ibu hamil teringin nak makan adalah tapai. Namun, ia tak disarankan kepada wanita mengandung. Tapai adalah makanan yang diperbuat daripada sumber kanji seperti nasi, pulut atau ubi kayu yang dimasak dengan ragi dan dibiarkan untuk beberapa ketika untuk proses penapaian.
Sebenarnya proses ini menguraikan kanji kepada gula dan menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. Sebab itulah tapai tak elok dimakan ibu hamil kerana ia mungkin boleh menjejaskan kesihatan ibu atau kandungan.
Dr Zubaidi Hj Ahmad ada menerangkan tentang pengambilan tapai ketika hamil. Ikuti penjelasan beliau ini.
MAKAN TAPAI KETIKA HAMIL
Soalan: “As salamu alaikum doktor. Bolehkah saya makan tapai pada usia kehamilan 36 minggu? Ada apa-apa kesan mudarat kepada bayi dalam rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”
Jawapan: Wa alaikum mus salam.
Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alkohol termasuk tapai beras dan ubi. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol. Penghasilan alkohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.
Agak sukar menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan. Namun saya menasihatkan puan agar tidak mengambil makanan yang mempunyai alkohol walaupun sedikit semasa hamil sekurang-kurangnya untuk tiga bulan pertama kehamilan puan.
Baca Juga:
“Never Use Word MANDUL.” Belum Hamil Lepas Kahwin Lama, Jumpa Doktor Untuk Tahu Masalah
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!
Ini kerana tapai mengandungi sedikit alkohol yang dibenarkan, dan sangat cepat sampai bayi dalam rahim melalui plasenta. Bagi wanita yang agak sensitif, memakan tapai menyebabkan kelahiran keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pramatang di akhir kehamilan.
Jika puan mengambil terlalu banyak tapai semasa hamil, ia boleh merosakkan sel-sel otak dan sistem saraf bayi puan. Apabila besar, dibimbangi anak puan akan mengalami masalah pembelajaran dan masalah memori.
Jadi jika ambil sedikit saja tapai sesekali, ia tidak memudaratkan, sementara makan dengan banyak akan menyebabkan kemudaratan.
Rujukan: Falgreen Eriksen HL, Mortensen EL, Kilburn T, et al. 2012. The effects of low to moderate prenatal alcohol exposure in early pregnancy on IQ in 5-year-old children. BJOG 119(10):1191-200.
#HealthDrZubaidi
Sebaik-baiknya jika makanan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, eloklah dielakkan ketika sedang mengandung. Jika teringin juga, dapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI