Tahniah diucapkan buat pelakon, Izara Aishah yang berkongsi perkhabaran gembira bakal menimang cahaya mata keduanya sedikit masa lagi.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis itu turut berkongsi beberapa keping foto terkini dengan baby bump yang cukup jelas kelihatan.
Bahkan menerusi kapsyennya, Izara juga turut berkongsi bakal melahirkan bayi keduanya itu bulan depan.
“Here I’ll tell you. It’s due next month,” tulisnya ringkas.
Ads
Menerusi beberapa hantaran tersebut, Izara tampil cukup manis dengan berbusana hitam dan coklat namun cukup bergaya biarpun sarat hamil.
Izara yang hadir ke sebuah acara perasmian model kereta mewah, Rolls-Royce Spectre, model super coupé elektrik ultra-mewah pertama di dunia ini dilihat sopan dan manis dengan senyuman di samping suami tercintanya, Adib Khalid.
Ads
Terdahulu, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan comel, Irisa Alaia yang kini berusia 3 tahun.
Alahan semasa hamil atau ‘morning sickness’ biasanya berlaku di awal kehamilan. Selalunya, alahan kehamilan ini boleh berlaku seawal empat minggu usia kehamilan.
Bagaimanapun, ‘morning sickness’ tidak semestinya berlaku di waktu pagi sahaja. Ia juga boleh berlaku waktu petang atau malam.
Muntah-muntah akibat alahan semasa hamil terutamanya bagi trimester pertama ialah sangat biasa kita dengari. Namun, terdapat juga ibu-ibu bertuah yang tidak mengalaminya.
Perkongsian dari jururawat, Bel Nawhen ini mengenai alahan masa hamil bukan waktu pagi saja tetapi boleh berlarutan hingga ke malam dan bagaimana ibu nak mengawalnya.
‘Kak, kenapa kita bila petang je mabuk, sakit kepala, letih semua masa mengandung ni?’
Sebenarnya, alahan hamil ni bukan berlaku pada waktu pagi sahaja (morning sickness), ada evening sickness dan night sickness.
Alahan begini biasanya berlaku di awal kehamilan dan akan berkurangan apabila kehamilan memasuki minggu 16-20, tetapi ada sesetengah ibu, morning sickness turut berterusan hingga di minggu terakhir kehamilan.
50%-70% dari wanita yang hamil akan mengalami morning sickness.
Punca alahan seperti ini tidak dapat dikenalpasti tetapi dipercayai disebabkan berpunca dari:
1) Hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang meningkat dengan cepat semasa awal kehamilan. Dan tubuh mula bertindakbalas dengan perubahan hormon.
2) Hormon Estrogen
Satu lagi hormon yang akan meningkat 100 kali ganda dengan cepat semasa awal kehamilan.
3) Perut yang sensitif
Sesetengah wanita mempunyai perut yang sensitif kepada perubahan semasa awal kehamilan.
Jika anda mengalami alahan yang teruk hingga tidak dapat makan dan minum, jumpalah doktor atau makan sikit tapi kerap supaya nutrisi secukupnya dapat dibekalkan kepada bayi anda. Ambil air secukupnya untuk elak gejala dehidrasi.
Elak dari berbaring sejurus lepas makan, ambil makanan pedas.
Jika anda mengalami gejala seperti muntah-muntah lebih dari tiga atau empat kali sehari, berat badan akan berkurang kerana muntah atau kurang 5% dari berat badan asal sebelum hamil, mengalami dehidrasi gara-gara muntah, tekanan darah akan menjadi rendah itu bermakna anda mengalami simptom Hyperemesis Gravidarum, boleh baca tentang ini di pautan: https://m.facebook.com/story.phpstory_fbid=2229755240368746&id=100000028740033
Ibu pertama kali hamil, perlu bersedia untuk mengalami simptom seperti ini supaya anda kurang stress sepanjang hamil.
“Villa yang dinamakan Rindu D’Villa Langkawi itu mengambil masa kira-kira tiga bulan pembinaan, selepas tercetusnya idea sejak Oktober lalu, ketika negara sedang melalui fasa peralihan ke endemik.”
Penyanyi Black Hanifah mengakui, usaha dan penat lelah selama tiga bulan berbaloi apabila villa impiannya di Pulau Langkawi, Kedah berjaya disiapkan sepenuhnya dalam masa ditetapkan.
Katanya, dia terlebih dahulu mengumpul maklumat, membuat kajian dan meneroka harga pasaran sebagai persiapan rapi memulakan projek terbabit, termasuk pembaharuan ditampilkan.
Menariknya, villa yang terletak di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu dibinanya sendiri, dibantu empat tukang yang dibawanya dari Kuala Lumpur.
“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.
“Tidak membuang masa, sekitar Oktober lalu, kerja pembinaan dimulakan dan saya bawa sendiri tukang rumah seramai empat orang ke Langkawi.
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” kata Black yang kini berada di pulau peranginan tersebut bersama keluarganya.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, berkata, dia juga teruja kerana villa tersebut merupakan yang pertama di Asia berkonsepkan lantai ‘glow in the dark’.
“Konsep lantai ‘glow in the dark’ itu dicadangkan seorang rakan pembekal barangan. Dia boleh sahkan villa saya yang pertama menggunakan konsep itu di Asia kerana barangan berkenaan memang miliknya.
“Alhamdulillah, Rindu D’Villa sudah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka untuk bulan Mac ini,” katanya.
Mengulas mengenai harga yang dikenakan, Black memberi jaminan ia akan mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan tersebut.
“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini (Langkawi). Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” katanya.
Menurut Black, dia juga terlintas untuk menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa hadapan.
“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” katanya.
Dalam pada itu, Black berkata, projek yang dirancang juga sebagai jaminan masa panjang buat keluarganya.
“Saya sedang mengumpul aset untuk anak-anak dan isteri. Semuanya demi masa depan kami anak-beranak.
“Saya pilih Langkawi kerana lokasi ini memang akan sentiasa menjadi tarikan pelancong dan pilihan tepat untuk bercuti,” katanya.
Diam tak diam, kandungan anak kedua pelakon cantik, Tasha Shila kini sudah pun memasuki fasa ketiga kehamilannya.
Melalui Instagramnya, Tasha meluahkan rasa syukur malah teruja untuk menyambut kelahiran anak keduanya itu yang berbaki lagi 10 minggu.
“Syukur Alhamdullilah dah masuk 3rd trimester. Harini hari ke 29 minggu kandungan.
“InshaAllah lagi 10 minggu lagi,” tulisnya berkongsi.
Sarat hamil tujuh bulan lebih, aktress cantik ini juga turut memohon doa semua agar kelahiran bayi keduanya ini dipermudahkan.
“Mohon doa kalian semoga bayi dalam kandungan saya sihat & proses bersalin nanti dipermudahkan,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, sebelum ini Tasha pernah berkongsi kandungan keduanya kali ini di mana dia lebih bergemar bercantik-cantik dan selalu berhias serta mengenakan make up sepanjang kehamilan keduanya ini.
Semoga dipermudahkan urusan kelahiran bayi kedua Tasha nanti.
Terdahulu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 dan pada 25 April tahun lalu, si comel Raees Zander menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.