Farah dan suami, Amirul Yunus telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia 3 tahun.
Pasangan popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya Atta Halilintar dilihat semakin bertambah bahagia sejak punya anak mereka, Ameena Hanna Nur Atta.
Melewati Instagram pasangan ini, ada sahaja momen dan wajah terkini Ameena yang sentiasa dikongsikan oleh Aurel dan Atta.
Terbaru, pasangan ini dilihat sedang bercuti di Bali bersama buah hati tersayang mereka.
“Masya Allah Tabarakallah. Pengen dehh tinggal di Bali.
“So peaceful. Ameena selalu happy di ajak jalan-jalan apa lagi kalau ke pantai,” tulisnya di kapsyen ketika bercuti di Bali.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya wajah Ameena yang semakin hari semakin comel dan sihat membesar dikala usianya yang kini sudah pun hampir empat bulan.
Wajah-wajah comel Ameena juga turut dikongsikan pasangan ini sepanjang percutian singkat mereka sekeluarga.
Tidak mahu Ameena pakai pakaian terdedah
Paling menarik, Aurel dan Atta juga turut memakaikan anak sulung mereka dengan tudung di kepala.
Malah memetik laporan Kapan.com, kedua mereka tidak mahu bayi mereka memakai pakaian yang terlalu mendedahkan anggota badan biarpun masih kecil.
Melalui perkongsian Atta di vlognya, dia sebolehnya mahu memberikan yang terbaik buat puteri sulunya itu.
Terdahulu, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar diijabkabulkan pada 3 April 2021. Pasangan ini menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 22 Februari lalu.
Kehadiran cahaya mata comel yang diberi nama Puteri Maryam menjadi pelengkap dalam kehidupan pasangan suami isteri, Mohd Amirul Baharudin, 30, dan Nur Hasikin Ahmad, 28.
Bagaimanapun, takdir Allah lebih dari segalanya apabila anak yang dilahirkan pada 8 Julai 2021 ini meninggal dunia secara tiba-tiba, Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian di Mstar, ibu Puteri Maryam menyatakan pemergian anak syurganya ini langsung tak disangka sama sekali.
“Kami hantar ke rumah pengasuh seperti biasa pada hari bekerja. Ketika dalam perjalanan pulang, saya terima panggilan daripada pengasuh meminta saya cepat kerana anak tak sedarkan diri.
“Dalam panggilan, saya dengar pengasuh sedang menangis. Pada masa sama, suami pengasuh sedang beri bantuan pernafasan (CPR) kepada bayi. Mereka pun dah hubungi ambulans. Saya minta mereka teruskan buat CPR sementara saya sampai dan saya terus hubungi suami untuk maklumkan hal ini.
“Ketika sampai, saya suruh pengasuh pegang bayi dan saya nak bawa kereta ke hospital. Tapi pihak ambulans minta kami tunggu, kami masa tu dah keluar dari perumahan dan berhenti di tepi jalan. Ketika itu, anak saya memang tak sedarkan diri tapi CPR tetap diteruskan,” kongsinya.
Muntah dan tak sedar diri
Tambah Hasikin, dalam keadaan cemas itu beberapa individu turut berhenti di tepi jalan apabila melihat kejadian itu untuk membantu sebelum dia dan bayinya dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Jelasnya lagi, pengasuh memaklumkan bayi berusia enam bulan itu kelihatan tidak selesa dan seolah-olah mahu sendawa sebelum memuntahkan semua susu dan makanan dalam kejadian berkenaan.
“Selepas dibawa dengan ambulans, anak saya dimasukkan ke jabatan kecemasan. Dalam 15 ke 20 minit mereka cuba selamatkan, kemudian doktor keluar maklumkan anak saya tidak dapat diselamatkan dan pihak hospital beritahu punca sebenar tak dapat disahkan lagi.
Kata pengasuh, dia nampak anak saya dalam keadaan tak selesa dan nak batuk. Jadi dia tepuk belakang untuk bagi sendawa. Kemudian anak saya batuk dan muntah sebelum tak sedarkan diri. Lepas dah bedah siasat pada pagi Sabtu, doktor kata tak dapat tengok keputusan dengan mata kasar. Jadi result sekarang adalah pending laboratory investigation.
“Tapi sampel darah dan tisu paru-paru sudah dihantar ke makmal untuk mendapatkan punca sebenar. Keputusan akan diketahui dalam masa dua hingga tiga bulan. Kalau ikut cerita pengasuh, memang tersedak. Tapi doktor tak boleh sahkan selagi tiada bukti. Tersedak ni hanya anggapan kami. Tapi untuk jawapan sahih, kami masih tunggu ujian makmal,” ujar Hasikin.
Reda pemergian Maryam
Menurut Hasikin lagi, walaupun masih bersedih dengan pemergian Maryam, namun dia reda dengan takdir ilahi.
Malah dia tidak menuding jari terhadap pengasuhnya tetapi berterima kasih atas jasa baik yang banyak memudahkan urusan dia sekeluarga selama ini.
“Pengasuh saya memang cuba sama-sama untuk selamatkan arwah, dah hubungi ambulans dan buat CPR. Pengasuh ada dengan saya dan suami dari awal sampai akhir. Dia tak mengelak, semua bagi kerjasama. Saya dengan pengasuh ok, saya tak salahkan dia sebab perkara ini boleh jadi kat mana-mana.
“Walaupun bayi dalam jagaan mak ayah pun boleh berlaku kejadian sebegini. Saya terima ketentuan, bila jadi benda macam ni, ia bagi pengajaran untuk saya dalami pelbagai ilmu berkaitan bayi.
“Saya percaya, saya dan suami pun dah buat yang terbaik, sebab itu kami reda dengan kejadian ini. Rindu tetap ada, tapi kami terima apa yang berlaku. Bayi kami pun sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Gelang Patah,” ujarnya.
Mengimbas kembali hari-hari terakhir bersama Puteri Maryam, Hasikin bersyukur diberi peluang memandikan bayinya pada pagi kejadian yang mana tugas tersebut biasanya sering dilakukan oleh suami.
“Pada pagi hari kejadian, saya mandikan arwah sebelum dihantar ke rumah pengasuh. Selalunya suami yang mandikan tapi hari tu saya offer nak mandikannya.
“Saya dukung dia, mandi shower sama-sama, dia baik sangat. Lepas mandi, saya bagi suami untuk pakaikan bajunya. Suami pun ada tegur yang dia ‘sangat baik,’ tak macam hari-hari sebelum tu. Sepanjang mengandung pun, memang tiada masalah. Semua urusan saya dipermudahkan,” katanya.
Tambah Hasikin, dia sekadar berkongsi cerita pemergian mengejut anaknya untuk membuka mata masyarakat di luar sana mengenai kejadia-kejadian sebegini.
Jelasnya, penting untuk ibu bapa mahupun sesiapa sahaja melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan agar kita sentiasa bersedia dengan kemungkinan buruk yang boleh berlaku.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak keempat kesayangan Mua Bellaz, Nur Aisywara Nealofa sentiasa menjadi perhatian ramai. Setiap kali muncul di media sosial ibunya, aksi comel Baby Lofa ini sentiasa jadi perhatian ramai.
Perkongsian terbaru Baby Lofa yang muncul di Instagram ibunya ternyata membuatkan ramai yang tertawa. Mana tidaknya, bukan hanya gemar berjaga malam bahkan telatah bayi comel itu yang baru berusia lima bulan buat ramai terhibur.
“Dia ingat pukul 3 petang, ajak mak dia main.
“Lopa lopa, panda mata mak hang,” kongsi Mua Bellaz.
Bahkan paling menarik perhatian pastinya gelagat Baby Lofa yang begitu terhibur dan ketawa sambil melemparkan senyuman paling manis kala ibunya mengipas mukanya.
Kerana kesejukan dan terhibur dengan permainan mudah itu, Baby Lofa kelihatan cukup teruja dan terhibur. Namun bayi kecil yang baru berusia lima bulan menangis sebaik dihentikan kipasan. Memang anak yang bijak.
Walau baru berusia lima bulan namun Baby Lofa sudah menampakkan kebijakkannya dan teruja untuk bermain bersama ibunya.
Rata-rata peminat nak kecil ini turut sama meninggalkan pelbagai komen. Masing-masing teruja melihat aksi comel Baby Lofa yang bijak.
Terdahulu, Mua Bellaz selamat menyambut kelahiran bayi keempatnya pada 29 Julai tahun lalu. Mua Bellaz turut mempunyai tiga cahaya mata yang terdiri dari dua orang cahaya mata lelaki dan seorang perempuan.
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.