Menu sardin adalah makanan yang paling versatil, masak cara apa pun mesti sedap rasanya.
Namun, ramai yang mungkin tak tahu sebenarnya hidangan sardin ini boleh dibuat sendiri dan pembuatannya juga mudah.
Bila buat sendiri, sudah pasti terjamin jimat, bersih dan halal kan. Tambah lagi rasanya lebih fresh daripada yang dalam tin.
Antara ikan yang boleh digunakan adalah sardin, makerel ataupun tamban.
Bahan-bahan;
Cara membuatnya;
1. Tumis dahulu bawang kisar dan cili kisar sehingga minyak pecah.
2. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos dan tomato puri.
3. Tambah air sehingga menutupi ikan. Lebih pun boleh kerana kuah akan cepat pekat apabila masuk dalam pressure cooker nanti.
4. Masak kira-kira dalam 60 minit, tulang ikan akan menjadi lembut seperti sardin tin yang selalu dibeli.
Tip;
Bagi yang tidak menggunakan pressure cooker, anda perlu memasak selama tiga hingga empat jam.
Namun, hasilnya tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan menggunakan pressure cooker.
Untuk sukatan ini, ia dapat menghasilkan sebanyak lima bekas bagi ikan seberat dua kg. Selamat mencuba!
Kredit: Norlela Abduk Lahak
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!