Selepas seminggu melahirkan puteri sulungnya, Tunku Sofia Najihah, pengacara popular Sarimah Ibrahim sedang melalui tempoh berpantang secara tradisional.
Menurutnya berpantang secara tradisional ini masih relevan dan dia kini sedang melalui proses urut dan bertungku untuk mengembalikan semula tenaga dan kesegaran badan.
Menerusi perkongsiannya di instagram, dia memilih pakej berpantang tradisional Melayu selepas lebih seminggu melahirkan cahaya mata perempuannya.
Sementara itu, Sarimah juga mengakui sejak kehadiran puterinya, keseluruhan hidupnya juga dah berubah.
“Setiap dua jam sekali Tunku Najiha Sofia akan minta susu. Setakat ini masih lagi mampu memberikan yang terbaik dan rezeki susu sentiasa ada.
“Rasa macam tak percaya dan saya cukup gembira tengok perkembangannya yang sentiasa berubah,” katanya.
Rata-rata peminat Sarimah juga teruja melihat kecomelan Sofia dan ramai yang kata anak perempuannya mirip wajah daddy.
Sebelum ini, Sarimah yang melahirkan puteri sulung pada 19 Julai di usia 40-an begitu menjaga kesihatannya sepanjang mengandung. Dia sentiasa aktif melakukan senaman dan menjaga pemakanan.
Rutinnya itu buat ramai peminat kagum dan badannya tetap maintain walaupun ketika sarat mengandung.
Sarimah juga menjelaskan kehadiran Sofia dalam keluarganya ibarat ‘bunga’ kerana sebelum ini dia dikelilingi oleh ramai lelaki dalam keluarga.
Semoga Sofia dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.
Sumber: ig Sarimah Ibrahim