Memberikan bayi susu ibu memang menjadi impian semua ibu. Sama seperti selebriti Sariyanti yang menyusukan sendiri bayinya, Dariya Inara. Kali ini Sariyanti mendedahkan tentang pemakanannya agar sentiasa berupaya menyusukan Dariya.
Aktres cantik Sariyanti yang kini menyusukan bayi kecilnya, Dariya Inara mendedahkan tip penyusuan yang berkesan buat dirinya menerusi aplikasi story di Instagram. Isteri kepada Jep Sepahtu ini mendedahkan faktor pemakanan memainkan peranan penting buatnya dalam hal penyusuan.
TIDAK SKIP HIDANGAN UTAMA
Dia tidak terlalu bergantung kepada biskut penggalak susu (milkbooster cookies) semata-mata sebaliknya memakan semua sajian yang perlu diambil setiap hari tanpa skip (berdiet). Katanya lagi selepas menyusu kebanyakan ibu akan lapar, jadi bersabarlah.
HANYA AKAN BERDIET BILA DARIYA 6 BULAN
Sariyanti juga memberitahu yang dia akan mula berdiet apabila bayinya mencecah usia 6 bulan nanti kerana ketika itu bayi akan mula ambil makanan pelengkap di samping susu ibu dan ibu tidak lagi perlu risaukan tentang susu tidak cukup.
6 MAKANAN BANYAKKAN SUSU BAGI SARIYANTI
Antara makanan yang berkesan membanyakkan susu bagi ibu tiga anak ini ialah
a)nasi berserta lauk pauk yang lengkap.
b)aiskrim vanila
c)susu atau air sedikit manis yang suam.
d)kekacang
e)ulam-ulaman dan sayur-sayuran
f)biskut penggalak susu atau biskut raya sebagai snek
Ia sungguh menginspirasikan. Berikut ialah perkongsian beliau;
Sumber: Instagram Sariyanti