Sariyanti Dedahkan Caranya Maintain Susu Ibu. Tidak Lokek Kongsi Info Bila Ada Peminat Bertanya

Share

Ini rupanya cara Sariyanti maintain susu ibu untuk bayinya, Dariya Inara. Walau pun berstatus selebriti, ibu muda ini tidak lokek info bila ada peminat bertanya mengenainya.

Sariyanti yang telah memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq mendedahkan ada ibu yang bertanya  kepadanya bertanyakan tentang jenis susu yang diberikan kepada Dariya Inara, 3 bulan. Ia didedahkan oleh Sariyanti menerusi IG story.

Isteri Jep Sepahtu ini rupanya memberikan Dariya Inara yang kini berusia 3 bulan susu ibu. Bertuah si comel Dariya kerana mendapat khasiat dan kebaikan yang tiada tolok bandingnya menerusi penyusuan susu ibu.

Ada ibu yang telah memberitahu Sariyanti yang dia terpaksa memberikan susu formula kepada bayinya kerana susu ibu semakin berkurangan.

 

Ada juga yang meminta tips daripada Sariyanti bagaimana untuk memperbanyakkan susu ibu.

Ini adalah jawapan Sariyanti kepada persoalan ibu-ibu ini.

Akak makan ontime untuk susu sentiasa ada.

Tak diet. Makan tapi tidak terlebih makan.

Makan banyak kekacang.

Dan minum air bergula. Bukan coffee, I’m tea person.

Tapi itu style kakak la…kalau nak try apa salahnya.

Sumber: Instagram Sariyanti & Dariya Inara

 

 

 

 

Published by
Azma ML