Personaliti Ustaz Ebit Lew yang baik hati, prihatin dan penyayang sering mendapat perhatian rakyat Malaysia. Selain suka membantu golongan susah, figura ini juga turut dipuji kerana sering menghargai isterinya.

Selain kejutan dan hadiah, Ustaz Ebit selalu memuatnaik status penghargaan terhadap isterinya di laman Instagram. Baru-baru ini, beliau telah berkongsi sebuah video ketika menyarungkan cincin pada jari manis isterinya sempena pembukaan pasar raya miliknya di Gombak.

Artikel Menarik: [Suami Bacalah Doa Ini Saat Isteri Nak Bersalin. Insya-Allah Dipermudahkan]

Sarung Cincin Pada Isteri, Ustaz Ebit Rasa Macam Pengantin Baru!

Ads

Turut melahirkan rasa terima kasih terhadap isterinya, Ustaz Ebit juga mengatakan segala kepenatan menguruskan perniagaannya terubat apabila menghadiahkan cincin buat bidadarinya itu. Tidak lupa juga, beliau berterima kasih kepada semua orang yang menyokong pembukaan pasar raya terbaharunya itu.

Artikel Menarik: [Biasanya Kalau Isteri Suri Rumah, Suami Jarang Sakit. Nikmat Kesihatan Pun Rezeki Tak Ternilai]

Ads

Kita boleh mengambil iktibar dan jadikan Ustaz Ebit serta isteri sebagai contoh dalam melayari perkahwinan kita. Tidak perlu tiru cara mereka, tetapi jadikan inspirasi supaya hubungan kita dan pasangan terus bahagia. Isteri ikhlas menjaga suami dan anak-anak, suami pula menghargai segala pengorbanan isteri. Mudah-mudahan perkahwinan kita sentiasa dirahmati Allah SWT.

EPISOD 1 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!

Ads

Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Sarung Cincin Pada Isteri, Ustaz Ebit Rasa Macam Pengantin Baru!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI