Selalunya kalau kita hendak buat sate, nak tak nak mesti kita kena bakar. Tapi tahukah anda sate jika digoreng juga mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri.
Andai kata anda sekeluarga belum pernah mencuba rasa, memang kena cuba resipi yang dikongsikan ini. Mudah, sedap dan membuka selera.
Sama enaknya seperti sate yang diba Tak perlu la nak repeat asyik masak daging resepi yang sama sahaja. Jadi jom cuba!
Resipi Sate Goreng Versi Masakan Jawa
Bahan-bahan:
1kg daging
5 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam
Ajinomoto
Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci lengkuas
3 inci halia
2 batang serai
1 genggam biji ketumbar
1 genggam jintan putih
Cara-cara penyediaannya:
1. Potong kecil daging dan basuh sehingga bersih. Toskan.
Ads
2. Perap daging dengan gula, biar gula tersebut meresap ke dalam daging anggaran 10-15 minit.
3. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.
Ads
4. Lumurkan bahan kisar bersama daging dan ratakan.
5. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto jika perlu dan sebatikan.
6. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalaman. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.
7. Setelah perap semalaman, masak perapan daging dalam kuali. Tak perlu guna minyak sebab daging tersebutkan keluar minyak secara semulajadi.
Ads
8. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Daging perlu diperap lama supaya rasanya sebati dan daging cepat empuk apabila dimasak.
“Ibu, saya nak makan nasi dengan kicap je, taknak sayur dan ayam.” Ada pengalaman tak anak-anak anda memilih makanan atau pernah terjumpa anak yang memilih makan?
Berikut adalah tips untuk kita mulakan daripada awal supaya anak kita lebih mudah untuk menerima pelbagai jenis makanan dan tidak cenderung untuk menjadi “picky eater”
1. Tetapkan waktu yang betul
Latih anak untuk makan mengikut waktu yang betul supaya anak terbiasa dengan rutin. Rutin yang tetap membolehkan badan anak beradaptasi dengan rasa kenyang Dan lapar dengan lebih teratur.
2. Kenalkan pelbagai jenis makanan bermula dari kecil.
Ibu bapa boleh memperkenalkan pelbagai jenis karbohidrat, sayur, buah dan protein kepada bayi anda setiap hari bermula daripada umur 6 Bulan. Lidah bayi sangat sensitif kepada rasa. Kalau nak anak mudah makan sayur dan buah, ibu dan ayah perlulah sediakan sayur dan buah yang berbagai untuk anak setiap hari.
3. Kenalkan pelbagai tekstur makanan
Bermula daripada umur 6 bulan, perkenalkan tekstur yang lembut kepada lebih pejal secara beransur-ansur mengikut usia bayi. Apabila sudah boleh mengunyah, ibu dan ayah boleh memperkenalkan makanan yang bertekstur kasar seperti bihun, pasta, cucur, jagung. Ini bagi melatih kemahiran sensori, fizikal, dan perkembangan oral motor anak.
4. Jadikan masa makan, masa Yang menyeronokkan
Antara cara menarik minat anak anda terhadap makanan adalah
Semua tips ini boleh dipraktikkan secara berulang kali. Yang penting, proses memupuk makan secara sihat dan seimbang perlulah dimulakan awal. Jom ibu dan ayah, berikan anak anda makanan berkhasiat untuk tumbesaran yang baik.
Ubi kentang (potato) adalah salah satu daripada sumber makanan paling biasa. Ianya mempunyai banyak khasiat namun bagi sesetengah manusia, ia boleh mendatangkan mudarat jika mempunyai alahan terhadap makanan ini.
KENTANG BOLEH SEBABKAN KAHAK
Dalam kentang, ada patatin dan solanine.
Untuk anak-anak yang alah dengan 2 unsur ni, memang senang kahak nak berkumpul bila makan kentang.
Antara simptom lain bila alah pada patatin dan solanin;
Boleh juga sebabkan masalah dengan usus;
Anak-anak, kalau ada masalah macam ni bila diorang makan kentang atau fries, mungkin kena cuba elakkan kejap lepas ni.
Betulkan usus anak dulu. Elakkan makanan ultra processed dari anak, banyakkan real food. Ini salah satu cara paling utama untuk betulkan usus anak-anak.
Real food macam kentang ni, sepatutnya baik untuk anak makan, tapi bukan semua yang sesuai dan serasi.
Kalau anak batuk, saya biasanya elakkan kejap kentang dari anak-anak. Sebab taknak trigger lagi batuk dengan kemungkinan kahak akan berkumpul lebih banyak.
Korang boleh perhatikan anak-anak k, samada kentang okay atau kurang okay untuk anak korang.
Sekarang musim anak demam, batuk, selsema kan.
Elakkan beli french fries dari restoran fast food tau kalau anak tak lalu sangat nak makan. Balik rumah buat bubur kosong letak keledek, atau beli air kelapa pun lagi baik, insyaAllah.
Dalam penyediaan makanan anak, kebanyakan ibu akan bertanya soalan, apa perlu prepare sebelum masak untuk anak? Ini kerana setiap anak, seleranya tak sama dan memerlukan ibu lebih kreatif dan pandai ‘tackle’.
Menerusi perkongsian Dietitian, Puan Norhafizah M.Sobri dalam E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat anjuran Pa&Ma baru-baru ini perkara penting untuk ibu tahu sebelum masak untuk anak adalah jenis makanan sesuai mengikut usia.
Contohnya fasa usia 6 hingga 8 bulan penting untuk tahu jenis makanan apa, tekstur, banyak mana, kuantitinya dan jenis resipi. Apabila meningkat usia 9 hingga 12 bulan pun sama sehinggalah anak semakin meningkat usianya.
Sebab itu ibu perlu tahu serba sedikit asas dalam penyediaan sebelum anak mula makan. Ilmu ini penting dan kita boleh nampak perbezaan ibu yang main redah tanpa ilmu dengan yang mempersiapkan dirinya dari awal.
Mungkin ada sesetengah ibu anggap menu untuk anak ini simple namun sebenarnya silap. Bila ibu ada ilmu, ibu akan tenang hadapi masa anak makan. Contoh anak tantrum, tak mahu makan dan sebagainya.
Berikut ada tiga asas utama ibu perlu tahu dalam bab penyediaan makanan iaitu menu, anak-anak dan diri ibu sendiri.
1) Menu
Dalam bab ini, ibu perlu tahu menu anak 2 tahun ke bawah sebab tempoh ini fasa pengenalan pada makanan selain susu ibu. Masa ni, kita nak tengok anak alergik apa, sama ada mereka suka atau tak makanan tu, selain untuk kenalkan buah dan sayur.
Selain itu, jangan risau kalau anak tak terima makanan masa awal-awal, sebab ada pakar jelaskan 10-15 kali perlu dikenalkan jenis makanan sama sebelum boleh lihat sejauh mana anak terima dengan baik.
Contoh lobak merah – kali pertama buat puri, selepas itu finger food, campurkan dalam bubur dan buat cucur. Sekurangnya satu jenis makanan itu, dipelbagaikan dalam bermacam resipi. Jangan fokus pada satu jenis sahaja.
Melalui cara ini, baru kita boleh nampak anak akan makan lebih berselera. Tak kira dari usianya 6 bulan sehinggalah besar. Paling penting penyediaan makanan itu mesti sihat dan seimbang.
Bukan itu sahaja, apabila anak usia 2 tahun ke atas pula, ibu boleh ajak anak sediakan makanan bersama-sama. Bila mereka buat sendiri, mereka akan cuba nak merasainya. Tak perlu beriya buat makanan yang susah penyediaannya. Ringkas pun tak apa janji lengkap nutrisi, sihat dan seimbang!
2) Anak
Apabila melibatkan anak kecil, mood memainkan peranan penting. Jika mood anak tak ok, waktu makan akan buat mereka rasa tak gembira. Masak sedap sekalipun, hias cantik-cantik, jika mood anak tak ok, tetap tak mahu makan.
Contoh waktu anak mengantuk paksa dia makan, memang tak akan habislah. Lepas tu jika anak sakit atau terjatuh, selesai masalah itu dulu. Bila anak sedih atau takut pun ia akan mempengaruhi mood.
Selain mood anak, waktu makan dan minum susu yang terlalu dekat juga boleh jadi anak dah kenyang untuk menikmati makanan. Oleh itu, ibu disarankan tidak memberi susu 2 jam sebelum makan.
Seandainya anak merengek lapar tetapi makanan belum siap, nak bagi boleh tapi kurangkan kuantiti daripada biasa. Contoh 8 auns anak minum, bagi dulu 4 auns.
Tip seterusnya juga, jangan paksa makan dengan cara memarahi anak. Anak kecil lagi kita marah, lagi memberontak dan susah makan. Kalau anak tak mahu makan lagi, letak siap-siap dalam pinggan dan cakap elok-elok pada mereka. Pasti dengan sendirinya anak lihat makanan itu, dia nak makan. Berbeza pula kalau anak leka dengan gajet, sebaiknya bagi masa dia perlu ‘stop’ sebab bila menghadap gajet, yang lapar pun boleh jadi kenyang.
3) Ibu
Emosi ibu memainkan peranan penting. Jika ibu stres, penat, mengantuk itu yang menyebabkan ibu tiada mood. Memasak ini perlukan mood yang happy. Jadi kalau ada ‘gajet’ untuk cepatkan masa memasak lagi mudah.
Nak mudah lagi, set menu untuk seminggu. Ini sesuai untuk ibu bekerja untuk jimatkan masa. Ambil masa hujung minggu untuk sediakan beberapa menu dan bekukan. Bila ada perancangan ini baru ibu ada masa rehat dan uruskan anak setelah balik kerja.
Untuk dapatkan perkongsian lanjut daripada panel jemputan mengenai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat boleh tonton video di bawah ini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!