Satu Adunan Boleh Bakar Atau Kukus, Resipi Kek Pisang Ringkas Ni Memang Superb!

Share

Hujung minggu pastinya masa untuk mencuba pelbagai resipi buat anak-anak dan suami. Bosan dengan kek coklat, apa kata kita cuba sediakan kek pisang pula untuk anak-anak. Menariknya kek pisang ini boleh dikukus atau pun dibakar menggunakan resipi dan adunan yang sama. Hebat!

Resipi asli dari Arm Ika yang dikongsikan semula oleh Martinaz Mopilin ini memang sedap. Tak hairanlah sehingga mendapat perkongsian hingga 4.5K. Memang sedap!


Siapa yang kekosongan idea untuk menu sarapan pagi hari ini, mari saya share resepi kek pisang sedap. Nak kongsi kek pisang dua versi, kukus dan bakar satu adunan yang sama. Cara dan bahannya sama saja dengan resepi yang lain.

Resepi kek pisang kukus/bakar:
3 biji telur(saya guna 2biji saja)
1 cwn gula putih (saya guna 3/4cwn)
1 cwn minyak
1 sdk asen pisang
(blend semua bahan diatas hingga gula larut)

1 cwn pisang siap dilenyek
2 cwn tepung gandum
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonate

Lepas blend bahan, masukkan pisang lenyek dan blend sekali dua sahaja. Kalau lama-lama takut urat pisang putus nanti.

Tuang bahan blend tadi dalam bekas tepung, gaulkan sebati sampai tak ada ketul-ketul.

Sapu minyak pada loyang/acuan dan kemudian tuang dalam loyang/acuan. Kukus api sederhana 45-1 jam JIKA satu adunan ni dikukus dalam satu acuan besar atau bakar 170°c/45 minit(ikut oven masing2).

Okk…dah siap!

Air kukusan jangan lupa didihkan dulu sebelum masukkan adunan.

Saya guna pisang pokok belakang rumah je ‘pisang awak’.

Pisang tu lenyek cantik-cantik sebab masa blend nanti kita tak nak blend lama-lama, hanya on off button blend tu sekali dua sahaja untuk dapatkan urat yang cantik.

Kalau kita blend lama nanti urat tu putus lepas tu hasil kita dapat urat yang berbintik-bintik.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM