Mama boleh jadi stress bila kelas PdPR nak bermula, anak mula mencari-cari buku di merata tempat. Sudahnya tak jumpa. Anak stress mak pun ikut stress.
Idea ibu ini, Shakina Farhan yang menjadikan ruang khas setiap satu rak kelengkapan buat anak-anaknya pasti menjadikan kehidupan tambah sempurna. Anak-anak nak cari barang mereka pun lebih cepat dan paling penting tak hilang. Jom kita jadikan panduan. Memang awesome!
Satu anak satu frame
Saya nak share bookstation anak-anak yang sangat membantu kami sekeluarga lebih lagi masa PdPR ni. Anak darjah 3, darjah 1 & tadika 5y. Almost 5 bulan guna cara ni.
Mulanya saya nak guna Ikea Billy tapi masa tu memanjang out of stock jadi saya ambil Besta.
Kelebihan ikea ni boleh custom ikut keperluan kita. Contoh pintu bawah sekali untuk sorok beg. Kalau kita nak tambah lagi shelf ke atau pintu ke masa depan pun boleh.
Saya cat dalam besta tu hitam sebab nak matching dengan decor rumah sebab bookstation ni betul-betul antara dining & living room. Anak-anak belajar dekat dining & bilik bawah. Kadang2 depan tv.
1 Frame 1 anak tapi ada gak bercampur-campur. Dalam file fluns ada file subjek jadi kalau anak ada G.Meet ke terus ambil file saja. Beg dekat bawah sekali tersorok kalau tak bersepah berlonggok atas lantai. Bila la beg sekolah boleh guna ye.
Ads
Almari ,shelf,door- Besta frame x 3 Box grey – Ikea Bakul putih – Mr Diy File fluns – Ikea Label – buat sendiri
Huruf tu ikut nama anak-anak (saja decor). Bawah sekali tempat sorok beg sekolah. 2nd row files buku-buku sekolah & kafa. 3rd row bakul (yang ni paling senang nak bersepah sebenarnya sebab open kan senang nak campak-campak)
(Tapi kafa tu x fully utilise sebab buku sket anak suka letak dalam beg kafa.)
Ads
Label guna sticker vynil, ni saya buat sendiri. Dalam bakul tu ada jugak mix item tapi saya label ikut barang apa yang paling banyak dalam tu. Cth kalau nak suruh anak amek charger suruh dia gi bakul MISC.
Setiap files ada rumah. File putih ni FLUNS ikea 1 set ada 4, muat elok je 8 dekat BESTA ni. Kertas lukisan tak muat takpe, letak je tepi sekali.
Macam seni semua berkaitan seni masuk dalam file fluns berlabeli seni/muzik ni. Buku2 dalam files warna warni. Kalau gi sekolah amek files je. Sama juga kalau pdpr amek file je sebab buku semua dah dalam tu. Tak kalut nak cari.
Ads
Hook untuk beg beli dkt Mr Diy..1 set ada 2..sangkut je utk bagi dia berdiri je, kalau sangkut atas sangat boleh terjatuh sebab brg berat..tapi datang time malas campak je takpe sebab ada pintu boleh tutup.
Tabung & artwork anak. Dalam box ni simpan barang2 mcm sticker, pensil, pembaris. Lampu atas tu jenis sensor rechargeable. Kalau malam nak gi amek air kat dapur lalu sini dulu nanti dia terbuka la lampunya.
So terhasil la bookstation macam ni. Tak semestinya guna Besta tau, boleh je pakai cabinet lain. Kot ada yang tengah mencari idea cara nak susun kan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Pn Shakina Farhan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak dan gajet bagaikan sesuatu yang sinonim pada masa kini. Namun penggunaan peranti itu perlulah di kawal sebaiknya oleh ibu bapa. Tanpa kawalan penggunaan yang terlampau boleh memudaratkan si kecil tersayang.
Sebenarnya ada banyak aktiviti yang mama dan papa boleh buat bersama dengan anak-anak di rumah terutamanya bagi yang berumur 2-3 tahun. Malah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan si kecil.
Ini aktiviti yang boleh mama dan papa buat di rumah bersama anak-anak berusia 2-3 tahun seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari
Mana yang ada anak kecil berusia 2-3 tahun, selain kita control penggunaan gajet tadi, kena jugak encourage mereka supaya selalu lakukan aktiviti yang boleh kuatkan otot-otot jari dan tangan.
Ini saya kongsikan 9 ‘games’ atau aktiviti mudah yang boleh si comel tu mainkan kat rumah.
#1. Ajak mereka masukkan syiling ke dalam tabung.
#2. Ambil botol yang ada penutup. Ajarkan anak kita untuk buka penutup botol tu dan kemudian tutupkan balik.
#3. Boleh jugak gunakan beg, seluar atau sweater yang berzip. Suruh si kecil tu main lock dan buka balik zip tu berulang kali.
#4. Kalau kat luar rumah tu ada pokok kari ke atau pokok berdaun kecil yang lain, dapatkan sebatang dahan yang kecil.
Minta dia cabut helaian daun kari tu satu persatu.
#5. Masa mandi kat bilik air, ajar dia untuk picit sendiri ubat gigi kat atas berus gigi.
Latih benda ni sampailah si comel tu mampu nak kawal kuantiti ubat gigi yang dipicit.
#6. Pergi kat laman rumah, kutip batu-batu kecil dan susun biar jadi bentuk yang menarik.
#7. Ajak dia main buka butang baju yang bersaiz besar.
#8. Sesekali joinlah dia main plasticin. Kita pakat gelek buat doh bentuk panjang-panjang.
#9. Waktu makan, berilah dia peluang untuk gunakan susu dan pinggan sendiri.
Galakkan supaya suap sendiri. Terabur sikit pun tak apa. Tu semua latihan untuk kuatkan otot jari dan tangan dia.
Games ni semua simple je.
Tapi kalau anak kita selalu buat, sampai masanya nanti dia akan mampu untuk menulis dan melukis dengan baik sebab waktu tu dia dah miliki kemahiran finger muscle control yang sangat bagus.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Doa ibu bapa adalah kekuatan buat anak-anak. Sejauh mana pun kejayaan anak-anak kita pasti terselit doa ikhlas yang tak pernah putus untuk mereka. Tambah pula bila menjadi ibu bapa, harapan nak anak berjaya, soleh dan solehah tu sentiasa ada.
Melalui perkongsian ini, sebenarnya sangat mudah untuk ibu ayah amalkannya demi memastikan anak-anak kita menjadi insan berjaya dunia akhirat.
Hajat pada anak.. Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kalau kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Insya Allah bermanfaat.
Perkahwinan merupakan detik yang paling bermakna buat setiap individu. Ia menandakan perubahan fasa kehidupan daripada fasa bujang/tanpa tanggungan kepada fasa hidup bersama.
Cabaran dan dugaan perlu ditempuhi bersama namun persoalan berkenaan dengan talasemia boleh ditanya sebelum berkahwin agar persiapan awal dapat dibuat. Tanpa rawatan awal, penyakit tersebut boleh mempengaruhi kesihatan dan faktor-faktor lain seperti kewangan, psikologi dan sebagainya. Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.
Talasemia, masalah genetik
Talasemia adalah penyakit genetik berkaitan dengan darah. Ia menyebabkan pemusnahan sel darah merah akibat ralat pada gen yang tertentu dalam pembuatan sel tersebut menyebabkan masalah anemia. Sel darah merah penting bagi setiap individu kerana ia membantu menyebarkan oksigen dan nutrisi kepada sel. Di samping itu, ia juga bertanggungjawab dalam membawa bahan kumuh sel (karbon dioksida) ke paru-paru untuk dibuang.
Bergantung kepada tahap keterukan dan jenis masalah talasemia (talasemia alfa atau beta), mereka yang terbabit terpaksa menjalani terapi transfusi darah sekerap sebulan sekali bagi memenuhi kehendak sel badan untuk oksigen dan nutrisi. Tanpanya, individu terlibat akan mudah mendapat masalah tumbesaran, kecacatan pada bentuk tulang dan pembesaran organ hati dan limpa.
Namun, perlu diingatkan bahawa terapi tersebut bukanlah jalan penyelesaian definitif. Buat masa sekarang, tiada lagi rawatan yang dapat menyembuhkan masalah talasemia melainkan prosedur pemindahan sumsum tulang. Walau bagaimanapun prosedur tersebut dianggap radikal, mempunyai kadar mortaliti yang tinggi dan ia bergantung kepada jika terdapatnya penderma sumsum tulang yang ideal.
Mungkin anda berpendapat bahawa terapi transfusi darah adalah jalan penyelesaian yang paling ideal namun terapi tersebut mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Beban lebih ferum (Iron overload) boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti masalah jantung, kencing manis, masalah tiroid dan sebagainya. Ini berikutan proses patologikal beban lebih ferum yang akan menyebabkan pendepositan lebihan zat besi pada organ-organ lain yang menyebabkan kerosakan.
Cinta sebenar?
Walaupun tahap kesedaran berkenaan dengan penyakit ini agak rendah, terdapat beberapa individu yang mengambil tindakan drastik memutuskan hubungan mereka kerana kedua-duanya merupakan pembawa (carrier) kepada masalah talasemia. Kebanyakan garis panduan talasemia menyarankan mereka yang ingin berkahwin untuk melalui ujian saringan dan kaunseling bagi mencapai jalan penyelesaian terbaik buat pasangan.
Namun, tidak mudah untuk membuat keputusan lebih-lebih lagi jika anda sudah komited terhadap perhubungan tersebut. Apabila dua pembawa talasemia berkahwin, mereka mempunyai risiko setinggi 25% untuk mendapat bayi yang mempunyai masalah talasemia. Ujian saringan pranatal dan kaunseling mempunyai peranan yang penting dalam menyediakan kedua pasangan bagi menerima anak yang mempunyai masalah talasemia.
Pengguguran (abortion) mempunyai isu etika yang kebiasaannya menjadi tabu dalam kepercayaan masyarakat setempat. Oleh sebab itu, pasangan yang ingin berkahwin, perlu membuat keputusan bagi memastikan anak mereka kelak mempunyai tahap kesihatan yang optimum. Bukan mudah untuk menjadi rasional apabila sesuatu keputusan itu melibatkan perasaan namun tahap kesanggupan pasangan kebiasaannya menjadi faktor pemisah.
Ingin saya tekankan di sini, tiada siapa yang bersalah jika hubungan itu terlerai disebabkan oleh ketidaksanggupan untuk mempunyai anak yang bermasalah talasemia. Perbincangan perlu dibuat dengan matang dan fikirkan kesannya terhadap semua pihak. Kepada mereka yang ingin meneruskan perkahwinan, jangan lupa untuk melalui ujian saringan talasemia setiap kali anda mengandung. Persediaan fizikal, mental dan kewangan boleh dibuat. Kedua-dua pasangan mesti komited dalam proses penjagaan bagi mereka yang bermasalah talasemia.
Tanya kepada pasangan anda berkenaan dengan penyakit genetik ini. Jika anda berdua tidak mengetahui status masing-masing, ambillah ujian genetik. Jika kedua-duanya adalah pembawa, buat temu janji untuk sesi kaunseling. Pastikan anda memahami dengan lebih dalam dan telah mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan. Jika anda ragu-ragu, berjumpalah dengan pakar bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.