Majoriti masalah keguguran berlaku secara spontan dan rawak. Dianggarkan satu dalam lima wanita hamil akan mengalami keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku tanpa disedari. Misalnya, haid datang lewat dan tiba-tiba seketul darah keluar (tanpa janin). Wanita itu kemudiannya didatangi haid seperti biasa. Ini dinamakan chemical miscarriage.

Satu Dalam Lima Wanita Hamil Akan Mengalami Keguguran! Ketahui Faktor-Faktor Yang Boleh Menyebabkan Keguguran

Kebanyakan keguguran berlaku dalam trimester pertama di mana usia janin kurang daripada 14 minggu. Sebab-sebab keguguran berlaku kurang diketahui. Namun, kajian menunjukkan kebanyakan keguguran di trimester pertama adalah disebabkan masalah genetik janin tersebut.

IKLAN

Genetik janin bergantung kepada DNA dalam sperma dan ovum serta proses tumbesaran sel-sel yang membentuk janin tersebut.

Satu Dalam Lima Wanita Hamil Akan Mengalami Keguguran! Ketahui Faktor-Faktor Yang Boleh Menyebabkan Keguguran

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keguguran adalah:

IKLAN
  • Masalah hormon di dalam tubuh ibu.
  • Masalah jangkitan kuman atau virus.
  • Ibu ada masalah perubatan.
  • Cara hidup tidak sihat seperti merokok dan penyalahgunaan dadah
  • Usia ibu melebihi 35 tahun.
  • Ibu mempunyai masalah struktur rahim.

Faktor-faktor yang belum dibuktikan penyebab keguguran pula termasuklah:

  • Stres hidup (sama ada di rumah atau di tempat kerja).
  • Hubungan intim suami isteri.
  • Perkara yang menyebabkan ibu terkejut.
  • Mengangkat barang-barang.

Satu Dalam Lima Wanita Hamil Akan Mengalami Keguguran! Ketahui Faktor-Faktor Yang Boleh Menyebabkan Keguguran

IKLAN

Wanita yang pernah mengalami keguguran mudah risau atau takut untuk hamil sekali lagi. Namun, bandingkan statistik berikut.

  1. Peluang untuk wanita hamil setelah mencuba selama setahun adalah 80%.
  2. Peluang untuk wanita hamil setelah mengalami keguguran sekali lagi adalah sekitar 77%.
  3. Peluang untuk wanita hamil setelah melalui keguguran TIGA kali berturut-turut adalah 60%.

Peluang untuk wanita hamil selepas keguguran adalah amat baik. Oleh itu jangan takut untuk mencuba lagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI