Isu mengenai suntikan imunisasi atau vaksin menjadi tular dan memuncak baru-baru ini ekoran perdebatan antara seorang doktor pakar pediatrik dan doktor freelance.
Seorang doktor telah mendedahkan pengalamannya mengendalikan kes kanak-kanak yang dijangkiti difteria ketika penularan wabak itu pada tahun 2018. Dia yang bertugas di sebuah hospital di selatan tanah air ini menceritakan kesan buruk yang terjadi kepada kanak-kanak dan bayi yang tidak mendapat suntikan vaksin.
ANGGAPLAH SAYA SEORANG SAKSI, BUKAN DOKTOR
….ATAU PUN KADAR ANTIVAKSIN LEBIH BANYAK, SAYA MAHU BERSANGKA BAIK
Ramai yang menyalahkan epidural, hingga ada yang mendakwa boleh menyebabkan punca sakit belakang & lumpuh! Mama papa jangan percaya dulu, ikuti penhelasan doktor ini mengenai kelebihan & risiko penggunaan epidural semasa bersalin.
Sebaik-baiknya ibu bapa perlu memahami terlebih dahulu mengenai epidural. Pembacaan awal boleh membantu memahami dengan lebih baik dan mengelakkan percaya kepada mitos dan fakta karut berkaitan epidural.
Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan memberikan penerangan lanjut mengenai epidural. Berikut ialah perkongsian beliau;
“Pakai epidural saya sakit belakang bertahun-tahun lamanya lepas beranak! Menyesal !”
“Kakak kepada kakak angkat , sepupu belah ayah saya pakai epidural tu, dia lumpuh separuh badan pastu. Takot lak saya nak epidural”
“Takpa doktor, saya nak rasa sakit bersalin tu. Boleh hapuskan dosa” ( setengah jam lepas tu menangis mintak epidural )
“Suami saya tak bagi amek epidural tu, boleh sebabkan lumpuh katanya”
Ni antara sebab-sebab orang tak mahu epidural. Sakit bersalin bukan main main oi. Setakat contraction sikit sikit boleh senyum lagi. Cuba kalau sakit betul-betul datang tengok macam mana. Kalau terpotong hujung jari masa membawang pun dah kalut, belum lagi rasa sakit bersalin.
Epidural tu ape ?
Salah satu teknik pelega kesakitan yang diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin. Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye.
Ia tidak menghilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.
Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L4-L5 atau L5-S1. Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin.
Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah
Kalau sudah pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu.
Apa bagusnya epidural ?
Doktor juga mengulas tentang kesan buruk yang boleh timbul semasa penggunaan epidural iaitu;
Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin.Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan.
Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Tak dapat epidural pun sakit belakang ?
A) PERUBAHAN HORMON MENYEBABKAN LIGAMEN PELVIS LONGGAR
Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang.
B) PROSES TULANG BELAKANG KEMBALI KEPADA KEDUDUKAN ASAL
Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.
C) POSTUR BADAN YANG SALAH
Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.
Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang
Yang menanggung sakit bersalin tu awak. Bukan suami atau makcik bawang yang mengecam penggunaan epidural.
Satu lagi, bukan semua hospital ada servis epidural ini. Kalau ada pun, untuk pesakit tertentu bergantung kepada kakitangan bius yang ada untuk pemantauan. Tanya dulu ok?
Selalu tengah malam anak meraung sakit gigi. Nak bawa ke klinik semua dah tutup. Tak sampai hati nak tengok anak menangis, meraung kesakitan kerana gigi berlubang atau gusi bernanah. Tak keruan mak ayah dibuatnya.
Ada beberapa langkah awal yang boleh dibuat sebelum bawa anak ke klinik keesokkan harinya.
Anak sakit gigi, langkah awal ibu ayah boleh buat!
ANAK SAKIT ibu yang paling susah hati, ayah mungkin tak boleh tidur,
Sebak rasa hati bila tengok anak asik menangis dan meraung kesakitan
Rasa tak senang duduk bila anak enggan makan waima minum susu
Mana tak nya, gigi berlubang, gusi bernanah, memang berdenyut teramat sakit
Apa langlah awal ibu ayah patut lakukan segera untuk kurangkan kesakitan pada anak?
1️⃣ Berus gigi dan gusi seperti biasa, lebihkan masa untuk bersihkan kawasan yang sakit
2️⃣ Kerap berkumur dengan air garam suam jika anak sudah pandai berkumur atau sapukan air garam suam di kawasan terlibat
3️⃣ Beri anak air suam yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi badan
4️⃣ Monitor suhu badan anak, sekiranya demam, beri anak ubat demam paracetamol mengikut kesesuaian umur dan dos
Ps: Langkah di atas boleh diambil sekiranya anak sakit pada waktu klinik tutup atau di tengah malam, sebaik-baiknya segera bawa ke klinik gigi untuk pemeriksaan
“Ainul semakin baik dan dia tidak lagi kritikal” Alhamdulillah syukur Ya Allah. Ini perkembangan terkini adik Ainul Mardhiah yang dikongsikan oleh ayahnya, Ahmad Safiuddin di Facebooknya.
Walaupun begitu, Ainul masih perlu dirawat di unit jagaan rapi, masih diberikan ubat “rehat” dan masih memerlukan sokongan ventilator.
Keseluruhannya, Ainul lebih baik dari semalam. Dia masih kuat melawan. Terima kasih buat para doktor yang merawat Ainul kerana berjaya selamatkan Ainul dari zon kritikal. Terima kasih kakak-kakak misi yang menjaga Ainul dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih semua rakyat Malaysia yang ambil berat tentang Ainul dan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.
Tiada daya saya dan ahli keluarga untuk membalas jasa baik rakyat Malaysia yang berbuat baik kepada kami. Hanya mampu kami titipkan doa buat anda semua supaya Allah SWT berikan segala kebaikan yang ada di muka bumi ini kepada anda dan seluruh ahli keluarga.
Saya juga doakan buat anak-anak lain yang sedang bertarung nyawa, yang sedang berjuang melawan penyakit diberikan kesembuhan secara menyeluruh, Doktor yang merawat diberikan jalan dan kefahaman, dan ibu bapa mereka diberikan ketabahan, kesabaran, ganjaran di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah swt cukupkan rezeki kita semua. Mohon doakan Ainul sembuh dari serangan kuman ini tanpa ada sebarang komplikasi. Amin