Didikan sempurna di awal fasa pertama kehidupan anak iaitu 0 hingga 6 tahun, akan membentuk keperibadian baik apabila besar.

Semua nak yang terbaik asalkan anak dapat menjadi individu cemerlang. Tapi adakah ibu bapa tahu dalam kelekaan memberi anak pendidikan awal seperti mengajar membaca, menulis, membaca al-Quran dan solat kita terlepas pandang mengenai pendidikan aqidah?

Sepatutnya pendidikan aqidah yang perlu diutamakan dan barulah diikuti oleh pembelajaran yang lain.

Melalui Facebook Prof Dr Muhaya, perkongsian dari rakannya mengenai pendidikan aqidah untuk anak-anak di diperingkat Golden Age boleh dijadikan panduan untuk semua ibu ayah.

————————————————————

0-6 tahun Golden Age? Merujuk pada apa Golden Age ni?

Bukan Flash Cards
Bukan Hafazan al-Quran
Bukan Solat
Bukan Buku Kanak-kanak
Bukan Educational Toys
Bukan Set Pembelajaran yang harga 4 angka
Bukan Nursery Rhymes

Rupanya silap banyak sangkaan saya. Tersentak saya bila dengar kupasan mengenai nasihat Luqman dalam al Quran

Nasihat pertama berbunyi:

” Wahai Anakku, Janganlah engkau menyukutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar”

Rupanya asas pendidikan anak ketika kecil pada masa kritikal yang kita gelarkan sebagai Golden Age ialah pendidikan AQIDAH

Satu Didikan Ini Jika Diamalkan Untuk Anak 0-6 Tahun, Pasti Tak Mengecewakan Bila Anak Besar

Eh..kenapa tak sebut solat dulu? Solat jatuh ke tangga agak bawah dalam nasihat Luqman

Rupanya anak yang diberi asas pendidikan AQIDAH ketika 0-6 tahun akan mudah untuk bersolat pada usia 7 tahun nanti.

Bagaimana pula dengan didikan kenal al-Quran dan ajar solat seawal kecil?

Bagus..! Dan sepatutnya diteruskan. Cuma jangan terlalu disibukkan dengan Flash Card atau Hafazan/solat hingga tertinggal aspek pendidikan aqidah.

Membaca al-Quran dan hafazan hanya merupakan kemahiran yang kita mahu anak kuasai. Tetapi benih keimanan bermula dengan menanam aqidah.

Soalannya..

IKLAN

Bagaimana mahu tanamkan aqidah dalam diri anak kecil?
(Tip ini untuk anak yang 2 tahun keatas)

1) Perkenalkan Allah dan CiptaanNya

“Mak, kenapa Allah buat kita ni ada gigi ?” soalan anak saya yang berusia 4 tahun sambil tunjuk dalam mulut

“Mak, dah hujan..kenapa Allah turunkan air dari atas?’

Saya pasti setiap anak kita selalu tanya soalan pelik-pelik pasal diri mereka atau Allah

Usahakan untuk beri jawapan, dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah (asma’ ul husna)

Contoh jawapan saya beri:

“Allah bagi adik dan mak gigi supaya kita boleh koyakkan makanan, dan boleh kunyah makanan sampai hancur..sebelum telan.

Adik bayangkan kalau kita tak de gigi, tercekik nak telan makanan keras dan besar. Baikkan Allah sebab bagi kita gigi?”

Kadang-kadang giliran kita pula bersoal jawab dengan anak

Contoh:

“Adik agak kenapa Allah bagi jagung ni ada rambut..?”

IKLAN

“Kenapa Allah jadikan malam gelap..tak de cahaya?”

Galakkan anak untuk berfikir tentang kejadian alam dan setiap yang Allah ciptakan tidak sia-sia.

Tugas ibu ayah ialah lebihkan bercerita mengenai Allah dan CiptaanNya.Satu Didikan Ini Jika Diamalkan Untuk Anak 0-6 Tahun, Pasti Tak Mengecewakan Bila Anak Besar

2) Perkenalkan Allah sebagai Ar Rahman Ar Rahim

Bukan Allah yang garang. Bukan Allah yang suka menyeksa

Yang ni aspek paling penting! Ramai yang silap didik anak bab ini.

Kenapa kena solat? Sebab kalau tak solat Allah marah..(ini ayat biasa kita)

Tukar ayat ke:

Kenapa kena solat? Sebab Allah sayang orang solat..adik nak masuk syurga dengan mak dan ayah kan?

Umur 0-6 tak perlu cerita pasal azab ALLAH atau neraka

Ceritakan tentang sifat Allah Ar Rahman dan Ar rahim

Ceritakan mengenai syurga dan isi kandungannya

IKLAN

Minta anak bayangkan nikmat syurga yang dia bakal dapat jika buat kebaikkan yang Allah suka

saya terkejut dengan imaginasi anak saya mengenai syurga..bagaimana dia bayangkan dia akan mandi dalam sungai di syurga nanti

Mudah untuk mendorong anak buat kebaikkan jika hati mereka terpaut pada sifat-sifat Allah Ar Rahman Ar Rahim

Satu Didikan Ini Jika Diamalkan Untuk Anak 0-6 Tahun, Pasti Tak Mengecewakan Bila Anak Besar

3) Bila anak sudah mula bertanya mengenai Allah. PUJI mereka

Bila kita sentiasa berbicara mengenai Allah, anak akan merasakan keberadaan Allah sepanjang masa

Pada peringkat ini, anak akan mula bertanya pelbagai soalan

Ibu ayah jawablah dengan bijak dan berilmu. Jika kurang pasti dengan jawapan jangan segan untuk beritahu pada anak kita tak tahu jawapannya dan kita akan mencari.(ini adab ilmu)

Saya masih teringat dialog anak saya ketika dia berusia 3 tahun.

Dia takut untuk tidur kerana bilik gelap. Saya belum sempat nak comfort tiba-tiba dia sendiri menjawab bahawa “Allah ada..jangan takut ” lalu dia tidur dengan lena.

PUJI anak bila mereka selalu kaitkan kehidupan mereka seharian dengan Allah, kerana bila kita memuji anak..mereka akan faham bahawa perbuatan mereka adalah “desirable attitude” (perbuatan yang baik) yang kita mahu kekalkan.

Tanpa pujian, anak akan kurang mengerti mengenai “desirable attitude” yang kita mahu mereka ada dari kecil.

Apakah desirable attitude yang kita mahu?

Anak sentiasa merasa Allah berada di mana-mana, Melihat mereka, Mendengar mereka

Anak yang faham mengenai keberadaan Allah akan takut untuk buat sesuatu yang Allah tak suka atau haram.

Maka peringkat seterusnya iaitu pendidikan solat akan menjadi lebih mudah pada usia 7 tahun nanti, inshaAllah

Kerana mereka sendiri akan terdorong untuk bersolat, menutup aurat dan membaca al-Quran dan hadis.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI