Setiap orang ada kebaikan. Setiap orang juga ada keburukan. Tak ada siapa dalam dunia ni sempurna.

Kalau kita boleh terima ni, kenapa kita nak harap anak-anak kecil kita tu jadi sempurna? Langsung tak realistik, kan!

Macam mana yang realistik?
Kita cari kebaikan anak. Dan bantu bimbing kekurangan.
Tak payah nak compare anak kita dengan anak-anak orang. OK?

Anak ni rupanya tak automatik jadi baik. Lincah dan nakal tu semulajadi tingkah laku mereka. Sebab mereka tak tau apa baik dan apa buruk. Kita mak ayah ni la rupanya yang perlu motivasikan anak jadi baik.

Untuk motivasikan anak untuk jadi baik, kita perlu buat mereka rasa diterima, didengari, diperlukan, bernilai dan jadikan mereka rasa mereka sebahagian dari ahli keluarga. Bukan individu yang berasingan.

Bila mereka luah perasaan, letak tepi barang yang kita pegang. Pandang matanya.
Bila kita buat kerja rumah, beri sekali tugas kepada mereka.
Bila mereka memerlukan, kita hadiahkan pelukan.

Biar mereka tau, sumber kasih sayang ada dalam rumah. Tak perlu nak cari di sekolah. Atau menagih pada orang yang salah.

Kalau ada perangai anak yang kita tak senang, reflek semula diri kita. Adakah kita yang jadi penghalang anak untuk jadi baik?

Adakah kita hargai bila mereka berbuat baik? Atau adakah kita hanya nampak mereka bila mereka buat salah?

Kalau kita rasa anak kita nakal, tangkaplah mereka waktu mereka buat baik. Anak nakal sebenarnya lagi perlu banyak dipeluk dan dipuji.

Sumber: Wawa Shauqi