Sukan tenis mungkin kelihatan seperti aktiviti eksklusif, namun realitinya, ia merupakan salah satu sukan yang paling bermanfaat untuk kanak-kanak. Dari aspek fizikal hinggalah sosial, penyertaan dalam sukan tenis memberikan impak positif yang menyeluruh. Artikel ini menghuraikan beberapa manfaat utama sukan tenis kepada anak-anak yang sedang membesar.
Meningkatkan Literasi Fizikal Sejak Usia Muda
Tenis membantu dalam pembangunan literasi fizikal – iaitu keupayaan untuk bergerak dengan yakin dan cekap. Gerakan asas seperti berlari, melompat, membaling dan memukul adalah sebahagian daripada permainan tenis. Menurut kajian, kanak-kanak yang aktif secara fizikal sejak awal lebih cenderung untuk mengekalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat.
Fakta Menarik: Di negara Eropah, latihan tenis dimulakan seawal usia 4 tahun bagi membentuk asas pergerakan motor yang kukuh.
Membina Keyakinan Diri dan Daya Saing Positif
Tenis adalah sukan individu yang menekankan kawalan diri, fokus, dan kesabaran. Dalam suasana pertandingan atau latihan, kanak-kanak belajar untuk mengawal emosi, menetapkan matlamat, dan bekerja keras mencapainya. Ini membina keyakinan diri secara semula jadi.
Ads
Fakta Menarik: Kajian dari University of Illinois mendapati bahawa kanak-kanak yang bermain tenis menunjukkan tahap harga diri yang lebih tinggi berbanding yang tidak aktif dalam sukan.
Sukan Yang Sesuai Untuk Semua Golongan
Walaupun sering dianggap sebagai sukan elit, tenis kini semakin inklusif dan boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat. Banyak akademi telah menyediakan gelanggang bersaiz mini yang mesra kanak-kanak serta latihan yang sesuai untuk pelbagai tahap kemampuan.
Ads
Fakta Menarik: Saiz gelanggang dan peralatan dalam tenis kanak-kanak direka khas untuk mengurangkan risiko kecederaan dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Menyemai Disiplin dan Ketekunan
Kejayaan dalam tenis menuntut komitmen tinggi dan konsistensi dalam latihan. Melalui rutin latihan yang berstruktur, anak-anak belajar nilai disiplin, ketekunan dan cara mengurus masa – kemahiran hidup yang penting di luar gelanggang juga.
Fakta Menarik: Pemain tenis profesional meluangkan purata 3-4 jam sehari dalam latihan – dan kebanyakan daripada mereka bermula sejak kecil.
Ads
Peluang Menyinar Di Peringkat Lebih Tinggi
Penyertaan awal dalam tenis membuka peluang besar kepada anak-anak untuk bersaing di peringkat negeri, kebangsaan bahkan antarabangsa. Dengan sokongan yang betul, mereka bukan sahaja dapat menjadi atlet berjaya, malah membawa nama negara.
Fakta Menarik: Di peringkat dunia, hanya sekitar 100 pemain tenis lelaki dan wanita berjaya menembusi ranking tertinggi – menjadikan setiap peluang latihan awal sangat bernilai.
Sukan tenis bukan sahaja membantu anak-anak cergas secara fizikal, malah mempersiapkan mereka menjadi individu yang berdisiplin, yakin dan tahan cabaran. Dengan pendekatan yang betul serta kemudahan yang sesuai, tenis boleh menjadi sukan untuk semua – termasuk anak anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti ini senang sahaja, tak perlu susah-suah cari barang-barang mahal. Hanya gunakan kertas kemudian koyak, tiup, tampal. Daripada aktiviti ini banyak skill boleh diajar oleh ibu bapa.
KOYAK-KOYAK, TIUP, TAMPAL
1. Fine motor skill – gunakan jari-jari untuk koyak kertas.. koyak tau bukan tarik sampai kertas tercabut… pegang dengan 2 belah tangan, 3 jari (tripod).. satu tangan twist ke depan, satu tangan twist ke belakang.. boleh latih kekuatan dan koordinasi sekali gus.. nak lagi kuat, guna kertas tebal sikit
2. Skill meniup – Boleh ajar anak untuk bentukkan mulut.. mulut kan organ untuk bercakap.. kena belajar gerakkan dengan betul
3. Skill Sensory – Main gam tampal-tampal.. lumur sikit gam tu kat tangan anak.. tengok dia react macam mana.. anda pun lumur lah kat tangna anda sekali.. so anak boleh tengok contoh yang gam tu tak geli pun
4. Bahasa & komunikasi – dan of course masa aktiviti kita mesti bercakap kan dengan anak.. introduce la apa nama objek, nama action, take turn tampal, tiup semua.. yang penting have fun.. ok ke ok
Ok.. Boleh praktis dengan anak kat rumah ya… Selamat bermain…
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai didera secara kejam oleh ibu kandung dan bapa tiri. Insiden tragis ini mencengkam hati rakyat Malaysia, terutamanya para ibu yang tidak dapat membayangkan bagaimana seorang anak kecil yang sepatutnya disayangi, akhirnya rebah dalam kesakitan.
GAMBAR HIASAN
Penuh Kesan Lebam Dan Patah Kaki
Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan cedera parah. Pemeriksaan lanjut mengejutkan pihak hospital kerana bahagian kepala dan badan anak kecil itu penuh lebam serta didapati mengalami patah kaki.
GAMBAR HIASAN
Lebih memilukan, si kecil ini tidak sempat diselamatkan. Dia menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menerima rawatan.
Anak Adalah Amanah
Sebagai komuniti, kita perlu lebih peka. Tanda-tanda penderaan fizikal dan emosi tidak boleh diabaikan:
Anak murung secara tiba-tiba
Kecederaan berulang dan tidak konsisten dengan cerita
Takut berlebihan terhadap ibu bapa atau penjaga
Apa Iktibar Buat Kita?
Anak bukan tempat lepaskan marah. Tekanan hidup bukan lesen untuk menyakiti. Anak-anak hanya tahu kasih sayang, bukan beban.
Sayang tak cukup diucap. Perlu dilaksana. Jangan biarkan anak dibesarkan dalam jerit sunyi. Mereka perlukan perhatian, bukan ketakutan.
Pantau bukan bermakna menjaga tepi kain. Bila nampak anak jiran lebam, murung atau sering menangis — bertindak. Mungkin pertolongan kecil anda adalah penyelamat besar buat mereka.
Lindungi Anak-Anak, Jangan Jadi Penonton
GAMBAR HIASAN
Anak-anak bukan milik peribadi kita semata. Mereka amanah Allah, tanggungjawab kita bersama. Jika seorang anak tidak selamat dalam rumah sendiri, maka kita semua harus bertanya — apakah cukup usaha kita sebagai masyarakat?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tindakan hantar si kembar ke playschool mula membuahkan hasil. Datuk Dr Sheikh Muszaphar dedahkan Noah & Adam mula menyesuaikan diri tak takut orang asing & tidak menangis untuk bangun pagi. Kedua-duanya happy dan enjoy!
Angkasawan negara pertama ini telah memuatnaik momen indah mengambil anak kembarnya dari tadika. Beliau turut menyatakan Adam dan Noah mempunyai karakter berbeza di mana Adam bila dihantar ke playschool akan terus menuju ke pintu tetapi Noah ada kalanya menangis.
drsheikhmuszaphar Video – Picking up the boys from pre school .
I try to pick up the boys from school as much as possibly could . I wanted to know from their teachers their progress , how they behave , socialise, etc which to me is very important .Noah still cries each time we drop him off but for Adam there is no turning back . He would just run straight inside without even saying goodbye .
I could see some positive vibes though they just started schooling for a week . Less afraid of new faces , more playful and doesn’t cry upon waking up in the morning especially Adam .
Good Evening Everyone .
It’s raining heavily now so please do drive safely .
Love As Always …
PS – The boys are growing very fast which scares me …
Si kembar ini juga sangat seronok dan enjoy ke playschool kerana masing-masing mudah menyesuaikan diri. Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga memuat naik video yang memaparkan kedua-duanya berjalan menuju ke kenderaan sebelum dihantar ke pusat perkembangan.
drsheikhmuszaphar Video – Sending the boys to school !
Adam & Noah adapted very well at their new pre school . They truly enjoyed them .
Adam started walking at 10 months so it’s just natural that he’s always faster than Noah . But Noah is the stronger one always taking toys from Adam’s hand .
Good Morning Everyone .
PS – Berlumba lumba nak pergi Sekolah . Hah
Keajaiban anak kembar menjadikan ia sangat unik. Nak tahu lanjut mengenai anak kembar dan kelahiran anak kembar, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Dunia Si Kembar’ Selasa depan, 23 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.