
Anak bongsu pelawak terkenal Harith Iskandar dan Dr Jezamine Lim ini lain daripada kanak-kanak tipikal yang biasanya tak suka makan sayur.
Selalunya kanak-kanak tak akan makan sayur yang diletak dalam pinggan mereka atau pun mereka akan menangis minta diketepikan segala sayuran yang ada dalam makanan yang hendak disuap ke dalam mulut.

Tetapi Zydane Xayne Iskander, 4, pula menangis apabila sayur dalam pinggan makannya diambil oleh ibunya.
Video aksi spontan si comel itu dirakam dan dimuat naik oleh isteri Harith dalam Instagramnya.
Orang dewasa yang tak suka makan sayur patut tengok cara si kecil ini meratah sayur-sayuran dengan selamba sahaja.
Lucu pula tengok Zydane merengek bila ibunya menceduk sayur daripadan pinggan kerana hendak dikongsi dengan abangnya.
Kapsyen yang ditulis oleh Jezamine turut mendedahkan perangai Harith yang kadangkala bagi semua sayur pada anaknya jika dia tidak melihatnya.
Masalah yang bagus, dia tak pernah kongsi sayur dengan orang lain. Ada masa ayah dia pun beri semua sayur pada dia bila saya tak melihat,” tulis Dr. Jezamine.
Sementara itu Harith pula sempat berseloroh di samping anaknya yang tengah makan sayur dengan kata-kata inilah satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur.
“Dia satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur,” usik Harith pula dalam video tersebut.

Ramai netizen kagum melihat bagaimana Zydane boleh suka makan sayur dan geram melihat aksi cute si comel ini mengambil semula semua sayuran yang telah diambil oleh ibunya.
Bahkan ada di kalangan ibu turut meminta Jezamine berkongsi tips macam mana ajar anaknya mudah makan sayur.


Sumber: Instagram drjezaminelim dan harithiskander
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sibuk Sekalipun, Balik Kerja Mesti Masuk Dapur Dulu. Rahsia Datin Rebecca Pikat Suami

Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam tetap menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri meskipun sibuk dengan komitmen kerja.
Kongsi Rebecca menerusi instagram, dia tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan memasak buat suami dan anaknya.
“Sesibuk mana pun Kita, balik balik kerja Pasti ke Dapur Khas Utk orang tersayang”
Happy Dinner Everyone #mrsazam #cookingwithlove #dinnertime
Walaupun ramai yang mengetahui Rebecca mempunyai pembantu rumah, mereka tidaklah disuruh untuk buat semua kerja. Apa yang boleh dilakukan sendiri, akan dibuat seperti biasa.

Sebelum ini juga Rebecca pernah berkongsi yang dia menganggap pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri dan tidak membezakan mereka.
Layanan untuk pembantu rumah sama rata. Jika dia sibuk, tugas jaga anak mereka yang buat.
View this post on InstagramFamily love 💖… . . #mrsazam #26102019 #MyFamily #MyHelpers #MyKids
A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
Jika ada masa luang sikit apa salahnya buat apa yang patut. Sekali-sekala raikan mereka, lagilah mereka rasa dihargai.
Dalam pada itu, ramai yang memuji cara Rebecca menguruskan rumah tangga dan menjaga suami dan anak-anak. Tiada alasan anak ramai tak boleh memberi komitmen yang baik.

Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.
Sumber: ig Rebecca Nur Al Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila Anak Dah Besar, Jarang Nak Peluk. Ruginya! Banyak Manfaat Peluk Anak

Ada ibu bapa semakin jarang memeluk anak apabila mereka memulakan zaman persekolahan. Tapi tahukah anda terdapat banyak manfaat pelukan buat anak dan juga ibu bapa itu sendiri?
Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.
Ketahui manfaat pelukan
Ingat lagi ketika anak masih kecil, betapa bahagianya rasa setiap kali memeluk si manja? Indah bukan momen itu.

Tetapi kenapa kini anda jarang memeluk mereka?
Sedangkan terdapat banyak faedah saintifik yang boleh terjadi hasil daripada pelukan hangat penuh kasih sayang itu, khususnya dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak.
Ayuh kita bongkar apakah kebaikan pelukan kepada anak.
1. Memeluk anak menjadikan mereka lebih pintar
Anak memerlukan banyak rangsangan deria semasa otak berkembang dan membesar.
Kajian melibatkan bayi di rumah anak yatim menunjukkan mereka mengalami kecacatan kognitif yang teruk.
Tetapi apabila mereka dipegang hanya selama 20 minit sehari untuk tempoh 10 minggu, mereka memperoleh markah lebih tinggi dalam penilaian perkembangan otak.
Bayi baru lahir meneroka dunia melalui sentuhan – sentuhan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit, yang penting untuk perkembangan.
Daripada 5 deria, sentuhan adalah yang pertama berkembang. Jadi manfaat pelukan (antara sentuhan yang sering diberikan), dapat memberikan rangsangan yang diperlukan otak untuk pertumbuhan dan perkembangan normal.
2. Memeluk anak dapat menyihatkan mereka
Anak bukan sekadar memerlukan nutrien mencukupi untuk tumbesaran, tetapi sentuhan fizikal juga adalah penting untuk pertumbuhan.
Tanpa sentuhan, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Namun sebaik sahaja sentuhan kasih sayang diberikan, proses tumbesaran anak yang tidak sihat boleh berubah kepada sihat dengan cepat – itulah antara manfaat pelukan.
Berdasarkan sains, pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin – hormon yang dikaitkan dengan rasa percaya, selamat dan kasih sayang. Apabila hormon itu dihasilkan, ia merangsang hormon pertumbuhan tertentu dalam tubuh.
3. Pelukan menghentikan tantrum
Memeluk anak bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal mereka, tetapi ia juga menyokong perkembangan emosi.
Tiada apa dapat menenangkan seorang kanak-kanak lebih cepat daripada pelukan hangat individu yang menyayangi mereka.
Selain itu, pelukan juga cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum.
Apabila anak kecil mengalami tantrum emosi, mereka melepaskannya sebagai tindak balas kepada sesuatu dalam persekitaran – mereka bukannya degil atau cuba merosakkan hari anda.
Mereka cuma hilang kawalan emosi dan tidak belajar bagaimana mengawalnya.
Manfaat pelukan dalam detik-detik ini akan menenangkan, mengajar mereka bahawa anda tetap ada bersama untuk menyokong semasa keadaan sukar dan membantu menghindari daripada berlakunya emotional breakdown.
4. Memeluk anak menjadikan mereka lebih tabah
Semasa dalam kesusahan dan tekanan, adrenalin dan kortisol dirembeskan ke dalam tubuh dan otak.
Oleh sebab anak tidak belajar cara mengawal emosi, tekanan berlarutan dalam tubuh boleh mencapai tahap toksik.
Jika ia berlaku, hormon tekanan ini boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak dari segi mental dan fizikal.
Ia juga boleh membawa kesan negatif semasa dewasa seperti peningkatan risiko penyakit fizikal serta kemurungan dan keadaan buruk yang lain.
Pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin, menurunkan tahap hormon tekanan, menahan kesan negatif ini dan membantu anak mengembangkan daya tahan.
5. Memeluk anak eratkan hubungan dengan ibu bapa
Semestinya pelukan akan mewujudkan ikatan lebih kuat antara anak dengan anda.
Pelukan akan meningkatkan kepercayaan, mengurangkan ketakutan dan mengeratkan hubungan – ia manfaat bersama. Memberi dan menerima kasih sayang fizikal ini baik untuk diri anda dan juga anak.
Ikatan ini perlu dipupuk sepanjang masa, walaupun ketika anak sudah membesar, keperluan untuk sentuhan kasih sayang ini tidak akan pernah terhapus.
6. Menguatkan harga diri
Manfaat pelukan kepada anak membantu meyakinkan bahawa diri mereka disayangi. Ia mengembangkan rasa keyakinan diri dan minda positif dalam diri anak.
Gabungan ini akan kekal bersama anak dari zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa peluk anak bagi meningkatkan keyakinan mereka.
7. Mengajar mengembangkan empati
Apabila anda peluk anak, wujud rasa kehadiran kalian berdua ketika itu – ia menghubungkan perasaan anda dan anak pada tahap emosi dan fisiologi.
Pelukan ini akan mengajar anak nilai empati – ia berlaku apabila mereka mengembangkan pemahaman tentang perasaan anda.
Pelukan itu juga mengajar anak bahawa rasa sayang adalah 2 hala dan dia boleh mempamerkan kasih sayangnya kepada individu lain.
Pendek kata, pelukan adalah pengajaran berkesan untuk menunjukkan anak erti mengasihi.
Memeluk anak dengan keinginan hati mereka
Walaupun individu yang ingin kita peluk adalah anak sendiri, tetapi sebaiknya pelukan tersebut haruslah kerana mereka ingin dipeluk – bukan atas rasa keterpaksaan.
Jika ia berlaku atas rasa terpaksa, manfaat pelukan yang dikongsikan di atas mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya.

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Ini Kongsi Step-by-Step Ajar Anak Pandai Membaca, Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan!

Kajian menunjukkan masa paling sesuai untuk ajar anak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25% ketika lahir, 50% ketika berumur 6 bulan, 85% ketika berumur 3 tahun dan 95% ketika mencapai umur enam tahun.
Macam mana nak ajar anak membaca tanpa stress dan yang paling penting menyeronokkan? Ikuti tip yang dikongsi ibu ini.
Saya nak kongsi cara saya ajar anak belajar membaca.
Sebenarnya kan, sebelum ajar anak membaca ni ada benda kita kena buat. Macam sebelum menulis la, ada benda lain lagi yang kita kena buat. Tapi sekarang kita fokus untuk membaca. Kan masuk bab tu sampai esok tak habis..
To be honest, saya ajar anak guna kaedah fonik. Dan saya join kursus dengan pengasas fonik untuk kuasai kaedah ni.
Tapi jangan bimbang. Kalau mommies nak ajar anak ikut kaedah mengeja suku kata pun, cara saya ni masih lagi boleh ikut.
Okay..saya kongsi step-by-step ya.
1) “READ ALOUD”
Bacakan buku untuk anak sejak mereka kecil. Seawal 6 bulan pun mommies dah boleh bacakan mereka buku cerita.
“Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan & sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.”

Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum ajar mereka membaca. Ikut OT yang saya follow pun, tak perlu ajar abc,123 bawah 2-3 tahun tu. Fokus perkembangan lain dulu tau mommies.
2) DENGAR LAGU
Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali.
Untuk fonik saya dengarkan anak lagu “Abu Ada Ayam”. Ini link video ya kalau mommies nak tengok;
https://youtu.be/-FPD_b_Zuik
Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu abc pun boleh.
3) BERMAIN DENGAN HURUF
Okay yang ni kami buat banyak aktiviti. Setiap huruf tu akan ada aktiviti dia sendiri. Contoh macam A untuk ayam. Kami guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur tu biar anak sendiri yang kupas.

Saya suka kalau aktiviti tu dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata-tangan anak.
Then, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut, then anak cari. Eh, banyaklah game boleh direka 😍
4)PART GABUNG BUNYI
Kami guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh.
Part sini saya diy muka hello kitty tu. Letak huruf satu-satu.
/beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”. Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”.

Kalau taknak diy & nak cari yang lebih menarik lagi silalah mommies cari yang namanya flip-card wow.
5) AKTIVITI SUKU KATA
Okay kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka.
Contoh ada dekat gambar. Suka part bahagian badan sebab banyak sangat jumpa suku kata terbuka.

Da-hi
Pi-pi
Da-gu
………..ka-ki
Ya..belajar dengan buku best. Tapi budak-budak kan, buat aktiviti lagi diaorang seronok.
Saya pula style suka bawa keluar apa yang ada dalam buku tu. Buat jadi benda maujud. Pegang, sentuh, rasa dll.
6) MEMBACA DI MANA-MANA
Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalulah ajak anak membaca bersama-sama. Contohnya mommies baca satu ayat dalam buku, bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan? 😉

Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya.
7) JANGAN STRESS, JANGAN GUNA KAEDAH ‘DRILLING’. MAKE IT FUN.
Last but not least, itulah dia. Jangan stress mommies. Bila kita stress anak tahu dan boleh stress sama. Fikir untuk buat aktiviti menarik minat anak. Selalu peluk & puji.

Kalau tanya saya dulu, aktiviti yang dibuat hanya ambil masa 5-15 minit sehari. Selebihnya bermain, bermain dan bermain.
Sedar-sedar, eh, dah lancar dah dia membaca.
Semoga mommies dapat manfaat daripada sharing saya malam ini.
Terima kasih sudi baca sampai habis.
Sekian~
Kredit: AziLa Ghani
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


