“Satu-Satunya Budak Dalam Dunia Yang Makan Sayur,” Usik Harith Iskandar Pada Anaknya Yang Menangis Sayurnya Diambil

Share

Anak bongsu pelawak terkenal Harith Iskandar dan Dr Jezamine Lim ini lain daripada kanak-kanak tipikal yang biasanya tak suka makan sayur.

Selalunya kanak-kanak tak akan makan sayur yang diletak dalam pinggan mereka atau pun mereka akan menangis minta diketepikan segala sayuran yang ada dalam makanan yang hendak disuap ke dalam mulut.

Tetapi Zydane Xayne Iskander, 4, pula menangis apabila sayur dalam pinggan makannya diambil oleh ibunya.

Video aksi spontan si comel itu dirakam dan dimuat naik oleh isteri Harith dalam Instagramnya.

Orang dewasa yang tak suka makan sayur patut tengok cara si kecil ini meratah sayur-sayuran dengan selamba sahaja.

Lucu pula tengok Zydane merengek bila ibunya menceduk sayur daripadan pinggan kerana hendak dikongsi dengan abangnya.

Kapsyen yang ditulis oleh Jezamine turut mendedahkan perangai Harith yang kadangkala bagi semua sayur pada anaknya jika dia tidak melihatnya.

Masalah yang bagus, dia tak pernah kongsi sayur dengan orang lain. Ada masa ayah dia pun beri semua sayur pada dia bila saya tak melihat,” tulis Dr. Jezamine.

Sementara itu Harith pula sempat berseloroh di samping anaknya yang tengah makan sayur dengan kata-kata inilah satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur.

“Dia satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur,” usik Harith pula dalam video tersebut.

Ramai netizen kagum melihat bagaimana Zydane boleh suka makan sayur dan geram melihat aksi cute si comel ini mengambil semula semua sayuran yang telah diambil oleh ibunya.

Bahkan ada di kalangan ibu turut meminta Jezamine berkongsi tips macam mana ajar anaknya mudah makan sayur.

Sumber: Instagram drjezaminelim dan harithiskander

Published by
Hasnita Sawal