Semalam pelakon dan penyanyi, Harris Alif, telah memuat naik sebuah posting memberitahu isterinya, Intan Ladyana telah selamat bersalin. Sebuah video ringkas di IG Story dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’ serta dirinya mengajak anak sulung, Evie Khadeeja untuk berjumpa dengan adik di hospital.
Intan dilaporkan telah melahirkan bayi lelakinya di salah sebuah pusat perubatan terkenal di Kuala Lumpur secara normal dengan berat lebih 3kg. Bercerita tentang kelahiran anak kedua mereka, Harris turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menemani isterinya bersalin di hospital.
Baca Juga:
Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
MK K-Clique Tak Nafikan, Iyakan Spekulasi Kehamilan Isteri, Mahu Jaga Privasi
Menurut pelakon drama Kau Yang Bernama Seri ini lagi, di terpaksa tinggal di rumah menjaga Evie kerana anak sulungnya tidak mahu berenggang dengan dirinya.
Tidak lama selepas posting itu dibuat, Harris telah berkongsi gambar bersama bayinya dan nama anak kedua mereka. Nama yang begitu ringkas tetapi sangat elok dan mempunyai pengertian yang baik.
View this post on Instagram
Menerusi portal mStar, Harris memberitahu ketika Intan hamil lagi mereka berdua sudah membincangkan tentang hal ini kerana anak sulung mereka susah untuk mendekati orang lain. Akhirnya mereka berdua mengambil keputusan supaya dia berada di rumah menjaga Evie manakala ibunya akan menemani Intan di hospital sepanjang proses bersalin.
Katanya memang ada rasa terkilan kerana ketika kelahiran Evie Khadeeja dahulu, dia ada bersama Intan untuk melihat sendiri kepayahan isterinya melahirkan zuriat mereka.
“Memang rasa terkilan tak dapat bersama Intan ketika dia bersalin. Masa anak pertama dulu say tengok sendiri macam mana kesakitan Intan melahirkan anak kami tapi kali ni tak dapat bersama. Syukur semuanya berjalan lancar walaupun ada rasa sedih sikit sebab tk dapat teman isteri kali ni.”
Turut berkongsi tentang persiapan menyambut anak kedua, Harris memberitahu dia dan Intan lebih tenang kerana sudah ada pengalaman serta tahu apa perlu dibuat sepanjang tempoh kehamilan dan hendak bersalin.
Harris turut bersukur kerana dikurniakan anak lelaki dan tidak sabar untuk melihat bagaimana ragamnya bila dah besar nanti. Dia turut memberitahu bahawa dirinya dan Intan kini lebih mengutamakan pengurusan masa kerana sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
“Saya dan Intan lebih banyak memikirkan tentang pengurusan masa dan setuju untuk utamakan penjagaan anak walaupun ada pembantu rumah. Kami mahu pastikan salah seorang berada di rumah untuk menjaga anak-anak sekiranya ada yang terpaksa bekerja. Sejak awal kehamilan lagi, Intan dah tak ambil sebarang tawaran kerja. Kalau boleh, biarlah dia lebih banyak masa di rumah.”
Tahniah sekali lagi buat Harris dan Intan, semoga semua urusan dipermudahkan. Happy pantang, Intan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI