Menyifatkan arwah sebagai abang yang sentiasa melindungi adik, Aishah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika membesar bersama Ashraf.
‘Abang sekarang adalah mailakat yang menjaga saya.
’Itu kata-kata dikongsi pengacara dan penyampai radio, Aishah Sinclair mengenang abangnya, Allahyarham Ashraf yang menghembuskan nafas terakhir di Jakarta, Selasa lalu.
“Ketika membesar, abang adalah suara saya. Abang menjadi pelindung dan pada masa sama memarahi saya jika keadaan menjadi tidak terkawal kerana ketika kecil saya memang nakal.
“Apabila sudah dewasa, abanglah yang saya rujuk setiap kali mahu membuat keputusan penting termasuk dalam karier mahu pun fesyen.
“Abang sentiasa ada masa untuk saya, biar sesibuk mana pun,” luahnya dalam entri penuh emosi dimuat naik di Instagram (IG), malam tadi.
Entri memaparkan foto arwah dan Aishah ketika kanak-kanak, duduk di tepi kolam renang, mengimbau nostalgia dan menunjukkan keakraban dua beradik ini.
“Kita tidak dapat menghabiskan perbualan terakhir. Saya tidak boleh peluk atau bergurau-senda lagi dengan abang.
“Namun, saya rasa sangat diberkati kerana dikurniakan abang dalam hidup ini, biarpun singkat,” katanya dalam entri kedua yang dimuat naik di IG sejak Ashraf meninggal dunia.
Aishah berharap dapat mencontohi kebijaksanaan, ilmu dan kasih-sayang dikongsi arwah, selain meneruskan legasinya dengan pemergian Ashraf ke negeri abadi.
“Abang menghadiahkan saya kakak ipar dan anak saudara yang menakjubkan. Saya akan jaga mereka sebaik mungkin seperti apa yang abang buat kepada saya,” katanya.
Aishah mengakhiri entri dengan melafazkan kata-kata berikut:
“Seluruh hidup abang adalah penjaga saya, sekarang abang adalah mailakat yang mengawasi saya.
Sumber: BH, Aishah Sinclair
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI