Bukan nak menunjuk atau bermegah tetapi melihat sendiri situasi keluarga ada anak kecil dan susah, hati mana yang tak tersentuh. Sejak bergelar ibu, naluri keibuan Anzalna Nasir begitu kuat dan baru-baru ini dia ada memuat naik status untuk menolong keluarga yang benar-benar memerlukan.

“Saya Berkongsi Rezeki.” Anzalna Faham Situasi Keluarga Susah Ada Anak Ramai  

Terbaru, dalam perkongsian videonya di instagram, Anzalna bersama kakak, Diana Nasir dan ibunya telah melawat satu keluarga yang mempunyai bayi yang masih dalam pantang dan anak-anak kecil.

Kehadiran Anzalna sekeluarga nampaknya begitu dinantikan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah ahli keluarga itu setelah menerima sumbangan.

IKLAN

“Saya Berkongsi Rezeki.” Anzalna Faham Situasi Keluarga Susah Ada Anak Ramai  

Menurut Anzalna setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir dan anak-anak kecil.

IKLAN

“Saya Berkongsi Rezeki.” Anzalna Faham Situasi Keluarga Susah Ada Anak Ramai  “Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni. Hanya pakai apa yang ada. @the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga.

“Saya Berkongsi Rezeki.” Anzalna Faham Situasi Keluarga Susah Ada Anak Ramai  

IKLAN

“Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan.

“InsyaAllah kami akan teruskan usaha ini dan membantu mana-mana keluarga yang memerlukan. Mana tahu disebalik rezeki orang itu, Allah akan berikan lagi rezeki berlipat kali ganda. Doakan usaha murni ini terus mendapat keberkatan dari-Nya”, katanya.

Sumber: ig Anzalna Nasir

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI