“Saya Bersedia Bagi Aafiyah Adik. Datuk Siti Harap Ada Rezekinya Tambah Anak

Share

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terbuka dan sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua.

Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, semuanya terserah pada ketentuan dan rezeki dari Allah SWT untuk anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 2, mendapat adik.

“Saya ever-ready, ada rezeki daripada Allah saya terima dan saya juga berusaha,” katanya.

Tambah Datuk Siti lagi, dia bersyukur kerana Aafiyah diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan bijak.

Akuinya, sebagai ibu bapa, dirinya dan suami sentiasa akan berusaha memberikan yang terbaik kerana anak adalah amanah dari Allah.

Sebelum ini Datuk Siti menantikan kehadiran Aafiyah selama 11 tahun selepas dia pernah keguguran dan melakukan rawatan IVF manakala Datuk K pula menantikan selama 18 tahun untuk memiliki anak perempuan.

Sekiranya Allah izinkan, insya-Allah akan ada rezeki untuk pasangan ini menambah cahaya mata lagi.

Sumber: Gempak & ig ctdk

 

Published by
Wan Amy