Bergelar ibu pada usianya yang ketika itu baru menginjak 21 tahun bukan satu tugas dan tanggungjawab yang mudah untuk dilaksanakan. Apa lagi kala dianugerahkan dengan sepasang anak kembar.
Namun bagi Datin Paduka Eina Azman, dia memberanikan diri untuk menggalas tanggungjawab itu dengan sebaiknya membesarkan dua anaknya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey bersama suami tercinta.
Bercerita mengenai kedua anak kembarnya, penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms ini mengakui kedua anaknya tidak banyak perbezaan.
“Aubrey dia memang lembut. Kalau kita A..A lah dia. Lain pula halnya dengan Karl terpaksa cakap banyak kali dan berulang, barulah dia akan buat sesuatu.
” Genetik ni dari sebelah suami saya, adik ipar saya kembar. Adik mak mentua saya pun kembar. Masa mengandung pun saya tak tahu, bila kandungan dah masuk empat bulan baru saya tahu saya mengandung kembar. Kalau ikutkan saya tak pernah terfikir pun nak anak kembar.
“Dengan tak ada pengalaman, jadi saya tak pernah terfikir pun nak anak kembar,” kata Eina berkongsi.
Ibu cantik ini bukan hanya membesarkan kedua anaknya sendiri bahkan dengan air tangannya yang sentiasa menjadi dambaan anak-anak dan suami. Semuanya dilakukan sendiri, bukan disediakan oleh kedua pembantunya.
“Sebab clumsy, jadi saya dilarang masuk dapur”
Berkongsi kisah kepakarannya memasak, menerusi Live Pa&Ma Gala Moms, Eina berkongsi cerita. Rupanya sejak usianya remaja lagi Eina sudah memberanikan diri untuk ke dapur dan memasak walaupun ditegah oleh ibu dan neneknya.
Ads
“Saya membesar dari keluarga yang suka memasak dan suka makan. Apa yang saya buat dari kecil lagi memang suka masuk dapur tapi setiap kali masuk dapur mesti kena marah dengan mak.
“Sebabnya saya clumsy, masuk dapur pecah gelas, pecah pinggan. Memang kalut kalau masuk dapur. Tapi saya jenis tak give up, saya buat muka tebal masuk juga dapur sampai umur 16 tahun baru saya cuba masak.
“Masakan pertama saya Ayam Masak Lemak Cili Padi. Mula dari situlah baru mak dan nenek nampak saya boleh masak, ada rasa dan sebagainya.
“Bagi saya, macam dan mak nenek saya selalu beritahu, kita kalau nak masak jangan pakai sudu, tangan tu yang mahal. Tak kisah orang nak kata apa, letak gula ke garam pakai tangan, inilah baru namanya air tangan. Sedap dan nikmatnya lain macam,” katanya lagi.
Buat sendiri walau ada 2 pembantu rumah
Ads
Rupanya ibu kepada anak kembar ini tidak dibantu oleh pembantunya ketika berada di dapur. Semuanya dilakukan sendiri oleh ibu cantik ini. Memang terbaik.
“Ya saya mengaku saya ada dua pembantu rumah tapi pembantu ni orang selalu salah guna. Ini pendapat saya, kita ambil dia untuk bantu kita ringankan kerja-kerja di rumah tapi bukan bantu uruskan semua hal dalam rumah.
“Dua tahun pertama kahwin, saya memang tak ada pembantu. Sayalah bibik dekat rumah, saya buat sendiri semua urusan basuh baju, iron baju, masak dan sebagainya. Tak pernah ada maid.
“Sampailah bila ada anak, saya nak keluar kerja jadi saya terpaksa cari pembantu. Bila nak keluar, saya akan bangun awal dan masak siap-siap sebelum keluar. Masa saya dekat rumah juga saya mandikan anak dan tidurkan mereka bukan bibik.
“Bila saya keluar barulah kerja-kerja di rumah diuruskan pembantu. Sebab bila saya balik lambat, saya memang tak ada masa nak buat semua itu.
” Jujurnya maid saya dia memang tak tahu masak, sayur pun dia tak kenal. Saya lagi puas hati, bila saya beli grocery, dia akan cuci sahaja. Potong-potong bahan semua saya yang buat. Lagi pula kalau nak potong bahan contohnya potong bawang kalau tak cantik saya betulkan, jadi nak lebih puas hati saya buat sendiri.
Ads
“Pukul tiga empat pagi kalau suami lapar macam dah jadi rutin buat saya di rumah. Takkanlah saya nak kejutkan maid, semua saya buat sendiri,” kata Eina bercerita.
Sempat berkongsi menu kegemaran anak-anak dan suami, kata Datin Eina, menu Spageti Carbonara dan Rendang menjadi kesukaan anak-anak dan suaminya.
Sebelum mengakhiri Live, kata Datin Eina lagi, dia tidak kisah ke mana halu tuju anaknya apabila besar nanti. Apa yang penting mereka gembira apa sahaja mereka suka, asalkan yang tak menyalahi, dia akan menjadi penyokong paling kuat buat kedua anaknya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua ibu bapa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak tetapi tanpa sedar kadangkala ibu bapa juga ada berbuat kesilapan.
Sesetengah kaedah keibubapaan yang digunakan menjadi toksik kepada tumbesaran anak sehingga dewasa.
Sememangnya ia satu perkara yang subjektif dan sangat sukar untuk dibincangkan dalam masyarakat. Namun kini kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mental membuatkan ramai yang berusaha untuk belajar menjadi ibu bapa yang tidak toksik.
Bukan hendak menunding jari pada kaedah keibubapaan orang dulu-dulu tetapi jika ada yang tidak bersesuaian digunakan dalam mendidik anak zaman sekarang maka tak salah kalau kita hendak meninggalkannya.
Photo by RODNAE Productions
Mendidik anak terutama di zaman sekarang memerlukan setiap ibu bapa itu belajar pelbagai ilmu keibubapaan.
Perkongsian daripada Dr Azlina Rodzy, Clinical Psychologist tentang beberapa tanda ibu bapa toksik boleh sama-sama kita jadikan garis panduan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
8 TANDA IBU BAPA TOKSIK
Membesar dalam suasana yang toksik adalah sesuatu yang tidak mampu dibayang oleh seorang anak dan kesannya boleh memberi impak berpanjangan sehingga anak-anak telah menjadi dewasa.
Kebanyakan ibu bapa sebaiknya ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak. Namun ada masa ibu bapa juga ada membuat kesilapan dan tidak menyangka bahawa tindakan mereka sebenarnya toksik untuk anak-anak.
Ada beberapa tanda toksik oleh ibu bapa yang dilaporkan meninggalkan kesan psikologi dan emosi terhadap anak-anak.
1. Gagal menyediakan keselamatan dan peneguhan untuk anak
2. Terlebih kritikal.
3. Menagih perhatian anak.
4. Membuat gurauan toksik tentang anak.
5. Mengutamakan perasaan mereka daripada anak.
6. Memberikan “silent treatment.”
7. Mengabaikan sempadan sihat.
8. Meletakkan tanggungjawab kegembiraan mereka atas bahu anak.
8. Mengunakan wang dan perasaan bersalah untuk mengawal anak.
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Anak perempuan selalu dikaitkan dengan sifat manja dan suka merajuk jika ada sesuatu perkara berlaku di luar perancangan mereka. Sudah menjadi lumrah, anak perempuan lebih cerewet dan mereka tahu apa yang mereka inginkan. Kalau nak A, maka A yang perlu diberikan kepada mereka.
Sebuah video yang dikongsikan oleh akaun FaraBellaDaud di Tiktok, menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan merajuk di atas podium kerana menjadi naib juara dalam pertandingan taekwando yang dianjurkan.
Ternyata perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian warganet. Disebabkan kanak-kanak ini tidak mendapat tempat pertama, dia menyilangkan tangan serta menghentak kaki. Bukan itu saja, dia turut membuat mimik muka seperti tidak berpuas hati sehingga perlu ada yang memujuk supaya pingat dapat disarungkan pada lehernya.
Ternyata kanak-kanak perempuan tersebut mempunyai semangat bertanding yang tinggi. Pasti dia mahu memenangi pertandingan tersebut da bila dapat nombor dua, dia rasa kecewa. Sekejap saja, lepas tu dia pasti akan okay dan akan terus semangat untuk berlatih untuk pertandingan lain pula. Tahniah adik, awak memang hebat!
Sebenarnya, itu adalah pengalaman yang akan mendidik anak-anak untuk menjadi lebih positif dan gigih berusaha pada masa akan datang. Semoga semua anak-anak hebat ini akan terus berjaya pada masa akan datang.
Ada beberapa perkara yang perlu kita ajarkan pada anak tentang semangat bertanding. Antaranya;
1. Percaya pada kemampuan diri sendiri
Mungkin ada sesetengah anak yang merasa malu atau merasakan diri mereka tidak cukup bagus untuk bertanding dengan orang lain. Sebagai ibu ayah, sentiasa berikan mereka sokongan dan selalu iktiraf kelebihan mereka supaya anak percaya dengan kemampuan diri untuk melakukan yang terbaik.
2. Tidak letakkan ‘tekanan’
Menyertai sesebuah pertandingan sudah cukup memberi tekanan kepada anak. Peranan ibu ayah adalah untuk menggalakkan anak dan sentiasa menyediakan yang terbaik kepada mereka. Elakkan daripada terlalu menekan kemampuan anak sehingga mereka stres dan hilang semangat.
3. Bersaing secara sihat
Pastikan anak diajar tentang integriti ketika menyertai sesebuah pertandingan. Bersainglah secara sihat dan gilap kelebihan anak. Tidak perlu gunakan taktik kotor atau menjatuhkan orang lain semata-mata untuk memenangi sesebuah pertandingan.
4. Ajarkan tentang adat bertanding
Menang atau kalah adalah adat bertanding. Terangkan tentang perkara ini kepada anak supaya mereka sentiasa positif dan tidak meletakkan harapan yang keterlaluan ke atas diri sendiri.
5. Sentiasa bangga dengan anak
Jangan sesekali lupa untuk menyatakan rasa bangga anda terhadap anak-anak. Biarpun mereka memang atau kalah, anak-anak telah melakukan yang terbaik jadi sentiasa sokong dan beritahu yang anda bangga dengan mereka.
Kegembiraan menyambut kelahiran bayi pertama penyanyi tersohor negara turut dirasai oleh seluruh peminatnya yang rata-rata menyuarakan kegembiraan bahkan ada yang sebak apabila mendengar suara manja tangisan si comel.
Rata-rata pengikutnya menyuarakan rasa kesyukuran kerana penyanyi kesayangan ramai ini akhirnya dikurniakan zuriat sendiri selepas 11 tahun menanti kehadiran cahayamata.
Bahkan ramai yang tidak sabar untuk menatap wajah comel bayi perempuan yang diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya juga, Siti berkongsi gambar memegang bayinya tanpa mendedahkan wajah.
Beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya dan anak tersayang.
“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.
“Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian.”
“Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.
“Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini.
“Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor.
Perkongsian tersebut mendapat lebih perhatian para pengikutnya dalam masa yang singkat.
Rata-rata peminat melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan gambar penuh Fatimah Az-Zahra, biarpun gambarnya sudah tersebar kurang 24 jam selepas kelahirannya.
Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu secara pembedahan caesarean.
Sumber: Instagram ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.