
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan mereka tidak usaha, cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Keadaan menjadi lebih teruk terjadi pada pasangan suami isteri ini apabila sekali lagi diujisuami kehilangan kerja ketika tempoh PKP yang lalu.
Lebih menyedihkan lagi, mereka mempunyai seorang anak yang masih kecil. Ikuti perkongsian daripada Tuan Syed Azmi Pengasas PUAK Payong.
Saya Dah Buntu, Tak Tahu Nak Minta Tolong Siapa
Di Halau Keluar Rumah
Bagi yang ingin menyumbang, boleh terus ke Facebook Tuan Syed Azmi .
Kredit: Syed Azmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiga Beradik Yatim Sekelip Mata. Angkara Orang Lain Anak Hilang Kasih Ayah

Tiga anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa kini hilang kasih seorang ayah akibat kecuaian orang lain. Kemalangan yang cukup tragik itu yang berlaku berdekatan Plaza Pelangi, Johor Bahru sungguh tak disangka.
Menerusi laporan Kosmo Online dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal Buseri, 31, yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa iaitu Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, yang menaiki dua buah kenderaan lain cedera ringan.
Baru lepas hantar bapa mertua
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Honda Accord dikatakan baru sahaja menghantar bapa mertuanya untuk menghadiri mesyuarat agung di sebuah hotel berdekatan lokasi berkenaan.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan kemalangan melibatkan Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi.
Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dengan sembilan anggota dikerah ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati Honda Accord dipandu si mati dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
“Mangsa dikeluarkan dalam masa dua minit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum dibawa ke hospital.
Difahamkan, kenderaan mangsa dilanggar sebuah kereta lain yang terbabas.

Tinggalkan anak usia 5, 2 tahun dan lapan bulan
Sementara itu, kakak ipar mangsa dikenali sebagai Farhana Amir berkata, Mohd. Rizal baru menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang berusia lima tahun sebelum kemalangan meragut nyawanya.
“Sejak semalam (kelmarin) dia kerap berdiam diri. Malam tadi dia menyambut hari lahir anak sulungnya.

“Dia (mangsa) ada tiga anak berusia lima, dua tahun dan lapan bulan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tunggu Anak Besar Buat Keputusan Sendiri” Elly Mazlein Jelaskan Tindakan Tidak Dedah Wajah Anak Di Media Sosial

Isi Kandungan
TogglePengacara, pelakon dan penyanyi popular Elly Mazlein mempunyai alasan tersendiri kenapa dia masih belum mendedahkan wajah kedua-dua anaknya di media sosial.
“Tidaklah nak sembunyikan beriya-iya, tunggu anak besar buat keputusan sendiri” begitulah luahan pengacara, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ketika ditemui di Majlis Sidang Media Ceria Popstar baru-baru ini.
Tindakannya itu membuatkan ada segelintir yang kurang senang. Namun Elly menegaskan dia ada cara tersendiri dalam mendidik anaknya.
“Tidaklah Nak Sembunyikan Beriya-Iya”
Elly yang juga ibu kepada dua orang anak, Putri Sara Sefhia, 6, dan Haider Mateen yang kini berusia lapan bulan dan suami Mohamad Azlan Che Nuh, 32 keputusan yang dibuat hasil tindak balas anaknya sendiri ketika berada di khalayak ramai.

“Sebenarnya saya tidaklah nak sembunyikan beriya-iya, tapi saya nak tunggu anak besar dan biar dia buat keputusan sendiri.
“Bila kami berjalan-jalan, anak tiba-tiba menyorok, Saya tanya kenapa? Anak aku tak suka ke?

“Jadi, dari situ saya ikut tindak balas anak.
“Bila orang ambil gambar dia akan pergi belakang saya (menyorok). Jadi saya nak biar anak yang buat keputusannya sendiri” kongsi Elly.
Biar Anak Buat Keputusan Sendiri
Tegas dengan pendapatnya, Elly menerangkan tidak salah pun untuk siapa-siapa mendedahkan anak mereka di media sosial.

Malah dia tidak menganggap tindakan mendedahkan wajah anak di media sosial adalah salah dan menegaskan setiap orang mempunyai pilihan sendiri.
“Itu adalah pendapat saya, tak salah pun untuk siapa-siapa yang nak dedahkan anak mereka.
“Tak ada masalah, itu hak masing-masing.
“Kita dah besar semua orang ada hak masing-masing.
“Semua orang ada hak dan boleh buat apa sahaja untuk diri mereka. Tapi untuk saya, ada cara tersendiri. Ada perkara saya kena puaskan hati keluarga saya saja”
“Saya sebenarnya tak baca gosip, sebab itu saya tak pernah tahu apa berlaku kat luar dan saya tak pernah kisah apa pun orang luar cakap pasal anak” luah Elly yang juga berharap peminatnya memahami keputusan yang dibuat.
Sumber: Mingguan Wanita
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cadangan Wujudkan Tabika Kemas Untuk Ibu Bapa M40. Jamin Tak Wujud Pilih Kasih

Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memberi jaminan tidak wujud istilah ‘pilih kasih’ dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sekiranya Tabika Kemas M40 ditubuhkan.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata ini meliputi modul, bahan pengajaran, kemudahan dan tenaga pengajar, seperti mana yang dilaksanakan di semua premis Tabika Kemas pada masa kini.

“Kementerian mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak berkaitan cadangan mewujudkan Tabika Kemas untuk kumpulan M40.
“Cadangan ini merupakan usaha kementerian menerusi Kemas dalam membuka peluang kepada ibu bapa berpendapatan M40 menghantar anak-anak mereka bagi menangani isu kuota kemasukan di Tabika Kemas sedia ada,” katanya.
Abdul Rahman berkata tujuan asal pewujudan Tabika Kemas adalah untuk menawarkan peluang pendidikan awal bagi masyarakat berpendapatan rendah pada tahun 70-an, namun setelah hampir 30 tahun beroperasi, hasil kajian mendapati jumlah permohonan kemasukan semakin meningkat khususnya dari kumpulan M40.
Katanya, cadangan itu bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dan kajian di pihak Kemas untuk dibentangkan di peringkat kabinet bagi mewujudkan Tabika Kemas kumpulan M40.

“Pihak kementerian akan mengenal pasti nama Tabika Kemas M40 yang sesuai setelah dibentangkan dan mendapat kelulusan dari kabinet,” katanya.
Beliau berkata kementerian yakin masyarakat memandang tinggi keupayaan dan kemampuan dalam pengendalian operasi Tabika Kemas sebagai institusi yang bertanggungjawab dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak.
“Buktinya, Tabika Kemas menerima dua kali Anugerah Jenama Paling Dipercayai dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak oleh Reader’s Digest pada 2017 dan 2020, yang menunjukkan Tabika Kemas adalah pilhan utama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan awal berkualiti,” katanya.
Sumber: BERNAMA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI