Setiap ibu bapa ada pendekatan masing-masing untuk mendidik anak. Cuma mana yang baik mungkin kita boleh manfaatkan kerana niat ibu bapa semuanya nak anak berjaya dalam hidup dan menjadi kebanggaan.
Melalui perkongsian saudara Taufiq Razif yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan, dulu pun dia seorang bapa yang sangat garang dengan anak. Memang nampak anak takut tapi bila difikirkan sampai bila, barulah terdetik hati untuk berubah.
Saya pun dulu sangat garang sampai anak-anak takut dengan saya. Memang kalau saya ada, anak-anak jadi diam dan tak berani bersuara. Hanya dengan jelingan mata maka senyap habis satu rumah. Memang boleh rasa anak takut dengan saya walaupun mereka belum mampu berkata-kata.
Tetapi bila fikir balik siapa yang rugi kalau saya jadi bapa yang ditakuti anak anak sendiri?
Bila anak kita sendiri tak berani bercakap dengan kita, agak-agak nanti mereka akan bercakap dengan siapa?
Mereka akan cari orang di luar sana untuk bercakap, bersembang dan meluah rasa. Akhirnya ‘bonding’ mereka dengan orang di luar sana yang kita pun tak tahu siapa akan mengalahkan ‘bonding’ kita dengan anak anak kita.
Akhirnya siapa yang rugi? Saya juga yang rugi. Jadi saya ubah, daripada gaya parenting Authoritarian yang banyakkan gunakan kekerasan, hukuman dan ketakutan kepada gaya parenting Authoritative iaitu lebih banyak mendengar, tidak terlalu cepat menghukum dan tidak terlalu mengawal anak secara keterlaluan.
Dan subhanallah anak jadi lebih behave bila saya ubah cara dan gaya parenting saya. Rupanya selama ini mereka memerlukan ibu bapa untuk mereka hormati, bukannya ibu bapa untuk mereka takuti.
Kredit: Taufiq Razif
Syukur sempat berubah sebelum terlambat
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)