Ketika Shiera bersalin dulu, saya faham keadaanya sangat penat. Jadi saya akan sentiasa membantu Shiera terutama menjaga anak pada waktu malam. Saya akan berjaga malam dan menguruskan segala keperluan. Saya seorang bapa yang sangat fun, mudah dan kalau anak-anak melakukan kesalahan, saya terus akan mendidik mereka.
Menurut Ijoy lagi, dia dan Shiera mengamalkan pendidikan secara terbuka kepada anak-anaknya. “Kami ada anak kategori remaja, belasan tahun sehingga lah si kecil ini 2 tahun. Jadi kami perlu memahami pelbagai kategori usia anak-anak dalam mendidik.
Bagi anak remaja, lain cara didikanya. Kami lebih banyak menerangkan tentang kesan dan akibat jika anak remaja kami salah membuat pilihan. Dari sini kami mempunyai pelbagai pengalaman dalam membesarkan anak-anak.
RAHSIA KECANTIKAN SHIERA
Ibu yang berusia 43 tahun ini masih kekal cantik, sihat dan langsing walaupun sudah mempunyai 5 orang anak dan sibuk bekerja ditambah pula dengan urusan rumah tangga.
Shiera sangat menjaga pemakanan dengan mengamalkan makanan yang kurang manis. Saya sangat mengawal pemakanan terutama nasi. Saya makan nasi tapi berpada-pada dan dalam kuantiti yang sedikit. Beras yang saya amalkan seperti beras basmati. Setiap kali saya makan, saya akan sentiasa beringat. Bila kita biasa dengan rutin cara pemakanan yang sederhana, ia akan menjadi amalan.
Untuk kulit wajah, saya amalkan sentiasa memakai sunblock, dan sentiasa bersihkan makeup. Bersih makeup sehingga bersih untuk elak kulit rosak. Saya juga jarang memakai makeup, bagi saya makeup menganggu hidup saya. Saya makeup bila perlu sahaja. Saya lebih suka simple dan kulit yang segar. Untuk memudahkan bersalin, saya amalkan minyak kelapa seperti saya kongsikan sebelum ini.
HOS RANCANGAN PA&MA
Apabila diberi tawaran sebagai hos dalam program TV Pa&Ma bagi musim kedua yang telah bermula September lalu, Ijoy dan Shiera sangat teruja apabila buat pertama kalinya digandingkan bersama. “Kalau kemana-mana ibu bapa diluar mesti membawa nama Pa&Ma sebagai rujukan mereka, Jadi kami rasa sangat beruntung menjadi hos untuk majalah no.1 ini” kata Shiera.
Tambah Ijoy lagi “Menjadi hos Pa&Ma ialah platform yang pertama untuk saya dalam dunia pengacaraan. Inilah kali pertama saya menjadi hos. Bagi Shiera, dia sudah biasa dan banyak pengalaman dan saya setelah hampir 10 tahun meninggalkan dunia lakonan, inilah langkah pertama saya untuk muncul kembali,” Ijoy menjadikan program Pa&Ma sebagai nafas baru dalam dunia kerjayanya.
“Bagi Shiera, ini peluang yang penting untuk Ijoy. Peluang ini akan diguna sebaik mungkin untuk Ijoy sekurang-kurangnya dia dapat pengalaman baru sebagai hos Pa&Ma. Ini merupakan kali pertama kami bergandingan bersama-sama dan saya seperti tak percaya suami saya mengacara bersama saya. Jadi saya harap penonton gembira dengan kehadiran kami sebagai hos baru. Kami menyambut baik peluang ini dan akan menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya.”
Saksikan Rancangan Pa&Ma Setiap Hari Selasa di Astro Prima & Astro Maya HD pada pukul 12 tengah hari dan ulangannya pada pukul 9 malam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI