Seolah-olah Ardy faham yang orang rakam wajahnya. Dia juga cukup sporting dan sentiasa beri mimik muka dan posing yang comel tiap kali di rakam lensa kamera.
Jika anak lambat bercakap memang buat ibu bapa risau cuma tak tahu nak buat apa. Ada juga hanya membiarkan ia berlaku tanpa sebarang tindakan disebabkan ada yang kata, “tunggulah sehingga enam tahun, anak boleh lah bercakap nanti” dan ada juga kata sebab genetik.
Apa pun alasannya, ibu ayah tolong ‘take note’ bahawa jika dibiarkan begitu je, memang akan memberikan kesan kepada perkembangan anak. Memang nampak remeh, tetapi jika anak lambat bercakap ia akan menganggu kemahiran membaca, menulis dan sekali gus, hubungan sosialnya dengan rakan sebaya akan terjejas.
Nak tahu cara bagaimana nak handle anak yang lambat bercakap. Memang ada pelbagai cara yang kita ketahui dan baca sebelum ini. Mungkin boleh cuba pula cara yang dikongsi oleh puan Nabilla Nasir moga menjadi panduan buat ibu ayah.
Harini saya nak share tips yang dikongsi pakar HTJ untuk galakkan anak 1-2 tahun bercakap perkataan yang bermakna seperti, makan, susu, mandi. Ikut carta perkembangan, anak umur 1-2 tahun perlu cakap sekurang-kurangnya 10 perkataan bermakna. Kalau kurang dari 10, sudah dikira delay.
Kalau nak guna english pun boleh. Sebab ada perkataan lebih mudah disebut dalam english. Dan untuk anak 2-3 tahun dah boleh sambung 2 perkataan. Contoh, “nak makan”, “ibu lapar” Cukup kita monitor yang ini dulu. Bila anak boleh berkomunikasi dengan baik, kita as parents taklah stress nak menjaga. Sebab kita tahu apa yang anak mahukan. Kurang tantrum.
Saya kongsi dalam bahasa pasarlah ye. Bagi semua senang faham. Kot ada yang nak share tips lain dialukan sangat. Setakat 1 minggu ni saya pakai 5 cara kat bawah ni. Yang paling termampu saya nak buat.
Okey jom check.
1. Bila anak meminta sesuatu dengan menarik tangan kita, tanya kembali dia nak apa. Walaupun kita dah tahu apa yang dia mahu. Time ni sure anak akan merengek dan menangis. So parents kena sabar dan jangan give up. Fasa ni akan jadi sedikit memenatkan. Kita tanya sebab nak galakkan dia bercakap. Ada masa anak tak berapa nak respons. Takpe keep talking.
Contoh situasi:
Ibu sebut,
Kakak nak apa? Nak biskut ke? Ohhh ini biskut. BISSSSKUTT. BISSSSKUTT. Kakak makan biskut. Sedapnya biskut ni.
Sebut berulang-ulang. Kalau anak dapat tangkap perkataan yang kita sebut dan dia sebut semula pelat, takpe. Umur 1-3 tahun memang kanak-kanak bercakap pelat. Normal. Jangan risau. By right umur 4 tahun sebutan dia dah jelas.
Umur 1-2 tahun kita fokus dulu pada anak tahu cakap perkataan yang bermakna.
2. Galakkan anak untuk bermain dengan kanak-kanak lain. Walaupun kedengaran mereka bercakap bahasa alien yang kita tak faham. Itu petanda bagus. Sebab dia cuba nak berkomunikasi. Bahasa alien kanak-kanak ni kita panggil jargon. Permulaan kepada komunikasi anak-anak adalah bahasa alien inilah.
3. Cakap sedikit kuat dengan anak. Ibarat suara cikgu kat dalam kelas. Sebut perkataan jangan laju. Cakap pelan-pelan.
4. Teman anak ketika dia bermain. Waktu tu kita banyakkan bercakap dengan dia. Walaupun tiada respons teruskan bercakap.
5. Kurangkan gajet. Kalau dia tengok tv, kita join sekali menyanyi dan menari hora horey tuh. Tak bolehlah nak harap cikgu taska je berjoget untuk anak kita kan.
Hope saya dan husband konsisten buat 5 perkara ni. Husband pun saya minta untuk dia terlibat sama semaksimum yang boleh.
Yelah lelaki ni jarang banyak mulut. Yang selalu memotir kitalah ibu-ibu ghimau & mak bawang ni kan.
***Add on tips 13/5/2020
6. Galakkan anak untuk buat aktiviti meniup. Tiup belon, bubbles, wisel, lilin dan makanan. Tiuplah mana yang boleh ditiup. Ini untuk exercise mulut anak.
7. Buat beberapa aktiviti simple bersama anak. Nak anak mula bercakap kita perlu banyak buat aktiviti dan galakkan dia bermain.
Perkembangan bayi mula dilihat seawal usia bayi 1 bulan. Jika dilihat daripada perkembangan bayi bermula usia 1 bulan hingga 12 bulan, mama dan papa pasti akan dapat lihat yang ‘si kecil’ kesayangan mama dan papa semakin ‘maju’ dari bulan ke bulan.
Selepas berhari-hari kepenatan, tidak cukup tidur dan anak melayan kerenah bayi meragam, kadang-kadang membuatkan mama dan papa risau tentang ‘bonding.’ Paling utama sering mama dan papa terfikir adakah mereka sudah lakukan yang terbaik buat si manja kesayangan.
Perkembangan Bayi Usia 1 Hingga 12 Bulan
Persoalan ini membuatkan ibu bapa mula tidak senang dan resah. Maka hari ini ketahuilah, bahawa dalam proses kita berterusan menghadapi kesukaran membesarkan bayi, sebenarnya kita telah berjaya membentuk ‘bonding’ yang sangat istimewa – ada caranya untuk kita tahu.
Manusia kecil (bayi), mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menunjukkan bahasa cinta dan penghargaan buat ibu bapa. Bahkan, cara mereka ini lebih indah dari puisi-puisi cinta ataupun lain-lain ‘grand gesture’ seumpamanya. Lihat dengan teliti, dan cari tanda cinta ini pada bayi kita.
Usia 2 Bulan Sudah Boleh Senyum
1. Bayi kenal bau dan bunyi kita (1 bulan)
Suara dan juga bau kita pastinya termasuk dalam senarai koleksi kegemarannya. Sebab itu bayi pada usia ini akan pusingkan kepalanya mencari kita, walaupun pada ketika itu terdapat orang lain juga di dalam bilik. Bahkan mengikut kajian ‘neuroscientist’, bayi yang berusia seawal 1 minggu pun akan memusingkan kepala ke arah ‘breast pad’ yang direndam dengan susu ibu.
2. Bayi tersenyum pada anda (2 bulan)
Pada dua minggu awal kelahiran, senyuman anak mungkin hanyalah sekadar ‘passing gas’. Namun ketahuilah, apabila usianya mencecah 2 bulan, senyuman yang diberikan istimewa untuk kita. Yup! Istimewa untuk kita. Bayi akan mula menyedari bahawa dengan memberi senyuman, dia akan mendapat perhatian kita. Cubalah senyum dulu tanpa suara, dan lihatlah bayi kita tersenyum kembali.
3. Bayi mahu anda sentiasa dalam pandangannya (4 bulan)
Dalam lingkungan usia 4 bulan pula, ianya menjadi satu perkara yang sangat digemari bayi untuk melihat mata anda. Bayi akan sangat suka untuk renung mata kita sepertimana kita suka merenung mata si comel. Jika perkara ini berlaku, jangan pula kita ‘ignore’ mereka. Kerana ketahuilah, ini ialah peluang yang baik untuk mengajar bayi kita nilai positif daripada ‘give-and-take’.
4. Bayi mula ber- ‘nangingilala’ dan minta anda untuk angkatnya (6 bulan)
Lihatlah bayi kita cuba memanggil dan meminta untuk diangkat. Tidak kiralah bayi anda rapat dengan orang lain (pengasuh) sekalipun, namun pasti dia akan tetap suka untuk kita angkat mereka. Kerana bagi bayi kecil, tiada yang boleh mengganti pelukan kasih sayang ibu dan ayah. Sebuah aura berbeza dapat dirasa dari ‘mom or dad’s loving arms’.
5. Bayi akan sentiasa ‘check in’ kehadiran dan akan menangis jika ditinggalkan (8 bulan)
Waktu ini bayi kita mungkin sudah boleh bergerak meniarap atau merangkak ke sana sini. Bayi akan menerokai dunia yang serba baru baginya namun ketahuilah dia tetap akan ada masanya berhenti seketika dan mencari kembali (check in) ibu bapa. Kalau tidak dijumpai, maka bersedialah untuk mendengar tangisan meganya. Inilah yang dipanggil ‘separation anxiety’ yang menjadi bukti cinta si bayi pada kita.
6. Bayi suka untuk memberi ciuman pada kita (12 bulan)
Dalam lingkungan usia 1 tahun, bayi kita sudah pandai meniru cara anda menunjukkan kasih sayang. Sepertimana kita memberi ciuman cinta kepada bayi. Kini, si bayi pula yang pandai memberi ciuman kasih sayang pada kita. Ya, mereka belajar dari kita. Apabila tindakan ini disambut dengan mesra dan penuh penghargaan kembali dari kita, maka saksikanlah, ciuman itu akan lebih kerap mendatangi selepas ini.
Kasih sayang ibu bapa ialah bukti kecintaan yang tiada kepentingan diri, tidak bersyarat dan sentiasa rasa cukup dengan segala yang dimiliki.
Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ibu bapa. Macam mana saya nak bebaskan anak dari gajet? Dah cuba buat beberapa tip tapi tak berkesan hinggalah terpaksa juga mengalah dengan anak.
Sebenarnya ini yang buat anak mudah naik lemak. Bertegas tapi tak betul-betul konsisten. Kalau diikutkan gajet sebenarnya tak salah tapi cara pendedahannya yang ramai ibu bapa silap.
Menurut Penulis Buku Dan Blog Keibubapaan, Adlil Rajiah ramai yang tanya soalan ni, macam mana nak bagi anak bebas gajet? Dan jawapan saya, dalam zaman sekarang ni, nak anak bebas gajet adalah sangat MUSTAHIL.
Tengok sekeliling anak-anak kita. Ibu bapa hari-hari dengan smartphone. Kat rumah, hari-hari guna gajet.Pembelajaran di sekolah, pun guna gajet. Babysitter, cikgu, penjaga, semuanya guna gajet. Bila balik kampung, atok nenek mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat, semuanya guna gajet.
So kalau bukan kita yang bagi anak gajet, orang lain akan bagi. Kan?
Masa anak kecik, kaedah “out of sight, out of mind” mungkin berkesan. Sorok semua gajet daripada anak. Tapi lama-lama bila anak dah semakin besar, semakin bijak meneroka, semakin banyak bergaul dengan orang-orang selain ibu bapanya, pendedahan gajet dah tak dapat dibendung sepenuhnya.
That’s why saya cakap, anak bebas gajet adalah mustahil. Tapi apa yang kita boleh usahakan ialah anak bebas KETAGIHAN gajet.
Sebenarnya benda yang kita nak elak ialah KETAGIHAN, bukan gajet. Kan?
Dari mana datang ketagihan? Dari pendedahan yang berlebihan dan tidak terkawal.
Anak-anak yang guna gajet ada dua jenis:
1. Bila ada gajet, dia ok. Bila takde gajet pun, dia ok. 2. Bila ada gajet, dia ok. Bila takde gajet, dia TAK OK.
Dan concern kita yang nombor dua. Sebab itu lah yang dinamakan KETAGIHAN.
Macam kopi la. Peminum yang ketagih akan rasa hidup tak lengkap kalau tak minum kopi pepagi. Masuk ofis rasa nak terajang semua orang.
Tapi peminum yang tak ketagih, dia mampu chill tanpa coffee, dan hanya minum BILA PERLU. Sebab dia tahu had selamat pengambilan kopi, dan dia kawal pengambilannya setiap hari.
So bezanya, kawal pengambilan. Sama lah juga dengan gajet. Yang menentukan anak ketagih gajet ataupun tak, ialah kawalan pendedahan daripada ibu bapa.
First step, make sure kita tahu had selamat pendedahan gajet mengikut usia anak:
1) 2 tahun ke bawah, tidak sepatutnya didedahkan dengan gajet / skrin langsung, sebaliknya diberikan aktiviti sensory yang melibatkan banyak pergerakan dan sentuhan.
2) 2-5 tahun, limit screen time to 1 hour per day, dengan 100% pantauan orang dewasa. Dan pastikan sentiasa wujud interaksi ketika menonton.
3) 6 tahun ke atas, screen time perlu dihadkan mengikut keperluan dan keadaan. Ibu bapa perlu bijak beri keseimbangan antara screen time dan aktiviti lain seperti tidur yang cukup, bermain, family time, aktiviti fizikal, dan lain-lain.
Pendedahan skrin terhadap anak perlu sentiasa dipantau oleh orang dewasa. Jangan sesekali beri anak gunakan gajet / TV seorang diri tanpa interaksi atau sehingga mereka tertidur. BAHAYA untuk perkembangan emosi dan mental mereka.
Ok dah tahu had selamat, the next step is mestilah kawal pendedahan gajet pada anak ya.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...