Setiap ibu pastinya ada tahap ketegasan masing-masing, sama seperti selebriti cantik manis, Fasha Sandha yang tetap tegas dengan anak-anak.
Tegas bukan bermakna tidak sayangkan anak tetapi dengan niat untuk mendidik agar menjadi insan yang berguna kelak.
Menurut perkongsian pelakon popular ini, dia mempunyai tiga anak dan semestinya ketiga-tiga anak ini mempunyai pelbagai ragam.
Walaupun Fasha tegas dalam mendidik anak, dia tetap manjakan anak-anaknya. Seimbang dalam mendidik sangat penting bagi Fasha.
“Melayani anak-anak yang bermacam-macam ragam.”
“Saya seorang ibu yang tegas. Tapi saya manjakan ketiga-tiga anak saya setiap hari.”
Tambahnya lagi, setiap hari dia tetap akan mengungkapkan perkataan “i love u” lebih dari 3 kali setiap hari.
“Saya takkan lupa dengan ayat i love you pada setiap anak lebih dari 3 kali setiap hari”
“Tapiiii, kalau salah tetap akan kena juga….”
“Siapa macam saya? Kita gang ok.”
Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan cara didikan Fasha kerana ketegasan amat diperlukan untuk mendidik anak-anak.
Kredit: Fasha Sandha
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!