Fasa ditidurkan hampir sebulan dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) menjadi momen yang paling diingati pelakon Nad Zainal.
Menurut Nad dalam sesi siaran langsung di TikTok selepas keluar dari hospital, dia lebih menghargai kehidupan dan pengalaman terbabit tidak akan dapat dilupakan.
“Pengalaman selama sebulan di hospital menjadi satu pengalaman bermakna dan tak akan saya lupakan.
“Pengalaman itu membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan akan lebih berhati-hati.
“Selepas ini, saya akan selalu lakukan pemeriksaan kesihatan selain mahu hargai semua makanan. Tak mahu buang-buang dah. Nanti kita cerita selebihnya.
“Hari ini, ia lebih kepada saya ingin menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan semua,” katanya.
Dalam sesi terbabit, Nad turut memberitahu dia akan berehat dalam bidang seni terlebih dulu atas nasihat keluarga dan rakan-rakan.
Ads
Nad juga mendedikasikan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan semangat serta doa yang baik-baik.
Pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini turut meminta sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab agar menghentikan spekulasi tidak berasas.
Bakal mengulas lanjut mengenai penyakit yang dihidapi olehnya pada sesi lain, Nad sebak berkongsi reaksi anak-anak yang melihatnya kembali pulih.
“Bercakap mengenai anak-anak, sudah tentu mereka gembira. Ibu bapa saya datang terlalu awal sebelum masa saya dibenarkan keluar hospital.
“Jadi, saya minta kebenaran pihak hospital untuk saya jalan keluar ke kereta ibu bapa. Nak tengok anak-anak saya.
Ads
“Saya sering terfikir, bilakah dapat keluar? Malah, saya ingatkan tak dapat balik lagi. Saya hampir gila kerana tidak dapat berjumpa anak-anak.
“Saya berjalan buat pertama kalinya keluar dari hospital. Saya nampak Som, dia tunjukkan kat saya dan cakap ‘mummy mummy!’
“Saya boleh nampak dari dalam kereta, Som dah senyum dan nampak barisan gigi Som sudah penuh. Ketika saya dalam wad, dia sakit gusi sebab nak tumbuh gigi.
Ads
“Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa, dengan melangkah keluar, kena sinaran matahari. Dia macam, ‘wow, hidup baru!’ Begitulah… sebulan kot tak jumpa anak,” katanya.
Pada penghujung November lalu, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke hospital kerana paru-paru berdarah.
Tanggal 4 Jun 2021 genap usia 50 tahun Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman. Menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, ucapan tahniah dan selamat ulang tahun kelahiran dititipkan dengan memuat naik beberapa keping gambar Tengku Permaisuri Norashikin sehingga menarik perhatian ramai.
“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan… “…dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” tulis ucapan tersebut.
Ternyata ramai yang tak percaya diusia 50 tahun, masih terserlah keayuan Tengku Permaisuri Norashikin. Malah sejak menjadi penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sehingga bergelar Tengku Permaisuri Selangor, ramai yang suka melihat kejelitaan dan kelembutannya.
Dengan penampilan simple Tengku Permaisuri Norashikin yang sedap mata memandang, ramai yang kagum dengannya.
Bukan itu saja, Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa disenangi rakyat Selangor dan begitu mengambil berat dengan isu semasa yang berlaku di Selangor.
Gaya dan tutur kata Tengku Permaisuri yang lemah lembut itu cukup membuatkan rakyat Selangor dari pelbagai latar belakang dan umur sentiasa mengaguminya.
Meninjau ke ruangan komen, netizen memberi ucapan selamat hari lahir kepada Tengku Permaisuri Norashikin.
Tengku Permaisuri awet muda
Selain itu, kebanyakannya seolah-olah tidak percaya dengan usia Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak kelihatan seperti 50 tahun sebaliknya dipuji awet muda.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti mana yang kita ketahui, tahun hadapan kerajaan telah megeluarkan arahan penggunaan kerusi keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya. Ramai ibu ayah yang menyokong saranan ini dan tidak kurang ada juga yang sukar untuk menerimanya. Antara puncanya adalah bukan semua ibu ayah berkemampuan untuk membelikan kerusi keselamatan buat anak-anak mereka.
Walaupun begitu, ada ibu ayah yang sanggup berkorban apa saja demi menyediakan kerusi keselamatan dalam kenderaan untuk anak mereka. Bahkan ada yang sanggup mengenepikan keinginan sendiri demi keselamatan anak yang disayangi. Begitulah perkongsian Intan Dzulkefli yang melihat sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang sanggup menjual barang kemasnya semata-mata untuk mendapatkan car seat untuk anaknya.
.
Minggu lepas, selepas selesai urusan di bank, Insyirah merengek kehausan. Oleh itu, singgahlah kami di kedai serbaneka membeli air mineral. Entah macam mana, tiba-tiba terasa mahu singgah masuk ke kedai emas di sebelahnya pula.
Awkward terasa kerana pertama kali singgah di kedai itu. Waktu saya masuk, ada seorang wanita di dalam kedai itu. Saya duduk di kerusi sebelahnya. Insyirah leka minum air dan makan cookies.
“Nak beli gelang ke kak?” tanya salah seorang jurujual. Saya geleng kepala sambil tersengih.
“Tak… Ni saja nak tengok-tengok. Tak pernah datang sini.” kata saya berterus terang.
Apabila saya berkata begitu jurujual itu tersenyum sahaja sambil mengangguk lalu dibiarkanlah saya mencuci mata melihat berbaris gelang tangan di balik kaca.
Wanita di sebelah saya tadi ralit melihat barisan perhiasan emas. Lama sungguh dia merenung. Saya ni pula leka merenung gelagatnya berbanding merenung kerlipan emas permata di depan mata.
_
Tak lama selepas itu beberapa orang lagi wanita masuk ke kedai itu. Wanita tadi masih lagi terpaku seperti tadi.
Saya dalam pada itu sibuk juga melayan Insyirah mahu minum air dan membersihkan kotoran di mukanya yang comot makan cookies.
Masa berlalu, akhirnya tinggal saya dan wanita tadi semula berdua sahaja di kedai itu.
Apabila melihat jam, saya rasa sudah lama juga kami di situ. Tatkala saya mahu berkemas-kemas keluar, wanita itu rupanya sudah beredar dulu.
_
“Akak tu tadi tiap hari datang sini lepas dia datang jual barang kemas dia haritu.” kata jurujual itu tanpa diminta.
“Oo.. Mungkin nak aim beli yang lain kut,” ujar saya.
Jurujual tu tersenyum je.
“Akak tu kata, dia terpaksa jual. Masa dia serahkan barang-barang tu pun dia macam nak menangis. Tapi dia kata perlu duit. Nak beli carseat anak-anak dia.”
.
Kali ini saya pula yang tersentuh.
MasyaAllah…
“Semoga murah rezeki dia. InsyaAllah.” doa saya sambil diaminkan jurujual tadi. Kemudian kami berdua meminta diri kerana lihat langit sudah semakin gelap.
_
Waktu memandu pulang ke rumah, cerita tadi masih terngiang-ngiang lagi.
Seakan terbayang lagi betapa lama renungan wanita tadi. Mungkin dengan susah payah dia mengumpul duit untuk membeli barangan kemas tersebut, atau ada kenangan sentimental tentangnya, namun demi anak-anak, keputusan begitu yang diambil akhirnya.
Selama ini saya cuma membaca perkongsian dan kisah suka duka pengorbanan ibubapa membeli carseat untuk anak-anak di facebook.
Kisah ibubapa yang tekad membelikan carseat setelah salah seorang anak kembar mereka meninggal dalam kemalangan. Kisah surirumah ikat perut dan bersusah payah menabung untuk membelikan carseat untuk anak-anak.
.
Serta banyak lagi kisah yang menginspirasikan.
Namun, hari itu, saya mendengar sendiri, dan melihat sendiri. Betapa kadang menjadi ibubapa ini bermakna mengenepikan kehendak dan keperluan diri sendiri demi keselamatan dan keperluan anak-anak.
_
Hal carseat ini, kita semua ada ‘kasut’ masing-masing, struggle masing-masing. Namun, saya berpendapat betapa keras usaha setiap ibubapa mahu memberikan yang terbaik itulah yang patut dipuji.
Berkorban hal kesukaan. Berkorban wang simpanan. Berkorban harta kesayangan.
Saya cuma mampu doakan semoga semua urusan ibubapa yang sedang berusaha untuk menyediakan carseat untuk anak-anak mereka juga dipermudahkan Allah, walau kadang untuk urusan itu banyak berlaku konflik dan salah faham antara suami isteri, emosi yang bercampur baur, stress serta begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
.
_
“Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159)
Apapun niat kita, moga Allah melihatnya sebagai amal yang membawa kita ke syurga, insyaAllah.
Segala susah payah kita, harta yang kita keluarkan atas niat kerana Allah, insyaAllah pasti Allah akan balas, tak di dunia di akhirat kelak. InsyaAllah.
Besar sungguh pengorbanan si ibu tadi. Mungkin sesetengah orang berpendapat ia perkara kecil, tetapi mungkin tidak buat wanita di dalam cerita ini. Semoga urusan ibu itu dipermudahkan dan dia dapat menyediakan kerusi keselamatan buat anak-anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sikap tidak bertanggungjawab seorang suami telah mengakibatkan isteri dan bayi mereka dijangkiti virus kurang imun (HIV). Hal ini dikongsikan oleh seorang peguam, Kirdpon Kaewkird di laman Facebook.
Kejadian viral tersebut berlaku di di Thailand dan mula mendapat perhatian orang ramai selepas wanita malang itu meminta bantuan peguam tersebut untuk memfailkan sama terhadapnya suaminya yang curang.
Menurut peguam itu lagi, jangkitan HIV itu berlaku apabila si suami curang dengan isterinya. Wanita tersebut yang berasal dari wilayah Isaan telah menghubungi peguam terbabit untuk memohon bantuannya mempejuangkan kes ini.
“Wanita tersebut yang tinggal di wilayah Isaan telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa suaminya telah menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang sehingga dijangkiti HIV.”
Tambah peguam itu, keadaan menjadi lebih teruk buat wanita tersebut kerana jangkitan itu telah menyebabkan bayi mereka yang baharu lahir meninggal dunia disebabkan sikap tidak bertanggungjawab lelaki tersebut.
“Virus HIV menjangkiti isterinya dan kemudian terkena pada bayi mereka juga. Bayi malang itu baru saja dilahirkan apabila dia kemudiaannya jatuh sakit dan meninggal dunia.”
Sebelum kejadian tersebut, si isteri tidak pernah membayangkan suaminya akan curang. Namun akhirnya lelaki itu terpaksa mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain apabila doktor mengesakan bayi mereka turut dijangkiti HIV.
Memang pentingkan diri sendiri! Sebenarnya lelaki terbabit telah mengetahui tentang keadaan dirinya yang menghidap HIV tetapi tidak berusaha untuk mencegah hubungan kelamin bersama isterinya.
Suami durjana itu boleh didakwa mengikut Seksyen 297 Undang-undang Jenayah negara terbabit yang akan membawa kepada hukuman penjara enam hingga 10 tahun.