“Saya Jual Tudung Nak Beli Susu & Lampin”. Kasihnya Ayah Sanggup Berpanas Demi Anak

Share

Nota ditulis pada kadbod dan tergantung pada motosikal “Saya jual tudung sebab nak beli susu dan lampin anak,” cukup menyentuh perasaan. Tambah lagi bila seorang ayah sanggup buat apa saja demi memastikan anak di rumah tidak berlapar dan cukup makan.

Menerusi perkongsian di Facebook Alin Taharin yang berkongsi kisah duka lelaki itu di media sosial miliknya, dia menjelaskan lelaki tersebut bukan untuk meminta tetapi dia berusaha untuk menjual bagi mendapatkan rezeki.

Sanggup jual tudung & berpanas untuk beli keperluan anak

Melalui status yang dimuat naik Alin Taharin itu dia menjelaskan terserempak dengan saudara itu di sebuah stesen minyak Petronas Seberang Jaya.

“Sedara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anaknya. Keprihatinan anda membuktikan kemuliaan hati emas anda,” katanya.

ARTIKEL MENARIK [Tarik Nafas Sebutlah ‘Audzubillah Himinas Syaiton Nirojim’. Inilah Penyejuk Bila Nak Marah Anak]

Jika dilihat melalui gambar tersebut, tudung yang nak dijual itu bukanlah banyak dan ramai yang beranggapan mungkin milik isterinya sendiri.

Bagaimanapun usaha dan kesungguhan seorang bapa untuk mendapatkan juga wang dalam sekarang ini yang agak terhad mencari rezeki wajar dipuji dan dibantu.

Mungkin dengan tularnya gambar ini, ia menjadi asbab untuk lelaki ini mendapat rezeki lebih walaupun dia bukanlah meminta diberi bantuan.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Resipi Roti Sardin Pattaya, Cuma Guna 3 Bahan. Buat Senang, Makan Berebut!]

Dalam pada itu, perkongsian yang cukup menyentuh perasaan ini telah mendapat perhatian netizen apabila ramai sudi membantu lelaki berkenaan malah ada bertanyakan nombor akaun banknya.

Sekiranya ada maklumat lengkap lagi mudah untuk disalurkan bantuan secara terus. Mana tahu rezeki yang kita kongsikan ini boleh memberi kegembiraan buat ahli keluarganya. Doalah yang baik-baik agar urusan bapa ini dipermudahkan dan dapat dibantu.

Sumber: Alin Taharin

Published by
Wan Amy