Berita

“Saya Juga Mungkin Terpaksa Keluar Dari Rumah Sewa.” Ujian Berat Buat Keluarga Ini

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dilalui oleh wanita ini selepas hampir sembilan tahun membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal, kehidupan saya berubah 360 darjah apabila diserang strok Februari lalu,” kata Nor Zainizah Zainal, 31, yang kini bergelut dengan masalah penglihatan dan kehilangan pendapatan.

Memetik laporan Harian Metro, Nor Zainizah, bekas penyelia bahagian hospitaliti, berkata strok itu bukan sahaja meragut kesihatannya tetapi juga menyebabkan mata kirinya buta, manakala mata kanan semakin kabur akibat gangguan saraf yang serius.

Kini, dia berdepan kemungkinan menjadi buta sepenuhnya jika gagal menjalani pembedahan otak yang dicadangkan oleh doktor pakar. Namun, kos tinggi dan keadaan kewangannya yang kritikal menjadi penghalang.

“Selepas hilang pekerjaan, hidup kami ibarat kanya penuh sebak ketika ditemui di Kampung Melayu Majidee.is pagi makan pagi. Anak-anak pun terpaksa belajar tanpa wang saku,” kata

Terdahulu keluarga itu menerima sumbangan barangan keperluan disampaikan oleh Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam.

Nor Zainizah berkata, sejak hilang pekerjaan dan pendapatan bulanan kira-kira RM2,000, dia dan anak kerap terputus bekalan makanan selain mengharapkan bantuan kenalan dan rakan sekerja.

Menurutnya, malah dia juga tidak mampu memberikan duit poket kepada anaknya Mohamad ‘Afi Fayyadh, 13, yang juga pelajar SMK Tun Syed Nasir selain anak bongsunya, Nurul Fathiah, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Majidi.

“Kami hanya makan apa yang ada, wang simpanan sudah habis, keadaan kewangan kami agak berat kerana menanggung kos sewa rumah RM500 sebulan.

“Baru-baru ini, tuan rumah juga meminta kami untuk pindah keluar. Saya agak tertekan kerana saya tiada tempat tinggal lain tambahan pula saya anak yatim piatu dan anak tunggal.

“Sehingga kini kami juga tidak menerima sumbangan bulanan daripada mana-mana jabatan dan hanya bantuan secara one off,” katanya.

Nor Zainizah berkata, dia yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) pernah memohon tuntutan pencen ilat dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) namun tidak berjaya.

“Hanya saya mengetahui penderitaan dialami, selain masalah penglihatan, kadang-kala badan saya lemah hingga tidak dapat bangun atau melakukan aktiviti di rumah.

“Saya buntu memikirkan masa depan anak sama ada kami terpaksa bergantung kepada bantuan ramai atau kenalan selamanya terutama bagi membiaya persekolahan anak,” katanya.

Orang ramai yang ingin meringankan beban Nor Zainizah boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB miliknya di 7074632850.

Sumber: Harian Metro

Published by
Nor Yusoff