Seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 menjadi mangsa buli kejam oleh dua rakan sebaya dalam kejadian yang mengejutkan di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah bbaru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, pelajar berusia 13 tahun itu dipercayai telah diikat kaki dan tangan, manakala mulutnya disumbat dengan sapu tangan oleh dua pelajar lain yang juga berumur 13 tahun. Insiden menyayat hati itu dilaporkan berlaku di dalam tandas sekolah.

“Saya Jumpa Anak Dalam Tandas” Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli & Diikat Tangan!

Ads

Kejadian terbongkar apabila ibu mangsa menyedari anaknya masih belum pulang walaupun waktu persekolahan telah tamat pada jam 6.30 petang. Bimbang akan keselamatan anaknya, wanita itu bersama seorang pengawal keselamatan memasuki kawasan sekolah dan menemui mangsa dalam keadaan terikat di dalam tandas.

Mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Namun begitu, kejadian tersebut dipercayai memberi kesan trauma emosi yang mendalam kepada pelajar berkenaan.

Ads

Berikutan kejadian, satu laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa telah menahan dua pelajar perempuan yang disyaki terlibat. Siasatan awal mendapati tindakan buli tersebut berpunca daripada perasaan cemburu antara mereka.

Ads

Pihak sekolah dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan punca sebenar serta tindakan susulan yang akan diambil.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI