Keibubapaan

“Saya Kagum, Tak Berlengah Terus Bawa Som” Nad Zainal Sanggup Travel Jauh Dapatkan Rawatan Ekzema Anak!

Share

Kesusahan berdepan dengan anak yang mempunyai masalah ekzema sememangnya begitu menyulitkan. Bimbang dan kesian melihat keadaan anak yang tidak selesa setiap masa. Malah mencari ubatan dan rawatan juga perlu serasi dengan kulit anak.

Inilah yang dilalui oleh pelakon, Nad Zainal yang turut berdepan masalah sama bila mana anak keduanya, Budi Kalsom turut sama mengalami masalah ekzema.

Tidak sanggup melihat anaknya yang tidak selesa dan mahu segera pulih dari masalah itu, Nad sanggup turun ke Tapah semata-mata untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik kecil bagi mendapatkan rawatan untuk anaknya.

Melalui Instagramnya, Nad turut berkongsi cerita agar kisah anaknya itu dapat memberi inspirasi malah sebagai jalan untuk ibu-ibu lain yang turut sama berdepan situasi sama untuk terus berusaha pada anak mereka.

“Oklah ramai DM tanya klinik apa. Nak dijadikan cerita semalam nak berjalan jalan keluarkan peluh, singgah Titiwangsa. Jumpa hamba Allah baik hati, dia berniaga di sana.

“Katanya anaknya yang masa baby eczema kronik, bernanah, kaki naik hancur akibat eczema sampai doctor warning if tak stay di hospital boleh sampai tahap kena potong. Wallahualam.

“Now anak dia tu dah besar. Semalam ada jumpa, dah sekolah rendah. CLEAR dari eczema. Katanya dia sanggup dulu (waktu tiada kereta) naik bus kerana orang kata KLINIK JAYA ni bagus.

“Bagi kisah kakak ni, ianya berakhir dengan kegembiraanlah sebab anaknya dah bebas eczema. Sempat dia tunjuk kesan parut lama akibat menggaru anaknya tu.

“Saya pun kagum, jadi tak ada berlengah, bawa Som harini,” tulisnya berkongsi.

Malah menurut kata Nad lagi, dia kagum dengan rawatan yang diberikan sambil mengharapkan keadaan anaknya semakin baik dan pulih.

Pun begitu kata Nad, dia begitu lega bila mana doktor memberitahu keadaan anaknya tidaklah teruk dan kronik namun perlu dipantau agar tidak melarat.

“Doctor Sundra, memang baik, nursenya pun baik. Kliniknya janganlah kalian harapkan segah waiting area hospital lain. Dia klinik pekan tapi service tip top ya. Selalu doc consult dalam 5 minute-10 minute.

“Ni lama betul, siap dia check guna lampu, sapu antibiotik. Bagi risalah, check lagi, borak lagi sampai aku naik panas bontot duduk bangun sebab Som dah menggelisah. Punyala lama.

“Kos ubat ni saya rasa ikut tahap eczema. Som ni doctor kata tak lah teruk, dia kata kami jaga dah betul dah cuma jangan melarat. Cumanya bagi saya cuba semua ubatan ni, nanti kita update ya,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, perkongsian dari Nad itu turut menerima reaksi positif dari pengikutnya malah turut mendoakan agar Som segera pulih dari masalah kulitnya.

Semoga Som semakin baik dan pulih dari masalah ekzemanya.

Published by
SRM