Menerima takdir Allah saat dikurniakan anak sulung yang menghidap penyakit Hydrocephalus, iaitu lebihan cecair dalam kepala memang payah. Ibu mana yang mampu menerimanya. Saat hati teruja menanti anak pertama tetapi bertukar sayu bila mana anak disahkan sakit, tidak sempurna seperti bayi yang lain. Namun semua ini ketentuan Allah yang Maha Esa.
Bagi Nur Hidayah Zolkifli, 33 tahun dan suaminya, Mohd Firdaus Hazizan, 32 tahun, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Semua ini diterima dalam senyuman manis tanda syukur bila anak sulung mereka, Umar Haziq yang kini berusia 6 tahun disahkan menghidap hydrocephalus.
“ Syukur alhamdulillah, selepas 10 hari berada di hospital akhirnya Umar dibenarkan keluar. Malah Umar makin sihat dan mampu makan dan minum seperti biasa. Selepas jalani pembedahan dia bangun dan bertanyakan adiknya, Zahra Auliya yang kini berusia 4 bulan.
Hidap Hydrocephalus Selepas Seminggu Kelahiran
“Jujurnya ketika itu saya dan suami langsung tidak bersedia menerima semua ini. Saya dan suami memang teruja nak sambut kelahiran anak pertama kami dan langsung tidak menjangkakan semua ini. Tambah pula saya langsung tidak alami apa-apa masalah ketika hamil, jadi saya tak jangkakan semua ini. Setiap hari saya menangis dan lama kelamaan barulah saya makin pulih.
Umar dikesan mengalami masalah Hydrocephalus selepas seminggu kelahirannya. Bila di bawa balik ke rumah, jururawat yang datang buat lawatan beritahu tubuh anak saya makin kecil dan kepalanya membesar. Jadi dia minta kami rujuk kepada pihak hospital.
Ads
Setelah melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan anak saya menghidap Hydrocephalus dan terpaksa di rujuk ke Hospital Alor Setar. Doktor beritahu anak saya tidak mempunyai saluran dari kepala ke bahagian tubuh lain dan inilah penyebab cecair dalam kepala tidak dapat dikeluarkan. Dan ini jugalah penyebab kepalanya menjadi semakin membesar.
Saya dan suami redha dengan ketentuan ini. Hampir sebulan juga Umar ditahan di wad kerana ada jangkitan kuman dalam otaknya. Pelbagai proses dan rawatan yang dilaluinya termasuklah pembedahan memasukkan alat VP Shunt bagi membolehkan cecair dari kepala dikeluarkan ke bahagian tubuh yang lain.
Doktor pasang alat ini di bahagian belakang telinga dalam tubuhnya membawa ke bahagian perut. Namun malangnya bila Umar dibawa balik ke rumah, dia alami muntah-muntah yang teruk, sakit dan menangis tanpa henti.
Rupanya VP Shunt yang dipasang tidak serasi dengan tubuhnya. Kali ini Umar terlantar lama di hospital. Tiga bulan saya dan suami berkampung di hospital dan saya nekad untuk berhenti kerja ketika itu, demi memberi tumpuan pada Umar,” katanya.
Ads
Cahaya Baru Umar
Terlantar lama di hospital, Umar dipasangkan dengan alat bantuan, Ommaya Shunt yang membawa air keluar daripada kepalanya. Cahaya baru buat Umar bila mana keadaannya makin stabil.
“Umar seterusnya menjalani pembedahan semula untuk memasangkan VP Shunt buat kali kedua. Kali ini alat ini serasi dengan dirinya dan alhamdulillah akhirnya Umar mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain walaupun dia tidak boleh berjalan dan hanya berbaring serta kadangkala duduk sambil menonton televisyen di rumahnya. Walaupun tidak boleh berjalan tapi Umar anak yang petah berkata-kata,” ceritanya lagi.
Ads
Rawat Lebih Awal
“Bagi saya, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak-anak syurga ini, ambillah rawatan seawal mungkin. Insyaallah kalau kita rawat lebih awal kita boleh mencegah dari jadi lebih teruk.
Kalau sayangkan anak kita buatlah sesuatu untuk dia, supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Sekurang kurangnya kita berusaha dan berikhtiar untuk kesembuhannya. Semua penyakit kesembuhannya hanya dari Allah. Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Kalau ditanya dari mana datangnya kekuatan saya , pastinya kekuatan yang saya ada kini datangnya dari Umar. Kalau dia kuat menghadapi ujian ini, kenapa tidak kita.
Anak-anak istimewa ini adalah anugerah Allah buat kita, jadi peliharalah ia sebaik- baiknya dan ingatlah anak-anak istimewa jaminan syurga buatnya. Dan mungkin juga dia mampu membawa kita juga ke syurga Allah. Insyaallah…amin,” katanya penuh redha sambil mengharapkan kesihatan berpanjangan buat amanah Allah yang satu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam pelakon Shukri Yahaya dan isteri telah selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka iaitu seorang bayi lelaki.
Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon 7 Hari Mencintaimu di akaun Instagram miliknya. Menurut Shukri isterinya, Tya Adnan selamat bersalin bayi lelaki mereka pada jam 2.18 petang di sebuah pusat perubatan
Melalui perkongsian tersebut juga, Shukri Yahaya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan bayi dan isteri tercinta.
“Alhamdulillah, hari ini, Isnin 20/7/20, jam 2.18 petang, lahirlah adik lelaki @aairaameena.
“Terima kasih pada uncles dan aunties yang dooakan untuk kesihatan, keselamatan mommy @tyaadnan dan baby yang baru lahir ni.
“Harap Allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan, Amin,” tulisnya di Instagram.
Dalam posting tersebut, Shukri berkongsi sebuah video yang menunjukkan dirinya bersama bayi yang baru dilahirkan.
Sempat menjenguk ke Insta story, Shukri Yahaya turut berkongsi bagaimana cara dia membersihkan dan seterusnya menanam uri anak.
Dengan kelahiran tersebut juga, ramai rakan artis dan juga peminat mengucapkan tahniah buat Shukri Yahaya dan Tya Adnan dengan kelahiran bayi kedua mereka.
Shukri Yahaya dan Tya Adnan mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.
Pun begitu, dalam kita berjimat harus pastikan kesihatan diri dan anak-anak diutamakan. Elakkan sama sekali menggunakan minyak masak berulang kali. Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan menerusi facebooknya.
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakannya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Pesanan saya, ✅ Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
✅ Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
✅ Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
✅ Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
✅ Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
✅ Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.
Di rumah,saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali.
Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.
Kongsikan info penting ini pada yang lain supaya lebih ramai tahu bahaya guna minyak masak berulang kali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui penyanyi dan pelakon, Elyana menghidap kanser limfoma tahap 4. Beliau membuat pengumuman mengenai penyakitnya itu semasa Gegar Vaganza musim lalu berlangsung. Ramai yang terkejut dengan pendedahannya itu.
Kali pertama Elyana mengetahui dirinya menghidap kanser limfoma tahap dua ialah pada tahun 2012, selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Cinta Sumayyah.
Rentetan itu, Elyana pernah mendapatkan khidmat lebih daripada sebuah hospital. Menurut pengalamannya, dia pernah menjalani menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali dalam setahun. Pelbagai dugaan ditempuhi sepanjang menjalani rawatan kemoterapinya.
Ternyata Elyana adalah salah seorang daripada jutaan cancer survivor yang kuat. Tahun lalu, Elyana cuba berpuasa biarpun sedar kesan yang perlu dilalui dirinya selepas menjalani rawatan kemoterapi.
“Tahun lepas, saya kena sambung buat rawatan kemoterapi pada bulan puasa. Jika diikutkan, doktor memang tak benarkan saya berpuasa dan mahu saya buat rawatan dengan segera.
Dalam masa yang sama doktor tak menghalang. Saya tetap cuba untuk berpuasa sebab memikirkan jenuh nak ganti puasa. Jadi, saya tekad berpuasa dan pada masa yang sama buat rawatan kemoterapi.
Beberapa hari selepas rawatan, badan saya mula lemah sebab kekurangan air. Kalau nak tahu, air sangat penting selepas rawatan sebab ia bantu tubuh keluarkan semula ubat yang digunakan.
Sudahnya, saya berjaya puasa tujuh hari sahaja. Walaupun bagaimanapun, saya bersyukur sebab dapat juga jalani ibadah puasa. Apa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika okay, teruskan.”
Elyana turut memberi kata semangat buat pesakit kanser agar tabah menjalani rawatan kemoterapi. Nasihat beliau, ambil sumber makanan yang mengandungi kalsium secukupnya. Ia penting bagi menguatkan akar rambut dan bulu kening daripada mengalami masalah keguguran selepas rawatan dilalui.
Berbicara lanjut tentang pengalaman pertama berpuasa dengan anak tunggalnya, Elyana bersemangat memberitahu, “Anak saya belajar puasa sejak tahun lepas. Dia mahu cuba dan berjaya puasa sehari penuh. Tahun ni pun saya ikutkan sahaja kemahuan dia yang nak berpuasa. Masa bersahur, tak jadi masalah kepada saya untuk kejutkan dia sebab dia adalah seorang yang suka bangun waktu Subuh.
Cerita pasal bazar Ramadan pula, anak saya memang tak suka sebab dia tak selesa dengan tempat yang ramai orang. Sebaliknya pula, saya dan suami. Kami memang suka dengan bazar Ramadan. Mahu tak mahu, anak saya terpaksa juga ikut kami membeli juadah berbuka di bazar.
Tahun-tahun sebelum ini, suami selalu berbuka puasa di tempat kerja. Sejak ada anak yang sama-sama berpuasa, suami akan pulang berbuka puasa dengan kami di rumah. Bab berbuka, kami bertiga memang kena berbuka puasa dengan nasi. Tak boleh kalau tak ada nasi.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.