
Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan mengakui sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, namun masih belum berhasil.
Beliau sudah melakukan beberapa rawatan antaranya berurut secara tradisional bagi merealisasikan impiannya menjadi ibu.

“Tahun ini sudah hampir empat tahun saya berumah tangga. Jadi, sebagai isteri, tentunya saya menyimpan impian untuk memiliki cahaya mata sendiri.
Akan Terus Berusaha
Isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail itu juga berkata, dia serta suami akan terus berusaha dan menjelang penghujung tahun ini, akan mengusahakan sesuatu.
“Insya-Allah, hujung tahun ini saya akan usahakan sesuatu dan berharap semua dapat mendoakan usaha ini berhasil,” katanya.
Rezeki Setiap Hambanya Telah Ditetapkan
Katanya, suaminya juga sentiasa mengingatkannya bahawa rezeki setiap hamba Allah itu sudah ditetapkan.
“Saya dan suami ada berbincang dan katanya, kalau belum ada rezeki buat kami, tak mengapa. Kalau ada, Alhamdulillah.
“Kadang-kadang, mungkin ada sebab kenapa Allah tak bagi (anak) sekarang. Jadi, saya akan usaha dan berdoa,” katanya.
Marsha dan Shaiful disatukan sebagai suami isteri pada Disember 2015 di Pulau Pinang.
Sumber: Hmetro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Guna Kosmetik Yang Mengandungi Bahan-Bahan Ini Semasa Hamil, Untuk Kurangkan Risiko Kemudaratan

Kehamilan memang membawa perubahan besar dalam hidup seorang wanita. Bukan sahaja tubuh badan yang mengalami perubahan, gaya hidup juga berubah. Jika sebelum hamil, si ibu bebas untuk makan dan melakukan apa sahaja. Bagaimana pula dengan kosmetik?
Tahukah Anda ada beberapa bahan kosmetik yang harus dihindari oleh ibu ketika hamil?Tidak semua bahan kosmetik sesuai digunakan untuk ibu hamil kerana akan memberikan kesan buruk terhadap janin.
Ini Senarai Kosmetik Yang Tidak Boleh Digunakan Semasa Hamil
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mabuk Hamil Buat Wanita Serik Nak Mengandung Lagi. 6 Tip Ini Mungkin Boleh Membantu!

Mabuk hamil adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar sakit dan ada juga yang dialami oleh sang suami. Oh, betapa sayangnya suami kepada isteri, sampai sanggup berkongsi kesakitan. Barulah dikatakan susah senang bersama. Setuju?
APA ITU MABUK HAMIL?
Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, mari kita lihat definisi mabuk hamil atau morning sickness terlebih dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut.
BERAPA LAMA TEMPOH MABUK HAMIL?
Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami morning sickness. Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa seseorang itu mengalami mabuk hamil. Mungkin juga kerana kekurangan vitamin B6 dalam diet.
Morning sickness biasanya bermula pada kira-kira 6 minggu pertama kehamilan dan akan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14 minggu dan 16 minggu. Tetapi anda mungkin mendapati bahawa pelbagai peringkat loya akan terus berlaku sehingga 20 minggu, dan mungkin juga dalam keseluruhan tempoh kehamilan.
Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau rasa loya dan muntah-muntah untuk kali pertama selepas sembilan minggu kehamilan, berjumpa dengan doktor anda.
BERAPA LAMAKAH MABUK HAMIL AKAN BERPANJANGAN?
Seperti diberitahu, rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Sumber dari Kementerian Kesihatan ini menyatakan, lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.
CARA MENGATASI MABUK HAMIL
- JUMPA DOKTOR DAHULU
Pertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya.
Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.
- HIDU BAU LIMAU
Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang.
- MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK
Salah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. Cubalah.
- ELAKKAN PERUT KOSONG
Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong.
- MINUM TEH HALIA
Bagaimana dengan halia? Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi. Ok?
- MAKAN VITAMIN
Cuba ambil Vitamin B6 jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.
Tidak ada orang yang mahukan mabuk hamil tetapi terdapat pelbagai cara mengatasi mabuk hamil tersebut. Semoga petua hilangkan mabuk hamil ini dapat membantu serba sedikit.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengambilan Kurma Semasa Hamil Baik Untuk Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Dan Melancarkan Pencernaan Ibu

Pengambilan kurma semasa hamil baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan di samping mempunyai pelbagai kelebihan luar biasa.
Sepatutnya amalan ini bukan saja ketika bulan Ramadan, tetapi juga pada hari-hari biasa.
Berikut adalah khasiat kurma untuk ibu hamil menurut kajian dan laporan sains.
- MEMBEKALKAN TENAGA
Seperti yang kita tahu, kurma diamalkan pada bulan puasa kerana ia berupaya membekalkan tenaga untuk bertahan seharian. Kandungan glukosanya mencapai 50-57% dan ia dapat mengelakkan ibu hamil daripada cepat letih.
Bukan setakat itu saja, ia juga baik untuk diamalkan ketika hampir melahirkan dan setelah melahirkan bayi kelak.
- BAIK UNTUK PERKEMBANGAN BAYI
Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf. Manfaat ini menjadikannya amat baik untuk menutrisi bayi dalam kandungan ibu hamil.
Selain itu, protein yang tinggi juga dapat membantu perkembangan bayi kerana ia merupakan pembentuk utama sel manusia.
- MELANCARKAN PENCERNAAN
Selain kandungan glukosa, kurma juga kaya dengan serat, riboflavin, kalium, serta niasin yang membantu melancarkan sistem pencernaan serta mengelakkan sembelit.
Seperti yang kita tahu, sembelit amat cenderung berlaku dan sangat ‘menyeksakan’ wanita hamil dan ibu yang telah melahirkan bayi.
- MENCEGAH ANEMIA
Menurut laman web LiveStrong, khasiat kurma untuk ibu hamil antaranya dapat mencegah masalah anemia. Ini kerana ia kaya dengan zat besi yang tinggi serta kandungan kalsium yang turut menyokong perkembangan tulang.
- MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ELEKTROLIT TUBUH
Di samping itu, kurma juga tinggi potassium, di mana ia dapat membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit pada tubuh di kala isipadu darah bertambah sepanjang kehamilan.
Khasiat kurma untuk ibu hamil juga boleh membantu mencegah masalah pre-eklampsia pada akhir kehamilan.
- MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Sebuah penelitian yang dilakukan pakar menemui bahawa buah kurma memiliki sifat anti-kanser, serta memiliki zat antioksidan yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas.
Dengan memakan kurma, sistem imun ibu hamil dapat menjadi lebih efisyen sehingga tidak mudah terkena jangkitan.
- MELANCARKAN PENYUSUAN SUSU IBU
Selain manfaat untuk kesihatan ibu, kurma juga boleh membantu melancarkan penghasilan susu ibu. Kurma terkenal sebagai salah satu makanan yang dapat memproduksikan susu ibu hingga melimpah ruah kerana nutriennya yang tinggi.
BANYAK KHASIAT KURMA UNTUK IBU HAMIL
Ada pelbagai cara menikmati kurma – ia boleh dimakan begitu saja, dimasukkan dalam bijirin atau oatmeal, sebagai minuman atau smoothie, atau dijadikan pemanis semulajadi dalam kek mahupun biskut diet.
Jadi, jom amalkannya bersama seisi keluarga!
Sumber: zuriat.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI