Kehamilan

“Saya Lakukan Beberapa Rawatan Awal Setelah 4 Tahun Berkahwin” Marsha Milan Sedang Berusaha Untuk Dapatkan Zuriat

Share

Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan mengakui sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, namun masih belum berhasil.

Beliau sudah melakukan beberapa rawatan antaranya berurut secara tradisional bagi merealisasikan impiannya menjadi ibu.

Menyimpan Impian Untuk Memiliki Cahaya Mata Sendiri

“Tahun ini sudah hampir empat tahun saya berumah tangga. Jadi, sebagai isteri, tentunya saya menyimpan impian untuk memiliki cahaya mata sendiri.

“Saya ada menjalani beberapa rawatan seperti mengurut dan sebagainya. Namun, belum ada rezeki buat saya dan suami”

 

Akan Terus Berusaha 

Isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail itu juga berkata, dia serta suami akan terus berusaha dan menjelang penghujung tahun ini, akan mengusahakan sesuatu.

“Insya-Allah, hujung tahun ini saya akan usahakan sesuatu dan berharap semua dapat mendoakan usaha ini berhasil,” katanya.

Rezeki Setiap Hambanya Telah Ditetapkan

Katanya, suaminya juga sentiasa mengingatkannya bahawa rezeki setiap hamba Allah itu sudah ditetapkan.

“Saya dan suami ada berbincang dan katanya, kalau belum ada rezeki buat kami, tak mengapa. Kalau ada, Alhamdulillah.

“Kadang-kadang, mungkin ada sebab kenapa Allah tak bagi (anak) sekarang. Jadi, saya akan usaha dan berdoa,” katanya.

Marsha dan Shaiful disatukan sebagai suami isteri pada Disember 2015 di Pulau Pinang.

Sumber: Hmetro

Published by
NuFa