Televisyen Colombia menyiarkan imej penuh emosi pada Ahad ketika empat kanak-kanak yang terselamat selepas berada dalam hutan selama 40 hari bertemu pasukan penyelamat mereka.
Imej yang diambil menggunakan telefon bimbit menunjukkan empat kanak-kanak yang keletihan, yang paling kecil dalam pelukan seorang penyelamat.
Kanak-kanak Orang Asli Huitoto – berumur 13, sembilan, lima dan setahun itu ditemui hidup pada Jumaat oleh penyelamat, setelah merayau bersendirian di hutan hujan Amazon sejak nahas pesawat kecil Cessna 206 yang mana mereka dalam perjalanan bersama ibu mereka, juruterbang dan seorang lagi dewasa.
Ketiga-tiga dewasa maut dalam kemalangan itu.
Dalam video yang dikeluarkan pada Ahad, kanak-kanak itu kelihatan kurus kering kerana menghabiskan masa di hutan tebal.
Penyelamat yang juga ahli kumpulan pencarian dalam kalangan Orang Asli dilihat menyanyi, menghisap tembakau, tumbuhan yang dianggap suci dalam kalangan ramai penduduk hutan dan meraikannya.
Ads
Ditemubual di saluran siaran awam RTVC, pasukan penyelamat Orang Asli yang menemui kanak-kanak berkenaan menceritakan detik-detik pertama pertemuan itu.
“Anak perempuan sulung, Lesly, dengan si kecil dalam pelukannya, berlari ke arah saya. Lesly berkata: ‘Saya lapar,'” kata Nicolas Ordonez Gomes, seorang kru operasi mencari dan menyelamat.
“Seorang daripada dua budak itu sedang berbaring. Dia bangun dan berkata kepada saya: ‘Ibuku sudah meninggal.'”
Ads
“Kami segera menyusuli dengan kata-kata positif, mengatakan kami kawan, kami dihantar oleh keluarga, bapa, bapa saudara. Bahawa kami adalah keluarga!,” tambah Ordonez Gomes.
Menurut Ordonez Gomes, budak lelaki itu hanya menjawab: “Saya mahu roti dan sosej.”
Seorang lagi penyelamat menjelaskan tradisi Orang Asli: “Dalam kepercayaan orang tua kami, jika anda menjumpai penyu, anda boleh memintanya untuk hajat, dan hasrat itu akan menjadi kenyataan.”
Ads
Dia berkata pasukan itu menemui seekor penyu di dalam hutan, hanya setengah jam sebelum menemui empat beradik itu.
“Saya memberitahu mereka: ‘Carikan saya anak-anak itu,'” kata penyelamat berkenaan. – AFP
Ahli perniagaan yang juga merupakan isteri kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin memuat naik foto bayinya yang kini sudah masuk usia satu bulan. Beserta foto tersebut, Tilla turut menulis kapsyen melahirkan rasa syukurnya melihat perkembangan anaknya yang baik.
Dalam tempoh 30 hari, bayinya yang diberi nama Salama Samheizy itu telah naik 1kg. Si comel Salama telah dilahirkan pada 10 Mei yang lalu secara pembedahan dengan beratnya 3.05kg.
Dalam pada itu, Tilla turut mengucapkan terima kasih kepada pusat penjagaan ibu berpantang yang menguruskan dia dan Salama dengan baik. Menurut Tilla, anaknya itu tak pernah meragam atau mengalami perut kembung di bawah jagaan mereka bahkan bayinya sentiasa kenyang dan gembira saja.
Perkongsian Tilla kini telah mendapat lebih dari 30,000 tanda suka. Jom, lihat apa komen mereka yang melihat foto terbaharu Salama ini!
Berikut Pa&Ma kongsikan beberapa perkembangan bayi berusia sebulan:
1. Pada usia ini bayi dah mula buka mata dan mereka dapat melihat kepada wajah ibu atau ayah ketika didukung.
2. Semasa dalam kandungan bayi sudah mula mendengar tetapi mereka mula memberi respon kepada bunyi apabila semakin besar. Pada usia sebulan, biasanya bayi lebih mudah respon kepada suara si ibu.
3. Hidungnya juga dapat membezakan bau ibu atau orang lain. Sebab itulah untuk bayi yang menyusu badan, mereka mencari puting payudara dengan menghidu.
4. Untuk menguatkan otot bayi, selalulah berikan urutan lembut pada tubuhnya.
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
“Kepala bayi sudah hendak keluar dah ni!” Jeritan seorang ibu yang berada dalam kesakitan hendak melahirkan anak semalam masih terngiang-ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad, 33, sehingga kini.
Pengalaman menyambut bayi perempuan di tempat duduk hadapan kereta di perkarangan tempat bekerja beliau di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, Shah Alam adalah perkara yang cukup luar biasa bagi Nor Syuhadah.
Jadi ‘bidan terjun’
Nor Syuhadah yang memang tiada pengalaman dalam urusan kelahiran bayi, malah belum mendirikan rumah tangga berkata, beliau terpanggil untuk memberikan bantuan kepada Nyak Siti Nurleena Zulkarnain, 29, yang membatalkan hasrat ke Hospital Shah Alam bersama suami, sebaliknya mencari pertolongan terdekat di BBP Kota Anggerik kerana air ketuban sudah pecah.
“Berbekalkan sarung tangan perubatan, saya bertawakal kepada Allah dengan niat hendak menolong wanita itu yang berada dalam kesakitan kerana bayi sudah hendak keluar ketika itu.
“Saya berdebar, baca doa banyak-banyak dan kemudiannya bayi itu keluar, menangis. Saya terbalikkan bayi itu dan mengusapnya, memastikan saluran pernafasan tidak terhalang, dan kemudiannya ambulans tiba,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Ibu, bayi kedua-duanya stabil
Nor Syuhadah berkata, sebagai anggota bomba, walaupun latihan hanya tertumpu kepada kebakaran, naluri kemanusiaan mendorong beliau untuk menolong wanita itu, dan beliau gembira apabila kedua-dua ibu dan bayi perempuannya selamat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan berkata, Nyak Siti Nurleena serta suami yang dalam perjalanan ke hospital itu memohon bantuan di BBP Kota Anggerik sekitar jam 7 malam, dan pada masa yang sama anggota bomba telah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk bantuan.
“Pada 8.28 malam seorang bayi perempuan, yang juga anak kelima Nyak Siti Nurleena serta suami selamat dilahirkan, disambut oleh anggota bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana Kuala Lumpur (18 Julai).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pengawal keselamatan di kondominium tersebut pada 2.20 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak yang merupakan warga asing itu dibawa ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan ke sebuah unit di kondominium terbabit untuk mengambil upah membasuh dan melipat baju.
“Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik itu ditinggalkan seorang diri oleh ibunya berusia 36 tahun di ruang tamu rumah kerana sedang tidur sebelum wanita itu turun untuk membasuh pakaian di (kedai) dobi di bawah rumah.
“Kanak-kanak itu dipercayai telah bangun daripada tidur dan membuka pintu gelongsor sebelum memanjat kerusi yang berada di balkoni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata ketika kejadian bapa kanak-kanak itu sedang bekerja di Petaling Jaya dan semakan mendapati ibu bapa mangsa tinggal di negara ini sejak lima tahun lepas.
Katanya, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bedah siasat dan setakat ini tiada tangkapan dibuat serta siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
Pendakap gigi, berapa umur kanak-kanak sesuai pakai. Pendakap gigi, atau juga dikenali sebagai braces, adalah alat perubatan pergigian yang digunakan untuk memperbaiki susunan gigi yang tidak sekata, gigi yang berlapis, atau masalah gigitan (seperti overbite dan underbite).